Wednesday, September 17, 2008

Kad Raya


Puasa sudah melebihi dari separuh bulan. Orang ramai pun semua sibuk buat persiapan raya. Ibu aku mesti tengah bertungkus lumus buat biskut raya. Maktok pulak mesti tengah sibuk nak pasang langsir yang dia baru beli kat Avon tu. Aku kat sini sibuk pergi kelas balik kelas. Nasib baik baju raye dah beli.

Kalau waktu aku sekolah rendah dulu, aktiviti aku waktu nak dekat2 raya macam ni satu je. Kumpul kad raya. haha. kadang2 tu sampai 30 keping aku kumpul setahun. tu pun macam tak puas hati lagi. sebab aku bg org lebih dari tu. memang pun. aku bagi orang kad raya lepas tu aku suruh diorang balas. kalau muka yang macam kedekut tu jangan harap la aku nak bagi. hahaha.

selalunye aku bagi dekat budak2 kelas, kawan2 yang aku kenal and cikgu2 aku. kalau kawan2 tu mmg aku nak diorang balas. tp kalau aku bg kat cikgu tu, aku bagi ikhlas tau. hehe. yang aku ingat, ade 2 org cikgu yang balas kad raya aku. Guru besar sekolah rendah aku dengan ustaz hensem kat sekolah agama aku. hehe. Guru besar tu name die Puan Sharifah. baik sangat. x sangke aku dia rajin gak balas kad raya murid2. hantar pergi kelas pulak tu. hehe. Ustaz aku tu pulak name die Ustaz Shahrizal. mase tu die blum kahwin. Tp sekarang ni dah kahwin. Kad raya die lagi best. die buat sendiri. memang die kreatif pun. cantik kad raya tu even simple.

Kad2 yang aku dapat tu sume aku gantung la kat dinding rumah bila dah nak raya tu. Saje nak tayang kat orang. Aku ingat lagi masa malam raya, orang datang takbir dari rumah ke rumah. Bile aku tau je ustaz aku tu ade join sekali, aku letak la kad raya die atas sekali betul2 depan pintu. haha. die perasan lak tu. pastu esoknye aku pergi raya rumah die, kad raya yang aku bagi pun die gantung gak. seronok gile. haha. ntah ape-ape je aku ni. budak2. biase la kan.

Rindu gila zaman kecik2 dulu. kalau sekarang jangan harap la nak dapat kad raya. semua guna sms la, e-card la, ape ntah lagi. aku pon same je. haha.

4 comments:

fackaladingdong said...

nasib baik ada lagi perasaan nak raya...

tazz said...

haha. betol2 (:

n3xTz said...

hehe..

bila lak nk dapat kad raya dr taz neh.. hehe.. satu nostagia yg amat berharga dihari raya.. hehe :)

tazz said...

hehe. tgu je la kad raye smpai kat friendster nti (: