Thursday, October 23, 2008

Sesuatu yang berharga

Aku akan balik ke rumah esok. sangat excited. aku pun tak tahu kenapa setiap kali nak balik aku akan jadi teruja dan tak sabar-sabar. bagaikan seorang kanak-kanak yang kehilangan gula-gula lalu diganti dengan lollipop oleh ibunya. haha. sungguh tak ada kene mengena. apa yang aku nak cerita ni? terpulanglah. aku tulis apa yang aku suka sebab ini blog aku. tazpunye. sila baca sendiri diatas. ade tulis korangpunye? tak ada kan? jd, sila duduk diam2 dan baca saja.

Aku rindukan keluarga aku. Ibu, ayah, maktok, amin, nabiyah bla bla bla. aku nak sebut semuanya tapi terlalu ramai. maklumlah. adik beradik ku sahaja sudah sedozen. ditambah dengan sepupu-sepupu, pakcik-pakcik, makcik-makcik ku semua, aku pasti kamu akan skip dari membaca nama-nama mereka. biarlah aku sahaja yang tahu. Tapi, aku tersangat rindukan arwah Tokbah. Tengok ni. aku baru taip je tapi air mata aku dah melimpah-ruah. ok. tipu je. tapi aku menangis dalam hati. aku sangat rindukan Tokbah.

Secara jujurnya, aku masih rasakan yang dia masih hidup. Aku rasakan kepulangan aku esok dinanti oleh Tokbah. Tapi itu semua sudah berlalu. Tiada Tokbah yang akan menunggu aku pulang sambil terbaring dikatilnya. Tiada Tokbah yang akan bertanya bila lagi aku akan pulang. Tiada Tokbah yang akan meminta aku menyuapkannya nasi atau meminta aku membuat air. Tiada lagi semua itu. Cuma yang ada adalah katilnya yang kosong tiada penghuni. Cuma kadang-kadang menjadi tempat tidur aku jika terasa rindu. Al-fatehah aku sedekahkan kepada arwahTokbah..

Sudahlah. tisu aku dah basah. nanti rakan bilik aku ingat aku putus cinta pula. hmm. aku sudah baca suku daripada buku law. aku tak larat hendak membaca semua nota-nota sampingan yang disediakan oleh lecturer aku. semuanya adalah sama sahaja seperti di dalam buku cuma diringkaskan. terlalu banyak nota yang disediakan sampaikan aku rasa macam terlalu banyak untuk dibaca. jadi aku tolak tepi dahulu nota-nota itu. aku akan fokus pada manual yang selalu kami guna. nota-nota itu akan aku baca saat-saat akhir nanti.

2,3 hari lepas, ibu telefon. waktu itu jam 6.30 petang. aku sedang berbaring-baring menunggu rambutku kering kerana baru lepas mandi.

ibu ; hello.
aku ; hello *tersenyum panjang*
ibu ; tengah buat ape tu?
aku ; mane ade buat ape2.
ibu ; hah?! x buat ape-ape? nak dekat final ni x study ke?
aku ; ala ibu ni. mane ade orang study petang-petang ni. lagi pun baru je balik kelas. *garu kepala yang x gatal* (padahal dah lebih 2 jam kelas aku habis)
ibu ; yelah tu. minggu ni balik tak?
aku ; mesti lah! *sengih lagi*
ibu ; watpe nak balik? x payah la balik nak pekse ni. alia balik tak?
aku; tak kot. ala..nak jugak. lagi pun, *bla bla bla....

Perbualan itu amat panjang. macam-macam alasan aku bagi. aku memang degil. ibu pun dah faham. jadi, aku tetap akan pulang. alah. macam la akak tak tau ibu pun nak akak balik. asyik telefon je tanya jadi balik ke tak. haha. ibu jangan lah risau. akak study ok dekat rumah. sayang ibu (:

Arwah Tokbah

Ibu & Ayah terchenta



Wednesday, October 15, 2008

Di Tag Lagi.

Aku di tag lagi. terima kasih kepada cik Adziee kerana memahami aku yang ketandusan idea.


1. The age you’ll be on your next birthday:
- .21.im getting older. no more teen years for you Taz. Admit it and be matured

2. Place you want to travel to:
- Makkah with family. then, i want to go to Paris with Rafiz (:

3. Your favorite place:
- Homes. My home and Maktok's. my room is also my favorite place. i love privacy.

4. Your favorite food:
- Ayam Goreng.

5. Your favorite pet:
- Yang berbulu dan kecik. Hamster la. x pon guinea pig.

6. Favorite color combination:
- Black and white.

7. Favorite piece of clothing:
- anything. but my bf prefer me to wear baju kurung cuz it's sexy to him. haha. he's cute.

8. Your all time favorite song:
- If You're Not the One by Daniel Beddingfield. dont ask me why.

9. Favorite TV show:
- Gossip Girls.

10. First name of your significant other/crush:
- Lupa.

11. Which town do you live in:
- Puchong Bandaraya Membangun.

12. Your screen name/nickname:
- taz

13. Your first job:
- McDonalds' crew.

14. Your dream job:
- Interior Designer.

15. One bad habit that you have:
- Letak barang merata lepas tu cari tak jumpa. mostly cincin. and i will keep on berdalih bila Rafiz tanye mane cincin. haha

16. Worst fear:
- Ulat. cacing. dan semua yang seangkatan dengannya.

17: Things you’d like to do before you die:
- Make my family happy.

18. The 1st thing you’ll buy if you get $1,000,000:
- New handphone for Ayah. handphone dia asyik mati2. hehe

19. Your husband/wife:
- Im taken but not married yet.

20. Tagged anyone?
- Anyone
- in
- my
- blog
- list (:

Saturday, October 11, 2008

New Song.

Aku sangat ketandusan muzik ketika ini. Tak tahu lagu ape yang perlu diletak di ''current music''. Bosan dengan lagu lama. Jadi, aku letak sahaja lagu ape yg terlintas dikepala.

Lagu yang sedang anda dengar di page saya bertajuk Bizarre Love Triangle dan dinyanyikan oleh Frente!.

Sekian terima kasih.

Friday, October 10, 2008

Award.

Aku dapat award ini dari Encik Muhafis.

Dibawah ini ada beberapa rules;

1. Bagi just kat orang yang dirasakan GILA-GILA / BEST
2. Bagi kat 5 orang sahaja.
3. Link orang yang terima award ni
4. Sesiapa dapat Award ni DiWAJIBkan buat POSTING sebab dia dapat award ni kat blog dia
5. Beritahu orang yang dapat award ini kt blog dia ok !! (buat trackback sahaja pun sudah memadai)

so i tag 5 people untuk this award ;

1. Balkis
2. Eiykaa
3. Azri
4. Madi
5. Hastapronto

Semua yang dipilih adalah kerana saya suka blog mereka. BEST. tp x gila-gila.

Raya pics.

Nabiyah; adik paling kecik (:

Syidah; adik juga
*sebelum ke kubur melawat Tokbah.


Syidah dan dua sepupunya.

Nabiyah lagi.