Monday, January 19, 2009

Wak Hussain ku. i love u. (bahagian 2)




Yeah! wak hussein ku menang jugak!! sungguh mengkagumkan! hebat! awesome! dahsyat! gila kentang! apa lagi? pertama kali saya nak mintak maaf kat Puan Sharifah Norhamimi kerana mungkin dengan kemenangan ini menyedihkan beliau yang merupakan penyokong kuat dan jugak pengerusi Faizal Tahir fan club daerah puchong. *tipu je* ibu jangan sedih ok!

semalam aku sangat excited mengajak semua kawan2 pegi tengok AJL. tak pernah aku excited nak tgk AJL sebelum ni. semua adalah gara2 si Taja, Tass dan Lan yang awal awal lagi berpesan dan sangat mengharapkan aku supaya menyokong mereka dan mendoakan kejayaan mereka *tipu lagi*. tapi malangnya semua kawan kawan aku malas, sibuk dan macam macam lagi hal yang tak dapat dielakkan. huh. tak mengapa. aku tetap pergi walaupun keseorangan. tetapi rupanya aku tidak keseorangan.bilik tv kolej dipenuhi ramai gadis gadis yang aku pun tak tahu siapa yang diorang sokong. aku pun membuka selipar, masuk dan mencari tempat kosong untuk duduk. tiba tiba ain datang. memang sudah aku agak. kipas susah mati Elyana itu pasti akan datang juga.penat aku telefon dan mesej untuk teman aku tapi tidak dijawab. rupa2nya beliau mandi.

berbalik ke topik asal. aku sangat tensi apabila suasana bilik tv yg kecik, sempit itu dicemari oleh bunyi2 bising gadis gadis yang mmg tak boleh diam hatta seminit pun. cuba lah duduk diam dan tak ganggu org. budak sebelah aku pun satu. rase nak picit picit je mulut dia. sampai hati dia mengatakan ahli ahli Meet Uncle Hussain itu tidak kacak dan terpaksa menconteng muka seperti badut untuk menaikkan keyakinan diri mereka. kau orang tak nmpak ke betapa comelnya Lan itu? comel sangat. oh takpe. Faizal tahir kau orang boleh tahan jugak. dan cool. aku pun suka. tapi sikit je. tak banyak. cik mimi yang suka banyak.

Oleh kerana telinga aku bingit dengan bunyi bunyi bising kat situ, aku balik ke bilik ambik earphone dan dtg balik. ape motif aku? aku dengar dekat radio guna handphone dan tgk guna tv. tp siaran di radio lebih cepat dari siaran di tv. aku akan tutup radio dan tgk sepenuhnya di tv apabila artis mula menyanyi kerana ketika itu gadis gadis ini akan diam sikit. Aizat yang semakin hari semakin hensem itu pun membawakan lagu yang best. walaupun dia tak menang, bg aku dia sangat bagus kerana berjaya ke AJL peringkat akhir dengan berbekalkan seratus peratus hasil tangan sendiri. *harap maaf.bahasa melayu aku tak dpt A*. ape ape pun aku suka persembahan Stacy yang energetic, Faizal yang kreatif dan hebat, Estranged yang mempunyai idea tersendiri dalam penghasilan lagu dan juga yang lain lain. sangat sangat well done.

Bila pemenang pemenang diumumkan, aku mmg mengharapkan Meet Uncle Hussain menang. Tapi keadaan pada mulanya sangat berpihak kepada Faizal, aku pasrah. Aku sudah berpuas hati bila Meet Uncle Hussain menang peringkat kategori. Even aku rase Faizal akan menjadi juara kerana kebolehan dia, hati aku tetap mengharapkan Meet Uncle Hussein akan menang. aku sangat berharap. dan juga oleh kerana aku mendengar di radio, apabila Meet Uncle Hussain diumumkan juara, aku terlebih awal menjerit karana di tv belum disebut lagi siapa juara. orang disekeliling mungkin sudah menyangka aku gila. mereka mungkin meluat tengok aku yang sangatla over gedik. tetapi mereka pun ikut menjerit sama bila Meet Uncle Hussain diumumkan juara. haha. aku sangat happy. aku gila happy. tangan aku sampai menggeletar tak dapat nak balas sms adik aku. adik aku mmg jahat. dia boleh tanya kenapa meet uncle hussain boleh menang? hello syidah. tengok kualiti lah. lagu tu mmg berhantu. gila best, aku sangat suka suara Lan. Dahsyat!

Jadi, moral of the story, buka buka lah mata anda dan sokong lah band band independent di Malaysia. tak nampak lagikah? sudah dua tahun berturut turut menang AJL. tahun depan Bunkface pulak. Bittersweet bila lagi? oh chentaku pun hebat. ada lagu aku baru jumpa. sangat best. Brainstewz dgn lagunya Twinkle Away. apa apa pun merekalah penyelamat penyelamat sebenar industri tanah air kita yang semakin lama semakin dijajah band band dari seberang. selamatkan industri tanah air kita! Please Support our Local Scene!



*cik yah tumpang gembira.




p/s; aku geram betul dengan orang yang perasan kaki dia kecik tu. tinggalkan selipar besar saiz 9 kat aku pulak. taulah selipar sama ngan aku. cek la dulu sebelum pakai. nasib baik meet uncle hussain menang aku memang murah hati maafkan kau. kepada sesiapa yang tersalah pakai selipar masa balik tengok AJL semalam sila tolong pulangkan kepada saya di bilik Z015D.terima kaseh!

4 comments:

hillie1203 said...

haha...congratulations la wak hussein kamu menang ya =)

hehe...aku pun x sangka dorg blh dpt juara coz faizal tahir mcm dah bolot sume je

tazz said...

haha. terima kaseh! tp faizal tahir best jugak. klu dia menang aku pon x kesah.

Muhafis said...

nie bwk kete dah ade lesen lum? hehe mmg patot MUH menang..

tazz said...

bawak kete? bile mase?
saye blom abes amek lesen lagi.