Sunday, August 30, 2009

Berbaloi-baloi :)


Eh ni bukan entry nak lelong barang la. Taz saja nak cerita pengalaman beliau ke kedai 2ringgit yang mana setiap kali beliau pergi akan rasa teruja sekali. Rasa macam tak percaya semuanya 2ringgit. Maybe ramai yang jarang pergi kedai macam ni sebab kualiti barang dia bukan elok sangat pun. Tapi sometimes kita boleh jumpa benda-benda berguna kat sini. Tak percaya pergila tengok.

Tadi i pergi bazaar ramadhan singgah jap kat kedai 2ringgit sebab nak cari sesuatu. Hehe. Sesuatu adalah bermakna satu barang tapi i dah terbeli beberapa barang :p Jom tengok barang apa i beli kat IKEA tadi. Eh salah. Kedai 2ringgit.



Ok ni la tujuan utama sebenarnya :) Biasalah duduk rumah maktok bilik i tak lengkap. Baju, tudung apa semua main sangkut je kat tombol pintu. Tak pun letak kat atas katil. Tak pun letak kat kerusi. Kerusi tu pun ambik meja makan maktok punya kerusi. Tsk. Kasihan. Jadi dengan wujudnya penyangkut serbaguna ni kemas la sikit bilik anak dara. kahkahkah


Yang ni i ternampak tadi. Wah banyaknya. Macam-macam warna ada :) Terkenang zaman dekat UiTM Segamat (cehceh budget macam sepuluh tahun lepas padahal baru je tahun lepas) Satu bilik i semua pakai bakul baju ni lain-lain warna :) pastu masing-masing beli dekat kedai 2ringgit Segamat. Haha.

Terlalu suka sampai nak ambik dua. :')

Yang ni pun :) I nampak ni teringat bunga-bunga cinta comel dan rama-rama indah yang i guna untuk buat kad. Yes! Boleh simpan dalam ni. COMEL dan jimat ruang sebab sebelum ni i guna bekas kecik yang orang buat jual kuih pelita moden macam dekat blog Liyana Jasmay tu eh eh salah. Blog Ynn :) Click nama Ynn kalau nak tengok rupa bekas.

Ha yang ni pun best. Mana nak dapat salotape macam ni harga RM2? Bagitau i sekarang? *taz apsal kau emo pulak ni* I dah guna. Salotape dia pun elok je :) Tajam pulak tu pisau pemotong dia. Ngeri pulak guna ayat pisau pemotong.

Ok sebagai seorang paper crafter, alat-alat begini memang berguna untuk i.

Sekali lagi, sebagai seorang paper crafter mestilah i nak guna riben untuk hiasan sampingan kan? Harga kad i akan jadi lebih murah lepas ni :) Dont worry riben dia sama je kualiti macam yang ada dekat kedai-kedai barangan menjahit. I dah compare dengan riben-riben i beli sebelum ni. Tapi kalau guna riben yang i beli dekat Lovely Lace tu, memang la lebih berkualiti. Harga kad pun mahal sikit. Customer i sekarang sila buat pilihan nak guna riben 2ringgit atau riben Lovely Lace. haha. Mengada lah kau ni Taz.

Yang ni pun sama macam dekat atas :) sukenyeeee.

Hahahaha. Yang ni kalau jumpa dekat kedai 2ringgit JANGAN LA BELI. Yang ni Taz beli dekat farmasi masa singgah beli ubat Maktok. Biasalah mata i cepat je alert dengan barang-barang yang ada free gift macam ni. Harga pun untuk harga deodorant je. Lepas tu dapat Intensive Milk free hahahahaha sukanya. Eh kantoi pulak guna deodorant Nivea. Nak tipu kata Maktok punya macam tak munasabah pulak.


Ok dekat sini i nak bagi nasihat kepada penggemar kedai 2ringgit yang selalu teruja macam i ni. Sila jangan teruja jugak kalau tengok pencuci muka Safi Balkis, ubat gigi Colgate Total, keropok Super Ring yang ada 30 paket kat dalam tu, barang-barang kosmetik macam maskara ke lipstik ke dengan harga RM2. Kalau barang-barang macam dalam gambar atas takpe la. Eh deodorant tu tak termasuk. Sebab kalau barang-barang yang kita guna untuk penjagaan diri atau bahan makanan, kita tak tau kualiti dia macam mana. Mungkin barang-barang reject dari kilang sebab tu senang je dia nak bagi harga murah. Tak pun brand tipu. Bateri pun sama. Memang la murah tapi kalau rosak barang yang nak guna tu macam kamera ke ape ke, kan ke haru. Beli lah dekat 7eleven atau Guardian atau Watson atau mana2 pilihan anda.


Ok lah. Tu je nak cerita. Baibai.

14 comments:

Nedy Nadia said...

eh..murah tu babe..
comeyy la glitter riben tu...
nak jugak la...
hehe

Haneem said...

Saya juga pencinta kedai 2ringgit.
kdg2 kt akn terkagum dgn brg2 di kedai 2ringgit =)
tp skrg mcm ssh untk jmp dgn kdai 2ringgit.

chipsmore said...

comelnya butterfly 2...nk 5..hehe ;)

taz said...

nedy; comel kan? hehehe

haneem; aah tau takpe. susah dah nak cari kedai 2ringgit. nasib baik kat puchong ade :)

chipsmore; nak 5 je? 50 pun boleh :p

morriss said...

waaa...mmg murah...pasni kad yg cantek2 tu boleh la jual harga 1 rm0.50...
hurmmm...berbaloi-baloi ;)

taz said...

morriss; eh eh. ingat kite bukak kedai 50sen ke? haha

Ynn. said...

kad rm2 ada x? HAHA yunkkkk siapa liyana jasmay tiruan tuuuu? lol best betul laa die tu hiks.

btw i pn suka kedai rm2. fuhh mcm2 boleh dapat maa ;)

noor afzan said...

tazz,awat dah 2 hari x niaga..?
lalala~
baru nak singgah semalam..

j0j0_bdiN@ said...

semalam kan jojo br jek g kedai rm1.95.. beli pencil box ben10 ngan pooh... hehe.. rembat bebanyak bagi bebudak...

taz said...

ynn; aah. best tau liyana jasmay tu. dah la comel pulak tu. hihi. kad 2ringgit ade tapi sume i guna barang kedai 2ringgit la. kahkah

kak afzan; sekarang takde org tolong la kak. taz tunggu bibik maktok sampai nanti baru sambung balik. hihi. dulu2 tanak singgah kan dah melepas :p

jojo; hihi. banyakkan barang bebudak. kalau pencil box ok la tapi kalau crayon ke, pencil warne ke jgn beli kat situ. tak boleh pakai langsung kadang2.

♥ Cik Ca said...

cumel bekas cm letak panadol tuh..
blink2 dlm tu pun cumel...
nk kadddddddd..... hehehe

Kojack de Alloohaa said...

fuh..serba-serbi lengkap..

haha

KizZ said...

taz..
kechix nak order kad anniversary leyh?
pas raya kami celeb...
nak ur num leyh kah?

f a r a ツ said...

waaa....soping ikea ye.. hihih