Friday, December 11, 2009

Sementara.



Untuk sementara waktu, segala bentuk update hanya akan berlaku di sini. Sementara ok. Sementara. (-.-')

Wednesday, November 25, 2009

Shah Alam pulak.



Sebenarnya malas nak update. Tapi kena update jugak. Seperti yang korang tahu sebelum ni, Taz dapat further study dekat UiTM Sri Iskandar, Perak. Taz pun memang dah terima sepenuh hati walaupun terasa sayu pada mulanya sebab tak dapat tukar kampus Shah Alam. Ececey malu pulak guna ayat sayu² ni. Haha. Ok whatever. Berbalik ke cerita asal, Taz dah siap fikir segala kebaikan dan keuntungan kalau belajar dekat Perak sana.

Contohnya pertama, boleh selalu pergi rumah Cik Piah, makcik Taz, yang dah lamaaaa gila tak pergi rumah dia. Keduanya, boleh mengurangkan perbelanjaan sebab dengar² dekat sana tak berapa nak bandar so kebarangkalian untuk enjoy adalah agak nipis jadi boleh lah kiranya kalau nak meng-fokus-kan diri kepada pelajaran ececey :') Ketiga, kakak Taz pun dapat dekat sana jugak, jadi agak teruja kerana dapat belajar di negeri orang bersama² dengan kakak tercinta kahkahkah. Mengada gila Taz. Keempatnya, seronok jugak belajar jauh² ni sebab nanti bila raya ada sikit perasaan teruja untuk balik ke kampung halaman sambil nyanyi lagu Sudirman, Balik Kampung. Ok dah. Yang keempat tu saje tambah.

Tapi petang tadi, bila Taz check balik surat tawaran tu, dah tukar kampus Shah Alam. Mula² memang rasa blur sikit taktau nak happy ke tidak sebab Taz memang dah excited nak pergi Perak atas ketiga² sebab diatas. Tapi bila fikir² balik, Taz bersyukur dapat dekat Shah Alam :) Dekat dengan family semua. Lepas tu kalau ada apa² senang nak balik rumah :D Lepas tu boleh belajar dengan Cik Tasha kesayangan :') Ok lah. Mana² pun boleh. Asalkan dapat belajar dengan aman. Thanks Uncle Faris. :)

p/s; kepada Razman, sila bentang karpet merah. hahaha.



Friday, November 20, 2009

2012



Hari ni pagi² dah bangun terus nak kemas rumah. Tak pernah². Selalu berlengah² tidur² ayam kejap. Haha. Poyo ayat tidur² ayam. Padahal sambung tidur selagi Maktok tak bising suruh bangun. Hari ni lain sikit sebab semalam dah plan nak tengok movie cerita 2012. So kena bangun awal kemas² lepas tu tolong Maktok masak sikit² je supaya masa keluar hati senang kerja rumah dah siap.

Taz pergi dekat IOI Mall, Puchong je. Malas lah nak pergi jauh². Tiket wayang pukul 3 so sebelum cerita start kitaorang pergi jalan² dekat kedai barangan Jepun yang harga dia semua RM5. Semua barang dalam tu diimport dari Jepun. Tak ingat la apa nama kedai tu. Haha. Ingat kan kalau dah pergi kedai tu, beli barang² yang ada ciri² ke-Jepun-an macam chopstick ke, face-roller ke, ape ke. Last² beli benda ni.

Rantai adik i beli. Cincin i beli.

Tumbuk orang pun best. Hihi :P

Taz dengan adik.

Baik pergi kedai RM2 je. Ade jugak kot. Tapi takpe la. I jatuh cinta dekat cincin tu sampai hati i meronta² untuk memiliki beliau. Haha. Ada lagi satu i beli. Iaitu sebuah purse yang boleh muat masuk duit, pendrive, kunci basikal, handphone, make up apa semua. Nak upload gambar malas pulak. Tak penting pun. :P

Hari ini ada sebuah pembaharuan dalam hidup i iaitu i dah boleh upload gambar dekat twitter guna handphone. Hiihii. Dulu tak boleh sebab i punya MMS setting ada problem. Sekarang dah boleh :) Nanti senang la nak tunjuk gambar dekat korang kalau i pergi mana² nanti. Cepat dan pantas tapi mahal la kena cas 25sen. Tapi tak mengapa. Apa² pun, jangan lupa follow Twitter Taz. Babai.



Tuesday, November 17, 2009

PERAK



Hai korang! Taz dapat sambung degree dekat UiTM Sri Iskandar, Perak. Bachelor in Accountancy. Jauhnyeee. Mula² macam sedih la sebab dapat Perak. I kan nak dekat Shah Alam. Nanti siapa nak duduk dengan Maktok kalau i takde? Mesti dia sedih dengar i dapat dekat Perak ececey haha

Tapi tak mengapa. Uncle Taz lupa nak hantarkan surat permohonan untuk mintak kampus Shah Alam yang Taz buat tu dekat dekan. Sekarang beliau dekat Shanghai nanti balik beliau uruskan. Kalau takde rezeki, redha saje. Perak pun not bad. Kampus dia cantik. Cuma panas je la dekat sana.

Ok la. Babai.



Friday, November 13, 2009

Memang Tak Best.



Ok. Straight to the point. Seriously memang tak feel online guna PC lain. Eh apa kau ni Taz nak feel² pulak. Tapi betul la. Kalau dah biasa dengan laptop sendiri, rasa kurang seronok nak online guna PC lain. Astaghfirullahalazim. Bersyukur la wahai Taz kerana kakak kamu baik hati memasang PC beliau di rumah Maktok walaupun untuk kegunaan dia sendiri. Kamu pun boleh tumpang guna untuk update entry minta simpati ini.

Hari itu, pada hari yang bertarikh 6 November 2009, tamatlah riwayat sekeping laptop COMPAQ milik i. EH haha. Suka hati je kata macam tu. Tunggu abang i balik la tengok dia boleh betulkan ke tak. Tapi rasa macam dia dah malas je nak tolong betulkan laptop tu. Asal dia balik je, ade yang rosak. Memang suwey sweet kan laptop i tu.

Sedih tau hari tu. Bangun² pagi tanpa menggosok gigi i terus dengan setianya nak on laptop. Tapi sangat sedih bila beliau tak boleh on. Betapa tergurisnya hati ini. Tapi tak mengapa. I tabahkan juga hati dengan berkata "Mungkin beliau mahu berehat sebentar kerana terlalu penat digunakan dengan begitu lama". Jadi, i terus mandi kemas rumah segala seperti kebiasaan seorang gadis melayu atau dengan lebih tepat lagi sebagai seorang bibik sementara di rumah ini dengan niat agar dapat memberi masa untuk laptop kesayangan berehat semahunya.

Tapi, beliau masih menghampakan i kerana tak mahu berfungsi juga seperti biasa :'( Sehinggalah kehari ini pun, beliau masih berkeadaan demikian rupa. Apa perlu buat, nasi sudah menjadi bubur. Abang i tengah exam sekarang. Takkan nak suruh beliau balik. Tunggu je la. InsyaAllah kalau ada rezeki, pulih la semula laptop i tu. Eh macam kelakar guna perkataan pulih. Ulang balik. InsyaAllah kalau ada rezeki, elok la semula laptop i tu.

Sekarang tengah tunggu result UiTM. Dapat ke tidak nak sambung degree ni. Surat rasmi untuk mohon kampus Shah Alam dah hantar. Minta² dapat. I ingat, degree nanti nak tukar laptop baru. Tak pun masuk contest DELL tu. Boleh dapat free. Itu pun kalau menang. Kalau tak, kena lah kumpul duit sendiri. Korang nak tolong i kumpul duit tak ha? Tempah la kad banyak² dekat sini. Tak pun klik iklan Nuffnang i kalau korang jumpa. Sehari klik lapan kali pun takpe. :')

I ada seorang adik sepupu kesayangan ni, eh bukan seorang tapi semua i sayang, tapi nak cerita yang seorang ni. Dia suruh la i tolong buatkan nama dia guna tali yang macam orang selalu buat tu, then bila i dah buat, dia suruh i jual dekat sekolah dia pulak. Hahaha. Mentang² i ketandusan hiburan sekarang sebab laptop takde. Tapi betul jugak. Boleh isi masa lapang sambil dapat duit sikit :')

Tau la korang pun pandai buat. Ape salahnya i nak berlagak kejap :P

Nah lagi.


Haha. Lepas ni siapa yang beli kad dekat i, i nak bagi free gift ni lah. Ececey nak promote pulak. Dah la. Penat la malam² ni menaip dalam gelap. Dah la tadi kakak i ter-spray Ridsect dekat rambut i. Konon dalam gelap, tak nampak la tu. Nak pergi cucilah. Babai.


Thursday, November 5, 2009

Lepas Ni Dah Malas Nak Tukar Layout Lagi.



Dulu Taz suka sangat tukar² layout. Macam² dah layout Taz guna sebab cepat sangat bosan. Haha. Lepas tu bila dah tukar layout tu, memang masalah lah kan bila gadget² semua hilang. Fuhh. Penat tu nak buat balik semua. Nasib baik buat back up copy code dekat notepad lepas tu paste balik macam mula². Cuma yang tak syok tu nak letak link blogger² lain. Kalau dua tiga orang tak pe la jugak. Ini berpuluh² link. Sebab tu masa baru² tukar layout 3 column yang Taz pakai ni, Taz takde letak link blogger² lain. Macam bajet bagus je kan taknak letak link orang lain. Cehceh. Haha. Bukan apa, sebenarnya sebab takut nanti terasa nak tukar layout lain pulak. Hish.

Sekarang ni dah malas dah nak tukar layout. Kalau agak² boring, Taz tukar corak background je lah. Lagipun takde effect ape² pun. Sebab tu dua tiga hari ni background asyik bertukar macam chameleon je. Haha. Eh, chameleon kan binatang yang tukar² warna tu? Kalau salah buat malu je.

Ok, terus kepada niat sebenar, Taz sebenarnya nak letak link² blogger lain yang ada link kan blog Taz dekat blog dia dalam blog Taz supaya dapat mengeratkan tali persaudaraan antara blogger² ececey haha. Baca lagi sekali kalau tak faham. Haha. Jadi, sila tinggalkan url blog korang dekat ruangan komen, shoutbox, etc.


Eh lupa nak cakap, i terasa macam diri ini poyo pulak nak buat badge. Eh orang panggil badge ke? Lantak lah. Kalau korang nak link kan blog i dengan lebih berseri(?) gunalah link bergambar(?) yang i buat tu cari dekat tepi belah kiri :') Ntah apa² ayat. Sila abaikan penyalahgunaan bahasa dalam blog ni. Tapi kalau nak tegur dan betulkan apa² yang salah amat²lah dialu²kan. Saya budak baru belajar. Ambil galah tolong jolokkan. Buah cempedak dirumah jiran. Kalau salah tolong tunjukkan. Terima kasih daun pisang. Bye!

Update; Oh baru tau orang panggil benda tu banner. Bukan badge la Taz oi.


Tuesday, November 3, 2009

Hai, nama saya Taz.

Hoi korang. Dah lama tak update blog. Semuanya sebab ini. Eh sabar dulu. Pukul 12 malam nanti baru boleh sebab sekarang tengah private. Hehe. Jangan risau sebab blog terchenta i yang ini tak akan terabai. Kenapa i nak buat blog lain? Suka hati la dah blogspot ni free buat la banyak² i suka. Haha.

Blog ni i tulis dalam Bahasa Melayu. Yang lagi satu, i tulis dalam Bahasa Inggeris. Tak kisah lah i punya BI berterabur pun, tak salah kalau mencuba. Lagi pun menulis dalam Bahasa Inggeris kan boleh meningkatkan mutu berbahasa inggeris kita. Eh betul ke ayat i? Tengok tu, BM pun berterabur jugak. So, sama²lah kita berusaha meningkatkan penguasaan bahasa masing². Nanti i nak kahwin dengan orang jawa, kena buat blog bahasa jawa pulak :)

Ok la. Baibai :)


Thursday, October 29, 2009

YES!


BigBang is back! Hahaha. I letak video clip baru diaorang dekat blog. Dah lama weh blog ni takde lagu. Tapi kalau nak dengar tu kena tekan play sendiri tau. Sebab i tau kadang-kadang orang tak suka nak baca blog yang ada lagu ni semua. Sebab i pun macam tu. Haha. Takpelah asalkan i jujur. Bukanlah tak suka tapi i ni selalu dengar lagu macam korang lah jugak bukak lagu favourite dekat Winamp etc. Lepas tu jalan-jalan blog orang je, tiba-tiba ada lagu lain ikut menyanyi sama, tak tau dah nak dengar mana satu. Sesiapa yang ada letak lagu dekat blog jangan ambil hati tau. Suka hati korang lah nak letak lagu ke tak. I nak sibuk watpe pulak kan? hihi

Berbalik kepada tajuk, i letak lagu baru BigBang. Cari la dekat sebelah kiri. The third BigBang's Japanese single. Baru je released. I'm a new fangirl of BigBang sebab dulu im not really into K-POP. Haha. Sekarang I sukaaaa gila dekat TOP and i bet takkan ada artis lain yang boleh menggugat kedudukan beliau dalam hati i. Ececey :') Tapi lagu yang ni dia tak nyanyi banyak. But, when he start rapping around 3:28, dah cukup buat i excited miang gatal mengenyam apa semua. Ok fine. Tak kisah la. Tapi i suka sangat sangat sangat dengan BigBang especially TOP. Sayang, sorry tau sebab hari tu i terlebih excited pulak Minho nak datang Malaysia. kahkahkah. Korang geli eh? Ok la i stop. Lebih-lebih nanti karang boyfriend i merajuk terus dia letak gambar-gambar Sayumi Michishige buat album dekat Facebook kang.

TOP oppa! ^^

Ok bye! :)

Monday, October 26, 2009

Kalaulah...

Kalau lah sekarang i masih lagi pelajar UiTM, mesti i tengah study bertungkus lumus dengan kawan-kawan. Final exam dah nak dekat ni. Call Ainaz yang dekat bilik tingkat paling atas suruh bawak turun meja ABC adik beliau untuk study Audit bersama. Lepas Ainaz dah turun, call Nurin pulak ajak join sekali sambil tu pesan suruh belikan maggi dekat bilik hujung. Sebelum mula study, buat air Nescaffe 3in1 dulu konon nak stay up malam tu.

Sebelum mula apa-apa, sms kawan-kawan mintak hint yang ada. Semua cawangan ada hint sendiri. Lepas tu pandai-pandai sendiri suka hati cari mana yang macam banyak kali ada mention dalam hint, yang tu study lebih sikit. kahkahkah. Tak senonoh betul. Paling tension, bila mintak hint, semua cawangan lain-lain hint dia. Lepas tu bila combined, semua chapter ada. So, kena lah paksa diri sendiri baca semua jangan nak pilih-pilih mana yang agak-agak keluar.


Bila dah dapat hint-hint yang best tapi entah betul entah tidak tu, rasa lega sikit sebab beban untuk study satu buku Audit 500+ muka surat berkurang. Mula lah rasa cuak berkurangan. Mulalah nak berlengah-lengah ambil handphone Ainaz buka Friendster sebab masa tu menyampah dengan Facebook. Dalam lebih kurang setengah jam online, terasa lapar lepas tu masak Maggi. Sambil makan-makan, berborak perkara-perkara yang memang tak ada kena mengena dengan soalan exam nanti.

Dalam pukul 12malam, terasa mengantuk. Teringat kata-kata kawan baik bernama Wahieda yang berbunyi " Pukul 12 sampai pukul 1 malam tak elok study. Susah nak masuk". Walaupun tak pasti kebenarannya, terasa macam boleh dijadikan alasan munasabah untuk tidur sekejap. Set jam pukul 1 untuk bangun study. Last-last tak bangun pun sebab terkunci jam pukul 1 tengahari. *sengaja*

Hahaha. Macam-macam perangai betul kalau ingat balik waktu-waktu diploma dulu. Rindunyeeee. Cehceh. Entry ni nak mengimbas kembali kenangan sem lepas masa study dengan Ainaz and Nurin. Sebenarnya i lebih suka study sorang-sorang. Kalau dengan kawan-kawan memang tak berapa nak jadi. Bagi i la. Mungkin lain orang lain caranya. Tapi study seorang pun bukan bagus sangat. Sebab bila kita tak faham sesuatu nanti susah pulak takde orang nak tolong ajarkan.

Dulu i sanggup pergi naik bilik Pija dekat tingkat 2 semata nak tanya 1 soalan. Lepas dah faham, turun balik sambung study. Haha. Nasib baik Pija rajin layankan i :') Dia pun banyaaaak sangat tolong i dalam pelajaran. Selain Pija, Ishat pun sama. Ramai lah sebenarnya. Tak tahu lah nak balas macam mana dekat diaorang. I ni suka je interrupt waktu diaorang tengah fokus study sebab nak tanya itu ini. Tuhan je yang dapat balas jasa korang :)

Ok lah. Kepada semua student UiTM, i nak ucapkan good luck. Study dari awal and jangan percayakan sangat hint yang korang dapat tu. Ececey padahal diri sendiri suka study last minute lepas tu suka sangat ikut hint :P

Untuk adik i, Aliya, good luck ok.

Adik i, Syida, yang buat peace konon comel tu, good luck jugak.
Kawan-kawan dia pun masuk sekali lah good luck.

Budak ni takpayah sebab dia duduk rumah je jadi bibik Maktok dia. Haha.
Gambar ni skema gila ramai ingat ini gambar masa i part 1 padahal masa ni part 6. Dekat dataran masa yang ada boikot Israel tu.

Dan kepada semua, study rajin-rajin tau :) Ok lah. I nak buat surat rasmi nak apply campus Shah Alam untuk degree ni sebelum mereka campak i jauh-jauh. Harap-harap diterima. Amin.

Sunday, October 25, 2009

Sayang, i lupe pulak yang ni.


Eh eh. Saje upload lambat kan. Bak kata orang tua-tua, save the best for last. haha tiba-tiba pulak.

Kawan-kawan, doakan i dapat sambung degree bulan 12 ni tau :)

Friday, October 23, 2009

Sayang, I dah grad :)

Sayang, i tau i macam menjauhkan diri dari u. I selalu lupa dekat u sejak kebelakangan ni and i pun selalu abaikan u. I harap u tak kecik hati. I busy tau hari tu. Walaupun busy tu dah habis dua tiga hari lepas, i saje je buat-buat busy lagi sebab i memang sengaja nak abaikan u. EH salah salah. I malas nak update u sebenarnya sebab adik i asyik nak guna laptop je. Sepupu-sepupu i pun sama. Ayah i pun sama. I nakkan privacy antara kita ececeh. Hahaha. Gedik ah kau ni Taz. Tau la sayang kat blog sendiri agak-agak la sikit. Eh kejap. Lagi sikit je. Sayang, u nak tau tak i buat apa hari tu? Mesti u bangga kalau u tau. Kahkahkah. Ok Ok. Sayang, sebenarnya i nak cakap i dah grad!!! Fewwit fewwit. U bangga tak? Ok sekarang i nak update lah kan bagi pembaca-pembaca u pun bangga sama.

Ok tadi i berbicara dengan blog i. Sekarang dengan korang pulak. Hikhik. Sorry la sebab lambat update. Seperti yang korang baca tadi, i memang takde masa nak update pun sebab kurang mengadap laptop sekarang. Kalau mengadap pun, nanti ada orang kat tepi-tepi i, i malu lah nak tulis kan. Nak update blog ni memerlukan privacy ececeh :p

Seperti yang dibangga-banggakan tadi pun, i nak update pasal konvokesyen hari tu. Ceh padahal diploma je dah kecoh satu kampung. Takpe la. Bila lagi kan nak kecoh-kecoh. Hehe. Malas la nak bercerita panjang. Tengok gambar je la.

Tandas sebelah kiri ye.

Jendul seh dahi budak ni. Baru perasan.
*tak sedar diri*

Ayah, Taz, Ibu, Adik :)

Ayah dan ibu ter-chenta.

Ibu :)

Dengan adik.

Dah balik pergi makan dekat kedai Uncle Fara.


Dengan Maktok.

Ok baibai.

:P

Thursday, October 8, 2009

Macam Mana kalau...

Sebelum teruskan, tengok dulu video dibawah.



Macam mana kalau kita boleh berbual dengan semua kawan-kawan dengan hanya menggunakan satu aplikasi sahaja?

Macam mana kalau kita boleh melihat email dengan tanpa pergi ke email? Ok Ok cukup. Nak translate pun fail Taz ni.

I tak ingat la i jumpa dekat blog siapa pasal application ni. And macam selalu, mestila i nak cuba kan kalau dah nampak macam menarik aje. hihi. Mula-mula guna memang tak ada apa masalah pun bagi i. Tak tahu la lama-lama nanti macam mana. Kalau nanti i rasa dia bagus dan tak bawak masalah dekat laptop i, i nak uninstall application lain dekat laptop ni macam tweetdeck etc.

Seriously, first time i guna i rasa macam kagum sangat sebab Digsby boleh menghubungkan kita dengan semua social network, IM, or email yang kita guna. Contoh macam i, i guna Yahoomail dan Gmail. Dengan digsby, i boleh cek kedua-duanya dengan mudah tanpa perlu pergi ke Yahoomail atau Gmail.

Kalau social network pulak, digsby akan notify setiap kali kalau ada update terbaru. So kalau malas nak pergi ke Facebook atau Myspace korang untuk tengok apa update terbaru dari kawan-kawan, sila cuba application ini. Digsby pun support Twitter. Mestilah wajib kan. Kalau tak support Twitter i pun taknak guna Digsby. Haha.

I sediakan gambar untuk bagi korang lebih faham. Tengok yang i highlight merah tu je. Klik gambar untuk lebih jelas.


Digsby lebih kurang macam YM korang. Cuma dia support lebih dari YM :')

Tengok tu. I teruja ok bila tengok display picture manusia yang chat dengan kita jadi thumbnail bila kita minimize window. Selalu gambar icon senyum si YM tu je. Kepada Daus, sorry la tadi tak layan YM ko sebab aku tengah teruja dengan benda alah Digsby ni :p

Tengok facebook punya friends' update and notification.

Twitter pun :)

Ni yang best! Ada aplikasi 'Set Global Status' yang membolehkan anda update satu status untuk semua semua social network dan IM yang korang ada :) fewwit fewwit! Kalau contohnya korang taknak status update tu untuk Myspace, cuma 'uncheck' sahaja Mysapce tu. Faham? Bagusss :)

Ini macam mana digsby notify semua update.

Widget digsby yang membolehkan sesiapa pun chat dengan i kalau i online :)

Siapa yang berminat, boleh la download dekat sini dan install dekat PC korang. Tapi Taz baca sesetengah review dari orang ramai, ada yang kata bagus. Tapi ada jugak yang kata tak bagus sebab slowkan PC. Bergantung kepada RAM masing-masing punya PC lah kan. Tapi kebanyakannya kata Digsby bagus. Cuba dulu baru tahu kan? :)

p/s; Sesiapa yang dah pernah cuba, tolong komen sama ada ia bagus atau tak. Thank You :)

Wednesday, October 7, 2009

Habis Madu Sepah Dibuang.

Mestilah kalau dah bosan kita nak tukar yang baru kan? Atau senang cakap, kalau dah lama pakai nak tukar baru jugak Eh eh apa benda ntah Taz merepek. Sebenarnya nak cakap i nak tukar poll Nuffnang yang ada dekat tepi tu. Yang dah terfikir yang bukan-bukan tu sila betulkan pemikiran anda sebab mana boleh nak tukar-tukar pasangan nih. Eh tetiba je. Padahal orang lain tak fikir apa-apa pun. -_-

Dah lama kot i letak poll tu. Thanks kepada yang menjawab :) Walaupun i saja bosan taktahu nak letak apa dah dekat blog ni. Soalan pun bajet macam blog i ni blog gossip-gossip artis pulak. Ok nak tukar poll pasal diri sendiri pulak lepas ni.

Untuk poll yang lama, keputusannya pun memang dari awal i dah agak. Malas nak cakap banyak dah. Tengok je gambar.


Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us


I sukeee Lisa Surihani eventhough kadang-kadang jeles apesal dia cantik sangat? Haha

Ok baibai.

Monday, October 5, 2009

Raya Kedua ; Bertunang Sudah.

Ceh ceh ceh. Tajuk nak gempak je bagi semua orang ingat i yang dah bertunang. Haha. Masa raya kedua, abang sulung Taz bertunang. Macam tak percaya je ada adik beradik i yang dah bertunang. Selalu tengok orang lain tapi bila keluarga terdekat lepas tu adik beradik sendiri pulak tu terasa lain pulak. Bila pulak giliran i eh eh gatal pulak kau ni Taz. Degree pun belum mula nak mengada-ngada eh.

Ok teruskan. Mestila kalau anak nak bertunang si ibu yang paling sibuk pening kepala migrain apa semua nak uruskan ye dak? Begitulah yang terjadi kepada ibu Taz. First time nih nak terima menantu. Eh kalau tunang panggil apa eh? Bakal menantu lah kan. Teringat Auntie La bergurau dekat dapur dulu-dulu cakap Maktok tengah berborak dengan cucu hantu. Hahh?? Ish Auntie La ni cakap apa pulak cucu-cucu hantu ni. Rupanya dia nak maksudkan kalau ibu dengan bakal isteri anak, panggilan dia menantu la kan. Tapi kalau nenek dengan cucu punya bakal isteri, jadilah cucuntu/cucu hantu. Kahkahkah. Kalau rasa tak lawak tak perlu gelak. Tapi i rasa lawak nak gelak lagi kahkahkah ok dah.

Kan dah merepek jauh. Tadi cerita pasal ibu kan, terasa impress pulak dengan ibu sendiri sebab first time gubah hantaran untuk bertunang cantik gila wa cakap luuuuu. Tapi bukan 100% ibu buat. Ada la dalam 80% tapi nak jugak cakap ibu yang buat semua haha. Mintak-mintak Auntie Anissa taktau kewujudan blog i nih kang dia cakap i lupa jasa dia. Haha. Ok Auntie Anissa pun ada buat jugak. :)


Jom tengok barang hantaran,


Eh ni bukan barang hantaran. Ni orang yang buat hantaran. Auntie Anissa berbaju hijau. Ibu berbaju peach. Guna fresh flower fewwit fewwit.

Cincin tunang.

Close up. Cun tak? Abang i punya idea guna bekas bulat tu instead of kotak cincin macam selalu orang buat. Mula-mula maktok tak bagi sebab dia takut masa dia nak sarung cincin nanti tangan tak muat nak ambik cincin tu. Hahaha. Masa nak sarungkan cincin tu adik i yang keluarkan cincin bagi Maktok.

Tepak sirih benda wajib kalau takde ni sila batalkan niat anda nak bertunang.

Kain pasang warna favourite tunang abang Taz; coklat.

Kek buah terbaik dari dapur buatan kakak Taz. Fewwiit lepas ni kakak bertunang abang i pulak kena buatkan kek buah. Eh eh reti pulak dia tu. Haha.

Yang ni ada cerita sedikit lawak. Malam sebelum tu Uncle Halim datang beraya lepas tu dia bawak buah durian dua bijik. Taz saja la buat joke cakap nak letak durian tu sebijik dekat hantaran buah-buahan. Last-last jadi betul-betul. Masin mulut i.

Lepas dah siap semua, dalam pukul 11.30 pagi kitaorang bertolak semua sekali dalam 6 kereta. I naik kereta Auntie Anissa.

Budak ni kalau dia yang bertunang confirm perkara diatas takkan terjadi. Tidur menampakkan double triple chin sampai orang tangkap gambar pun tak sedar. Creditlah kepada Amirul. Lain kali bagitau dulu boleh la akak buat-buat ayu pfft.

Taktahu nak cakap ni sesi apa. Kira macam sesi perbincangan 1 Malaysia eh bukan, perbincangan tentang wang hantaran, tempoh bertunang etc. Fail la kau ni Taz.

Sesi penyarungan cincin tunang ke jari nenek. Eh salah. Kejari pihak perempuan oleh nenek Taz yakni Maktok yang memang glamour nama dia dalam blog ni. Ntah apa la yang Maktok cakap tu beria benar muka.

Come to mommy. Gimme a kiss gimme a kiss. Mmuah Mmuahh!! Eh over pulak ibu ni. Ceh ceh padahal aku yang over tulis caption macam tu.

Ni pulak hantaran dari pihak perempuan :)

Sedap bai kek ni. Hingga menjilat sudu lepas tu tak payah basuh sedap ingatkan dah bersih haha

Hantaran buah-buahan. Mana pergi anggur tu i tak sempat nak makan tau. Cis.

Yang ni pun marvellous. Fewwit. Coklat Fererro Rocher dengan coklat Cadbury yang baru keluar tu.

Biskut raya. Sedap! :)

Baju batik yang bila abang i pakai bukan nampak macam tunang orang tapi macam bapak orang kahkahkah. Eh bukan sebab baju ni, sebab abang i memang macam bapak orang kahkahkah. Kurang ajar Taz mengata abang sendiri. Habis ah lepas ni laptop rosak takde siapa dah nak betulkan.

Beg tangan kulit. EH bukan. Tali pinggang dan dompet :)

Taktau la nak kata ni apa. Gubahan bunga kot. Tapi rasanya bunga yang coklat tu macam sirih je. Takpela nanti tanya Maktok balik ni apa benda. Dua kali dah fail kau ni Taz. Ish Ish.

Lain-lain gambar.

Abang yang kacak bergaya dan tunangnya yang cantik jelita. Ececeh nak bodek la tu takut nanti tiba-tiba laptop rosak.

Mak aih. Apasal roti gardenia pun isi dalam handbag ni? Perempuan oh perempuan.

Kami dan bakal kakak ipar. Kembang je hidung abang Taz baca ni nanti kahkah

Sebelum beransur pulang posing kejap. Fewwit fewwit. Macam nak sepak je mulut asyik fewwit fewwit.

Ok la dah pukul 2 pagi ni. Baibai.