Ok. Straight to the point. Seriously memang tak feel online guna PC lain. Eh apa kau ni Taz nak feel² pulak. Tapi betul la. Kalau dah biasa dengan laptop sendiri, rasa kurang seronok nak online guna PC lain. Astaghfirullahalazim. Bersyukur la wahai Taz kerana kakak kamu baik hati memasang PC beliau di rumah Maktok walaupun untuk kegunaan dia sendiri. Kamu pun boleh tumpang guna untuk update entry minta simpati ini.
Hari itu, pada hari yang bertarikh 6 November 2009, tamatlah riwayat sekeping laptop COMPAQ milik i. EH haha. Suka hati je kata macam tu. Tunggu abang i balik la tengok dia boleh betulkan ke tak. Tapi rasa macam dia dah malas je nak tolong betulkan laptop tu. Asal dia balik je, ade yang rosak. Memang
suwey sweet kan laptop i tu.
Sedih tau hari tu. Bangun² pagi tanpa menggosok gigi i terus dengan setianya nak on laptop. Tapi sangat sedih bila beliau tak boleh on. Betapa tergurisnya hati ini. Tapi tak mengapa. I tabahkan juga hati dengan berkata "Mungkin beliau mahu berehat sebentar kerana terlalu penat digunakan dengan begitu lama". Jadi, i terus mandi kemas rumah segala seperti kebiasaan seorang gadis melayu atau dengan lebih tepat lagi sebagai seorang bibik sementara di rumah ini dengan niat agar dapat memberi masa untuk laptop kesayangan berehat semahunya.
Tapi, beliau masih menghampakan i kerana tak mahu berfungsi juga seperti biasa :'( Sehinggalah kehari ini pun, beliau masih berkeadaan demikian rupa. Apa perlu buat, nasi sudah menjadi bubur. Abang i tengah exam sekarang. Takkan nak suruh beliau balik. Tunggu je la. InsyaAllah kalau ada rezeki, pulih la semula laptop i tu. Eh macam kelakar guna perkataan pulih. Ulang balik. InsyaAllah kalau ada rezeki, elok la semula laptop i tu.
Sekarang tengah tunggu result UiTM. Dapat ke tidak nak sambung degree ni. Surat rasmi untuk mohon kampus Shah Alam dah hantar. Minta² dapat. I ingat, degree nanti nak tukar laptop baru. Tak pun masuk contest DELL tu. Boleh dapat free. Itu pun kalau menang. Kalau tak, kena lah kumpul duit sendiri. Korang nak tolong i kumpul duit tak ha? Tempah la kad banyak² dekat
sini. Tak pun klik iklan Nuffnang i kalau korang jumpa. Sehari klik lapan kali pun takpe. :')
I ada seorang adik sepupu kesayangan ni, eh bukan seorang tapi semua i sayang, tapi nak cerita yang seorang ni. Dia suruh la i tolong buatkan nama dia guna tali yang macam orang selalu buat tu, then bila i dah buat, dia suruh i jual dekat sekolah dia pulak. Hahaha. Mentang² i ketandusan hiburan sekarang sebab laptop takde. Tapi betul jugak. Boleh isi masa lapang sambil dapat duit sikit :')
Haha. Lepas ni siapa yang beli kad dekat i, i nak bagi free gift ni lah. Ececey nak promote pulak. Dah la. Penat la malam² ni menaip dalam gelap. Dah la tadi kakak i ter-spray Ridsect dekat rambut i. Konon dalam gelap, tak nampak la tu. Nak pergi cucilah. Babai.