Monday, July 27, 2009

Ape Korang Buat Kalau Dapat Jiran Macam Ni?

Apa perasaan korang bila tiba2 korang tengok dinding dapur belakang rumah korang jadi begini?



Ni semua angkara orang yg memang la aku taktau nak klasifikasikan macam mana otak dia. Suka2 hati je kan nak roboh dinding rumah orang. SIAP UPAH CINA BAWAK BULLDOZER KAU. Gila lah.

Ok sini i cerita secara kronologinya macam mana.


Maktok (nenek aku la) ada jiran. Nama beliau Pak K dan beliau mempunyai seorang isteri bernama Mak Cik E. Umur beliau dalam lingkungan 70an. Mula-mula diorang pindah sini diorang baik aje. Takde apa masalah sehinggalah waktu maktok buat rumah sewa sederet dekat depan rumah, Pak K dan Makcik E semacam menyimpan satu perasaan tidak puas hati. Tentang apa? Ha ini yang kita tak tau ni.

Sebelum ni rumah Maktok dengan diorang terpisah dengan pagar dawai je. Sebelah sana tanah u sebelah sini tanah i. Macam tu lah kirenye diorang deal. Ok fine. Takde masalah lagi disitu.

Pak Cik K ni ada lesen senapang. Ada tahun lepas tu dia suka sangat tembak sana tembak sini. Katanya nak tembak musang ke apa tah. Kitorang taknak masuk campur bersabar je lah kan walaupun selalu terkejut dengan bunyik senapang dia tu. Masa tu arwah Tokbah ada lagi. Masih dalam keadaan sakit. Nak tidur pun tak senang asyik terkejut dengar bunyik senapang si Pak Cik K.

Sehinggalah suatu hari tu, peluru beliau terkena tingkap rumah Maktok. Kitorang memang tak boleh sabar lah kan. Main senapang suka2 hati kalau tertembak orang kau nak ganti guna apa? Kitorang pun buat report polis. Banyak jugak la kereta polis datang rumah beliau. Glamour betul. Satu kampung tau. Last2 senapang beliau kena rampas ah kan sebelum ada nyawa2 melayang.

Lepas tu, dalam tahun yang sama, beliau mengupah orang buat benteng tembok ke ape ntah nak panggil.



Yang tunjuk anak panah tu la tembok yang Pak Cik K tu buat. Ganti dengan pagar dawai sebelum ni. Tinggi sama dengan bumbung rumah Maktok. Yang zink atas tu umah maktok la. Yang pecah2 tu dinding luar dapur. Gambar ni ditangkap dari kawasan rumah Pak K. Betapa tingginya tembok tu. Tanah dia tinggi sebab tu dari angle gambar ni nampak rendah je tembok tu. Kalau aku pandang luar tingkap bilik sebelah sana rasa macam duduk kat penjara tapi takde dawai berduri je atas tu.

Tapi yang melampau tu, apasal tembok tu macam tu pulak? Yang batu bata tu dinding dapur nenek aku. Tiba2 je kan tembok tu terlebih garisan yang sepatutnya pulak seolah2 macam nenek aku ambik kawasan tanah dia. Padahal dinding tu dah lama ada and tak terlebih pun sampai kawasan dia masa ada pagar dawai dulu tu. Ni tiba2 nak bina tembok 8 kaki tersentuh dinding nenek aku pulak. Ni yang menaikkan kemarahan ni.


Itu cerita tahun lepas. Tapi kitorang cool je. Takpe la. Biar je mereka. Nak buat macam tu buat la. Tapi sekarang dia nak claim tanah dia. Dia cakap dinding dapur nenek aku tu masuk kawasan dia. Padahal dia yang lebih2.

Klimaksnya bila tengahari tadi dalam pukul 11.00, pakcik aku dah pergi kerja, Maktok tengah berkebun, budak2 dah pergi sekolah semua tiba2 dengar bunyi bising. Ingat kan orang sebelah tgh renovate rumah. Malas lah kan nak pergi tengok kalau tengok pun bukan nampak dah ada tembok penjara 8 kaki tu ha. Tiba2 adik aku pergi dapur tengok dinding luar tu dah kena roboh tak dapat diselamatkan dah. Mengamuk la Maktok and pakcik2 aku. Agak2 la kan. Even kalau kitorang salah terlebih kawasan, tak boleh ke dia bincang2 dulu cakap baik2 ape sume. Kalau kitorang salah, kitorang boleh robohkan sendiri dinding tu dengan rela hatinya. Tapi masalahnya memang kitorang tak salah.

Tengahari tu jugak report polis. Polis datang macam dulu jugak 2,3 kereta. Orang kampung pun ramai datang tengok dinding belakang yang kena roboh tu. Kesian Maktok. Dah la hari ni masuk setahun arwah Tokbah takde. Kalau ikut bulan Islam la sebab Tokbah meninggal 5 Syaaban. Kes ni pun nak failkan dekat mahkamah. Gantirugi perlu dituntut. Ok dah. Penat la nak cerita. Tengok gambar je la.




Tu Ayahchik pakcik Taz. Kesian dia kaki ngan tangan luka dalam kena zink sampai terbelah daging.
Jangan main2 dengan lawyer ni. Siap ah jiran sebelah tu.

24 comments:

arifrusli said...

bodo gile jiran nenek kau ni. kalau aku, aku bom je umah dia.

dah tua nak mampus pun masih gilakan tanah dan harta.

ko lekat la ayat-ayat Quran siap dengan translation bahasa Melayu skali dekat depan pintu umah dia. Biar dia baca dan sedar yang Kubur kata mari, Rumah kat blah blah podah.

Isk isk isk. Tak sangke ade lagi orang camni hidup ek. Ingatkan sume dah kojol.

taz said...

haha. tau takpe. kadang2 kesian jugak tgk diorang dah tua. duduk pun dengan anak angkat sorang. anak ada 8 org tapi tak jenguk pun tadi masa polis dtg. maybe diorang pun segan nak back up mak ayah sebab diorang pun tau mak ayah diorang salah.

nurull_mrs21 said...

wah..taz..

ini suda lebeyh..

ish..ade jgk org perangai cmni..

haihhh..bahaya laa PHD neh!smpai nyusahkan org!!

noor afzan said...

kuang asam nyer jiran..
ambik la tanah orang..
akhirat sok tanggung la sendir akibatnya..
x yah tunggu akhirat..
mat isok tka cukup tanah nak kuburkan..
haa..
takut x?
huhu..(sori tuan tanah..terEMO sket..)

Ynn. said...

ape la nk jadi pakcik ni, nk jeles2 ke ape tah. die ni nak tarik pehatian ke apa tah. sian nenek taz +_____________________________+

cik intanurulfateha said...

.mangkuk nye jiran
.org mcm ni pun ade ke?

ღ izzy is me ღ said...

peh teruk gile jiran tu..da tua2 pn maseh xsenang tgk orang..org camtu patut anta je uma owg tue2..huu~ da panggil polis le selambe badak lg..ish geram pulak izy bce huu~ taz n family byk la besabar k? mungkin ade rahmat dsebalik sume 2 huu~

Cikpid said...

hek eleh..org tua pakcik K ni kan..bikin ati panas jek...ade gak org camni ek?/

btol laa tindakan report polis n amik tindakan mahkamah tu..sbb org camni mmg perlu di ajar sikit...

ngan jiran2 pon nk cari pasal..ni jns org yg mati baca talkin sendiri jek ni..

rahmat said...

haha.
cool gle jiran mak tok u.
siap robohkan dinding rmh org.
x snonoh btol la.
suka2 dier je.

taz said...

tau takpe. gila punye org. buat tembok taknak tinggi gila mmg takde semangat kejiranan langsung. tak paham tak paham.

Mamamanja said...

salam kenal...
awat jiran tu macam tuh??
geram plak nengoknya
saman jerk heheheh

oh ya, jom tlg vote tuk akak BPC23 kat sini http://sereniety.blogspot.com/2009/07/vote-now-breastfeeding-photo-contest.html
tq

taz said...

baiklah mamamanja nanti saye vote :)

oMMy fiRuz said...

dik, tu bkn jiran..tu jirat(kubor)..mintak dijauhkan dr dpt jiran cenggitu..mau hesteria aku neh..hehehe

sizukaDeboss said...

omg~mcm nie punye olang pon ada ka??

shima said...

uishhh.kemain jahat jiran cmtuh.xde ati perot lgsg.sue kaw2 jiran tuh.hehhe.

Cik Nazaitul Nadia @ Cik SesuciQiellah said...

siannyer.... harus robohkan jer balik umah org yg merobohkan tue wakakaka

Nabiel said...

uish..jiran kamo tuh prangai xmcm umo dia!!.huhuhu..
swuh polis tgkp jerk..pastu cmpak dia kt pulau ker..bio dia leh bt tmbok besau mna pn!!hehehe

Teddy Reezwan said...

eee..
nanti wan cipta satu bom micro.. then letak dalam air minum die.. biar dye telan then bile dah masuk dalam pewot die..taz bom..

pastikan pasang cctv dan rakam cam mane pewot die meletop..then perkara paling best sebarkan kat youtube..

best tak?

taz said...

wan; hahaha. jahat gile ah wan ni. nanti kite buat open house mcm selalu tu pastu jemput la dia. pastu wan bg eh dia minum air tu. taz takot. haha.

eh eh. nape jahat sgt ni? dia org tua lah. kena hormat. walaupun taz geram, tp kesian kat dia. tatau ah nape.

arby89 said...

la.. org macam ni pon ader,

sepatotnyer deme kene malu sbb da lame kome besabor,

hmm..

biarla lowyer tu yg saman,

huhu

lalala~~

paraxixth said...

kenape la jiran yg dah kubur kate mari tu macam tu perngai nye...

faridcool said...

kill kill kill!! die die die!!!

riddikulus said...

OMG WEHHH!! BAPAKKK AA GILAA PE. SKE ATI TEMBAKK MENMBAK!!!
GILAAAA TOL!! 0____0

AKU MASEH TERKEJOT SMPY SPEECHLESS!
KSIAN AYAHCHIK KO!!!

GET WELL SOON!

k.i.w.i said...

hoho tragis ni.my fathr oso get the same case.sume psl tanah.tp yg peliknye anak buah dia(means spupu aku) yg melenting abes. da la tak tau ape ape psl kebun, ape dia tau duit msk tiap tiap bulan.ceh.

ade la one day, abah aku suruh pkja dia tebang pokok klpa pcik aku sbb halang jalan kereta sorong.

bila spupu aku tau je, u gez what?? dia nak cari abah aku n tikam.hoho..

so, sad n tekejut..