Saturday, July 12, 2008

Bersabar.

''Setelah berteka-teki pasal status pelakon Nora Danish dan cerita pasal keretakan rumah tangganya, akhirnya segala-galanya terbongkar apabila dia ke mahkamah juga untuk pengesahan lafaz cerai yang dibuat oleh suaminya, Rizal Ashram Ramli.

Nora, 26, yang kini sedang hamil tiga bulan enggan memberikan sebarang komen sebaik sahaja kesnya didengar di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur 10 Julai 2008 lalu. Hakim menetapkan 12 Ogos 2008 untuk membuat keputusan permohonan pengesahan lafaz cerai luar mahkamah yang dibuat oleh Rizal, 38.

Rizal memberitahu mahkamah dia melafazkan cerai tiga hari sebelum ulang tahun kedua perkahwinan mereka menerusi panggilan telefon kepada Nora. Mereka bernikah pada 20 Jun 2006.

Nora sebelum ini menafikan rumah tangganya bergolak apabila perkara itu hangat diperkatakan. Nora juga kelihatan sering bersendirian ke mana-mana majlis yang dihadiri.

Pada masa itu mereka belum sah bercerai. Nora ada sebab untuk tidak mendedahkannya kerana perkara itu belum diputuskan. Malah sehingga 12 Ogos ini perceraian mereka masih belum disahkan lagi.''


Sedihnye aku. Dah la aku suke Nora. Die cute sgt. Nape Rizal tu sanggup buat die mcm tu? X patut sungguh. Aku dpt artikel ni kat ManggaOnline. Aku suke satu komen from one of the readers;

Anonymous; kesian kat pelakon comel ni...kenapa suami dia tu tak ada perasaan langsung?Dia sanggup ceraikan Nora walaupun dah tahu Nora tengah mengandung 3 bulan.Tak ada ka perasaan belas kasihan mahupun sayang bila dah tahu yang isteri dia tu dah mengandung.Dia berkahwin dengan Nora ni atas niat apa sebenarnya?Hanya nak rasa Syok?Kira macam habis madu sepah dibuang?Nampak sangat la yang suami Nora ni TAK mahukan anak lagi buat masa ni.Sanggup dia buang anak yang bakal lahir tu. Anak Nora yang bakal lahir tu kira berdarah keturunan raja tu.Anak dia mesti kiut.Macam mama n papa dia.Tapi bila besar kelak,jangan ikut perangai BODOH papa dia tu.KEJI sangat la lelaki yang menceraikan isteri semasa isteri tu tengah mengandungkan zuriat dia.TENGAH MENGANDUNG U DIA PEGI CERAIKAN PULA! Sepatutnya dia jaga isteri dia tu.Tak kan tak terdetik di hati suami dia tu rasa kegembiraan bila mengetahui Nora hamil? tak boleh ka pihat mahkamah tak mengesahkan penceraian mereka Ogos nnt?Biarlah tertangguh lama ckit...kita doakan la mudah2han perkahwinan mereka ini masih dapat diselamatkan.Mudah2han dengan adanya bayi yang bakla lahir tu akan mengubah keputusan Suami Nora.Janganlah Bercerai...

Sekali lagi diingatkan komen atas ni bukan aku tulis. Aku copy paste je from reader's comment kat page ManggaOnline tu. Thanx.

Click to read more.

11 comments:

nadiah said...

to my opinion la kan, mmg la kite sbg readers akan judge laki dia buat bende yg tak patut kan. tp hal dorg, kite tatau hujung pangkalnye. kite hanye tau secara general. mungkin ade sebabnye diorg da takleh tgl rumah sbumbung lg. ye la sape tak kesian tp musti ade sebab la knp suami dia nak gak talak time tu jugak. kite takleh nak komen sbb tatau ape2. itu keputusan dorg. kite jgn komen lebeh2. moge2 nie jd la pengajaran utk kite semua. Allah hua'lam...

tazz said...

yela. mungkin btul jugak. ade sesuatu yg maybe kite x nmpk.

Dayu said...

bila baca tentang nora danish cerai ni..terus ingat kat fasha sandha..

sah!! mmg dia ada affair ngan laki nora ni..mcm dayus siot laki dia ni, bini tgh pregnant dia ceraikan lak.

tak kira nak gak komen lebih2!! marah ni

tazz said...

hehe. sabar cik dayu. sabar :D

generasi said...

emm biase lah artis kawin mesti xlame punya... emm pasal ko ckp habis madu sepah dibuang mungkin btol gak ala nnti lepas dia lahirkan anak aku pasti dia akan jumpa penganti suaminya sekarang...

tazz said...

aduh. aku x ckp pun habis madu sepah dibuang tu sume. tu comment pembace la. aku x laser camtu. adui.

humaiRah said...

herm...jatuh talak ke x ceraikan isteri ketika dia mengandung?

humaiRah said...

jatuh ke x ceraikan isteri ketika isteri mengandung?

bkn senang2 nak ceraikn isteri ni wahai para suami..

tazz said...

sy x sure la cik humairah. dgr katenye suami die lafazkan talak da lame sebelum nora mengandung. wallahua'lam.

nadiah said...

tp kan, klo ingat balek subject pend islam spm, bukan ke cerai takkan sah/jatuh bile si isteri sedang sarat mengandung? seingat aku laaa.

tazz said...

xtau la wei. dgr kate laki die ni jatuhkan talak b4 die mengandung. wallahua'lam.