Friday, August 7, 2009

Kak, air sirap selasih satu kak .Nak ikat reben tau.

Assalamualaikum semua :) Ada sesiapa rindu i? Takde? Takpe lah. :(

Saya telah mendiamkan diri selama beberapa hari ni. Blog ni pun terabai takde siape bagi makan. Kesian. Takpe. Yang sebenarnya nak cerita bahawasanya saya telah memulakan perniagaan kecil-kecilan di depan rumah maktok :) Dulu dok pikir nak kerja apa cuti ni untuk kumpul duit sambung degree nanti kan? Ha sekarang tak payah susah2 fikir. Saya nak berniaga je. Lagi best kerja sendiri boleh praktis buat akaun setiap hari takde lah nanti sambung belajar otak beku pulak kan nak mengadap subjek account. Cehceh. macam complicated sangat je account dia padahal bukan bukak company pun. Lagipun dah nak puasa ni lagi best main jual-jual. Eh bukan main-main. Ni betul-betul. Macam tak percaya je i dah jadi tokey hahahahahaha kelakar sungguh.


Sekarang nak cerita lah kan menu-menu apa yang ada dijual. Air sirap selasih, air jambu, jambu batu, rojak buah, keropok lekor, pisang goreng, keledek goreng, cucur udang dan itu sahaja. Menu lain bakal menyusul kemudian hahaha. Nasib baik kakak dengan ibu tolong. Maktok pun sama yang buat kuah rojak tu dia lah. Sedap hingga menjilat lidi.


First day memang penat gila ah kan sampai kekasih sendiri pun terabai. Nasib baik dia memahami walaupun dia emo kejap lepas tu dia minta maaf sebab dia faham kerjaya saya. Woi bukan kerjaya la. Takkan sampai bila2 nak berniaga je. Ini hanya untuk sementara. Ayahchik cakap bila dah sambung belajar nanti boleh la upah pekerja suruh uruskan. Cehceh macam maju sangat la pulak. Tengok la nanti macam mana. Maybe bagi orang lain je lah yang buat pulak. Saya nak sambung belajar.


Esok ada surprise untuk pembaca tazpunyeblog. Make sure korang sentiasa alert setiap jam bila-bila i update nanti esok sebab bagi sesiapa yang terlambat akan rugi hahahahaha. Ntah apa-apa Taz ni. Ok lah malas nak merapu lagi. Babai semua.


* Ingat nak update esok-esok je tapi sangat teruja hari ni sebab jualan dapat dalam RM 105/-. Alhamdulillah :)
** Nasib baik takde orang beli air suruh ikat reben.

12 comments:

Dilakochan said...

wahh..best nye taz niage! :)

Kak sayep nk air sirap selasih la.
Tp nk ikat reben chumil2 buley! heee...

taz said...

dilakochan; boleh. siap buat bentuk bunge sakura lagi. hehe

arifrusli said...

fuyooo... congrats2
gile ah!
leh la blanje
aahhaha.

eyena said...

lalalala.. rindunyeee.. ngeee

taz said...

arif; boleh! tunggu aku kumpul sampai sejuta dulu. hahahaha

eyena; rindu?

DIK AN said...

Hoh! Bank-in la duit tu sket...boleh buat kawen ni!

taz said...

dik an; woh tak boleh. aku nak buat belajar. hahaha

Ynn. said...

sygg sirap selasih sedap gila. rumah u dkt mana? HAHA nak dtg tp free untuk i eyyy?

mizchocberry said...

taz....sape kate tak rindu? rindu la...lame tak bace citer terbaru....

criestz said...

y meniage tu jgn asyk mkn je..
nnti jd bolat.. =P

noor afzan said...

kul berapa business?
petang2 ke?
kakak kamu ada join kat gerai tu ke?

syasya said...

kakak taz nk schorlarship since da berniaga nie