Thursday, May 14, 2009

2 orang pakcik.

Pakcik Satu

Ade ke tadi mase makan kat restoran RZ dekat Segamat, ada sorang pakcik ni bg business card die then cakap, " call la kalau free eh?" huh? ape hal ni? die cakap dengan aku ke? *pandang kiri kanan* aku je yg dekat depan die. igt nak blah je. tapi apehal ntah tangan gatal sgt pegi ambik. sebenarnye saje je nak tau die ni keje ape sume bajet macam dato' bandar je nak ngorat orang suke suke hati. peh, taz perasan seh orang tu nak ngorat. ntah ntah die nak tarik pelanggan je beli kete ngan die sbb dekat kad tu cakap dia sales executive dekat Perodua. kad tu pun dah tinggal kat dalam kereta pakwe Tasha. kalau call dapat kereta free takpela.

Pakcik Dua.

Dialog ni berlaku dekat kawasan Menara Taming Sari. saye tgh tunggu Tasha ngan boyfriend die naik menara tu. saye malas nak naik so saye jalan jalan la dekat kedai kedai souvenir yg ada kat situ.

Pakcik; dik, singgah la beli eskrim ni ha.
Taz; *senyum je pastu jalan mcm takde dengar ape ape*

lalu balik depan kedai tu.

Pakcik; dik, dari sekolah mana ni? kenapa tak join kawan kawan naik menara tu?
Taz; Hah? malas nak naik. gayat. (tak perasan lagi ni pakcik tu tanya pasal sekolah)
Pakcik; ooohh.dari mane ni dik?
Taz; dari segamat pakcik. nak balik puchong.
Pakcik; oooh. org segamat. nak balik puchong buat ape?
Taz; Balik rumah pakcik. cuti dah sekarang.
Pakcik; eh yeke? anak sedara pakcik belum cuti sekolah lagi. bukan lagi 2 minggu ke?
Taz; eh. sekolah ape pulak ni pakcik. saye belajar kat UiTM segamat ni nak balik puchong dah cuti semester.
Pakcik; laaa..pakcik ingat adik ni sekali dengan budak budak rombongan yang naik bas sekolah tu haa..patut la tak naik menara tu sekali dengan diorang..ni mesti baru semester pertama ni kan?
Taz; takde la pakcik. dah habis dah semester 6.
Pakcik; Laaa...umurnya berapa nii?
Taz; 20an dah pakcik..
Pakcik; mcm budak budak sekolah je pakcik tgk..same besar je dengan diorang *sambil tunjuk dekat budak budak sekolah rendah baru turun dari menara Taming Sari*

p/s; sabar eh Taz..

4 comments:

ainey maryshal said...

hehe sabar ye

tazz said...

(:

qishie said...

hehe..ala...suka la tu org ckp muda lg.. huhu

taz said...

harusla kena suke. hehe