Saturday, July 18, 2009

Hello, my name is Taz Winchester

Ok. Taknak cerita pasal Shout Award. Banyak2 15 kategori, 3 sahaja yang saya undi menang. 3 SAHAJA. Sedih. Tapi takpe la. Tahniah kepada pemenang.


Semalam pukul 2 malam makan sahur. Beria lah kan sahur makan nasi lauk ayam masak sambal sebelum tu pergi cari movie best nak tonton. Haha ayat nak guna tonton. Tapi SPM dapat B jugak Bahasa Melayu.

Ok gostan balik cerita tadi. Cari movie jumpa la cerita The Happening. Disebabkan kat rumah ni ada 2 orang tauke cetak rompak maka dvd tersebut hanya dvd lepas tu disimpan dalam bekas yang bulat tu yang boleh letak banyak2 berlapis2 dvd tu. Takde la cover ape sume so tak tahu nak baca celah mana sinopsis cerita tu. Waktu macam ni la perkhidmatan internet (betul ke ayat?) digunakan dengan sebaiknya. Pergi Google. Search The Happening. Baca review. Rupanya cerita pasal satu benda pelik macam penyebaran ape ntah taktau nak cakap. Dia disebarkan melalui angin. Memang saspen. Tapi tak berapa best sangat cerita tu. Boleh la setakat buat aku rasa takut kejap bila angin datang. Pengaruh filem ok. Ha tengok tu tadi sebenarnya nak cerita pasal kes sahur pagi tadi tapi dah melalut pulak.

Perenggan baru. Sebenarnya nak cakap, dah sahur2 tak jadi puasa. Semua ni ibu punya pasal. Ajak pergi dentist then terfikir la kalau pergi dentist, macam mana nak puasa kan? Batalkan niat. Tapi alih2 kata nak pergi hari Isnin. What? Sabar. Takpelah. Hari Isnin nanti boleh pergi cari kerja sekali. Duduk rumah je buat apa kan baik kerja kumpul duit nak sambung degree bulan 12 ni. Kena berdikari ok. Adik-adik ramai jumlah yuran nak masuk degree tu boleh bagi diorang makan selama sebulan. Betul ke sebulan? Takpe. Kalau jimat2 boleh sampai sebulan. Kalau dapat kumpul lebih boleh beli ni


atau pun ni

Seronok main google2 Skechers walaupun duit takde. haha jom gelak ramai2. Nak promote jugak blog fara dia jual crocs comel2 sila cekidaut kat sini. Berbalik kepada isu nak cari kerja, i'm thinking of being a kindergarten teacher. boleh ke? Ibu kata ok. Rafiz pun kata ok. Semua kata ok. Tiba2 terfikir karang tak pasal2 Taz ajar diorang akaun taknak terkejut pulak kan budak2 tu tiba2 kena bawak calculator pergi tadika suruh mak belikan buku panjang kat kedai untuk buat akaun panjang2 berjela. Haha. Belum kerja dah fikir macam2 merepek pulak tu. Yang penting i taknak kerja McD sebab diorang hutang gua lagi lebih kurang 2ratus setengah gaji gua diorang tak bayar. Cis. Neraka berdarah. (Tidak dibenarkan cakap tak sopan dekat blog ni kecuali jika di bahasamelayukan takpe sebab nanti orang akan pending apa yang Taz nak cakap padahal yang sebenarnya bloody hell. lepas ni cakap neraka berdarah kerana orang akan dengar macam kita nak berpuisi je haha. jangan cakap bloody hell kerana tak sopan) Amek kau panjang betul dia punye kurungan.

Tapi kalau tak dapat jadi cikgu tadika nak jadi apa pulak? Azman cadangkan kerja tele-marketing. Gaji basic pun confirm RM 1200 keatas. Katenye si Azman. Buat kerja dalam office je lepas tu calling2 orang promote barang. Senang la kan. Nak pergi kerja berlenggang mak kiah pakai kain batik pun takpe pelanggan tak nampak. Tapi kebarangkalian kena pecat dengan bos sangat lah besar sekali. Takpe kita tengok dan lihat sahaja kerja apa yang Taz dapat.

Sebenarnya post ni nak cakap tiba2 saya rasa nak tukar nama jadi Taz Winchester. haha. Im a Supernatural-addict. Best kan kalau dapat abang abang macam ni




Tapi Sam cakap kalau nama Kiah Winchester lagi seksi.

16 comments:

azman shah said...

sgt cantik

taz said...

ape yg cantik? dean?

noor afzan said...

mesti crocs tu yang cantik..
hehe~

nak keje kindergarden teacher yer..
good2..

taz said...

kak afzan; laa.. igtkan kite. hehe

PutraRocker said...

cantik jugak..hohoh

Kojack de Alloohaa said...

dua2 pon ok..!! woohoo

taz said...

belanje la. weee~

THE patek said...

I did recommend Faizal Tahir now for the Shout Awards thingy didn't I? ;)

taz said...

yea. and marion too. congrats la :D

cik intanurulfateha said...

.hee mmg name kiah winchester sgt sexy
.awww~ :P

taz said...

hehe. intan nak join the club ke?

faiq said...

g la tgk The Happening tu..
citer xde la besh sgt..
tp kne gune otak tgk..

citer TAKEN..aku kasi 5/5 rating

taz said...

memang tak best cerita tu. taken? cerita hantu ke?

THE patek said...

Taken is one of the best movies I've ever watched!

And no taz, bukan cite hantu la. For the record everyone yang tengok kate cite tu bes ;)

::AnEp:: said...

seksi oo nme kiah winchester..
tp kdg2 2 klakar lak..

taz said...

mane ade kelakar. seksi.