Thursday, October 23, 2008

Sesuatu yang berharga

Aku akan balik ke rumah esok. sangat excited. aku pun tak tahu kenapa setiap kali nak balik aku akan jadi teruja dan tak sabar-sabar. bagaikan seorang kanak-kanak yang kehilangan gula-gula lalu diganti dengan lollipop oleh ibunya. haha. sungguh tak ada kene mengena. apa yang aku nak cerita ni? terpulanglah. aku tulis apa yang aku suka sebab ini blog aku. tazpunye. sila baca sendiri diatas. ade tulis korangpunye? tak ada kan? jd, sila duduk diam2 dan baca saja.

Aku rindukan keluarga aku. Ibu, ayah, maktok, amin, nabiyah bla bla bla. aku nak sebut semuanya tapi terlalu ramai. maklumlah. adik beradik ku sahaja sudah sedozen. ditambah dengan sepupu-sepupu, pakcik-pakcik, makcik-makcik ku semua, aku pasti kamu akan skip dari membaca nama-nama mereka. biarlah aku sahaja yang tahu. Tapi, aku tersangat rindukan arwah Tokbah. Tengok ni. aku baru taip je tapi air mata aku dah melimpah-ruah. ok. tipu je. tapi aku menangis dalam hati. aku sangat rindukan Tokbah.

Secara jujurnya, aku masih rasakan yang dia masih hidup. Aku rasakan kepulangan aku esok dinanti oleh Tokbah. Tapi itu semua sudah berlalu. Tiada Tokbah yang akan menunggu aku pulang sambil terbaring dikatilnya. Tiada Tokbah yang akan bertanya bila lagi aku akan pulang. Tiada Tokbah yang akan meminta aku menyuapkannya nasi atau meminta aku membuat air. Tiada lagi semua itu. Cuma yang ada adalah katilnya yang kosong tiada penghuni. Cuma kadang-kadang menjadi tempat tidur aku jika terasa rindu. Al-fatehah aku sedekahkan kepada arwahTokbah..

Sudahlah. tisu aku dah basah. nanti rakan bilik aku ingat aku putus cinta pula. hmm. aku sudah baca suku daripada buku law. aku tak larat hendak membaca semua nota-nota sampingan yang disediakan oleh lecturer aku. semuanya adalah sama sahaja seperti di dalam buku cuma diringkaskan. terlalu banyak nota yang disediakan sampaikan aku rasa macam terlalu banyak untuk dibaca. jadi aku tolak tepi dahulu nota-nota itu. aku akan fokus pada manual yang selalu kami guna. nota-nota itu akan aku baca saat-saat akhir nanti.

2,3 hari lepas, ibu telefon. waktu itu jam 6.30 petang. aku sedang berbaring-baring menunggu rambutku kering kerana baru lepas mandi.

ibu ; hello.
aku ; hello *tersenyum panjang*
ibu ; tengah buat ape tu?
aku ; mane ade buat ape2.
ibu ; hah?! x buat ape-ape? nak dekat final ni x study ke?
aku ; ala ibu ni. mane ade orang study petang-petang ni. lagi pun baru je balik kelas. *garu kepala yang x gatal* (padahal dah lebih 2 jam kelas aku habis)
ibu ; yelah tu. minggu ni balik tak?
aku ; mesti lah! *sengih lagi*
ibu ; watpe nak balik? x payah la balik nak pekse ni. alia balik tak?
aku; tak kot. ala..nak jugak. lagi pun, *bla bla bla....

Perbualan itu amat panjang. macam-macam alasan aku bagi. aku memang degil. ibu pun dah faham. jadi, aku tetap akan pulang. alah. macam la akak tak tau ibu pun nak akak balik. asyik telefon je tanya jadi balik ke tak. haha. ibu jangan lah risau. akak study ok dekat rumah. sayang ibu (:

Arwah Tokbah

Ibu & Ayah terchenta



9 comments:

a z r i said...

nk kenal dgn ibu dan ayah.hehee...

apple said...

itu tandanya awk sayang kepada tok abah...
emm semoga rohnya dicucuri rahmat

utopia said...

itu tandanya awk sayang pada tok abah

faiz mutalib said...

If a person is no longer in this earth, that doesn't mean that the person is not in you. The memories of that person and you are strong. That person shall never go away from you. Always be there inside of you. You can't see but you'll feel that that person is out there, somewhere watching over you =)

So be tough and ... and I'm a bit envy that you're going home. I can't go back until the end of semester =(

send my regards o your sister.

tazz said...

to azri ; nak kenal? dtg la rumah :p

to apple; awk dgn utopia ni org yf same ke?neway thanx.

to faiz; thanx dear. my sis? which one? :p

faiz mutalib said...

shida was it?

tazz said...

yes. tp mengamuk plak nti adik u lg sorg tu. hehe

azriphotoblog said...

tazz~

mna update??

tazz said...

new post is coming (: