Saturday, July 19, 2008

It is never too late to repent

" Tanda 100 hari menjelang meninggal "
Ini adalah tanda pertama dari ALLAH SWT kepada hambanya dan hanya akan di sedari oleh mereka yangdikehendakinya.. Walau bagaimanapun semua orang islam akan mendapat tanda ini hanya saja mereka menyadari atau tidak.. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar, seluruh tubuh iaitu dari ujung rambut hingga ke ujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil, contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti, kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.. Tanda ini rasanya nikmat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik dihati bahawa mungkin ini adalah tanda mati, maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.. Bagi mereka yang tidak diberi kesadaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu saja tanpa sembarang manfaat.. Bagi yang sadar dengan kehadiran tanda ini, maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.


" Tanda 40 hari "
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar, bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya diatas arash ALLAH SWT, maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mulai membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mulai mengikuti kita sepanjang masa.. Akan terjadi malaikat maut ini memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya..


" Tanda 7 hari "
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesaktian dimana orang sakit yang tidak makan, secara tiba-tiba ia berselera untuk makan...


" Tanda 3 hari "
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita yaitu diantara dahi kanan dan kiri, jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakan..


" Tanda 1 hari "
Akan berlaku sesudah Asar dimana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun dimana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya..


" Tanda akhir "
Akan terjadi keadaan dimana kita akan merasakan sejuk dibahagian pusat dan rasa itu akan turun kepinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimat SYAHADAT dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada ALLAH SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula..


SESUNGGUHNYA MENGINGAT MATI ITU ADALAH BIJAK

5 comments:

cahaya~ said...

huhu. the problem of the statement was when tak ada sumber hadith sahih berkaitan untuk menyokong statement2 tu. diragui.
jadi diragui sbb perkara2 berkaitan agama hendaklah bersumberkan yang "dua" itu.
huhu.

tazz said...

ala balqis ni. aku copy paste je. hehe

generasi said...

emm dah agak dah.
tapi mase aku sekolah agama
masa dalam 40hari kita akan terima
mimpi bahawa kita akan mati.

Muslimah said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Cahaya~ said...

tau. hehe.
sbb tu ada setengah2 org marah aku bila aku hantar buletin fs dan bila apa statement tu xde sumber(yg "dua" tu). perkara2 agama ni sensitif. benda2 yang berkaitan benda2 mcm ni lg sensitif. huhu.
xpe2. share je kan. it actually good to remind others.
;)

*pepandai kita tapis sendiri insyaAllah*