Monday, September 7, 2009

Taz di Alam Fantasi

Hahaaa. Tajuk macam nak mintak pelempang je. Sesiapa yang ingat ni macam cerita Alice in the Wonderland cepat-cepat la tutup blog ni sebelum termuntah hijau kebiru-biruan.

Ok. Saya adalah peminat setia boyband-boyband barat sewaktu kecil dulu. Contohnya adalah seperti 'NSYNC, Backstreetboys, O-Town, Blue dan lain-lain. Dan sangat suka kepada kedua ini,

Kevin

JC

Orang lain suka Nick dengan Brian, Taz suke Kevin. Orang lain suka Justin Timberlake, Taz suka JC Chasez. Sekarang semua i tak suka dah. Hahahaha. I cut connection between us *eh tetiba lak*

Ok. Itu waktu kecil-kecil dulu kerana pengaruh kakak Taz. Penyanyi perempuan pulak biasalah siapa lagi kalau bukan Britney Spears. Tak suka gila Christina Aguilera masa tu. Tapi sekarang dah terbalik. Semua pun nampak siapa yang lagi bagus sekarang kan? Ok dah.

Masa sekolah rendah, waktu tu memang semua nak ada wrestler kegemaran. Pergi sekolah agama je, perkara first "Weh ko tengok WWF semalam tak? Peh hebat gila blablabla....." dan berterusan la sampai Ustazah masuk kelas lepas tu waktu rehat sambung balik then belajar balik then masa balik tengah tunggu bas pun sambung balik. Masa tu Taz suka Y2J kahkahkah.

Tapi sekarang beliau lagi kacak berambut pendek. teehee :p

Bila dah masuk sekolah menengah, mestilah berubah kan? Masa tingkatan 1-3, waktu tu zaman nak hiphop je. Masa tu i dengan kawan rapat i masa sekolah menengah, Atikah, memang gila Eminem, Too Phat, Limp bizkit etc. Macam obses gila la masa tu jiwa rasa nak memberontak je dengar lagu Eminem kahkahkah. Sampai sanggup hafal lagu-lagu Eminem yang hot-hot masa tu. Siapa nak dengar i rapping? Lepas tu mesti korang kagum muntah hijau. Kitorang suka conteng-conteng dinding atau meja sekolah dengan ayat-ayat emo, lirik-lirik lagu contohnya yang i ingat, i conteng meja tulis lirik lagu Anak Ayam "Wo-o-ow, Malique and Joe again they're on the radio-o-ow, blasting thru ur fat momma blablabla" Tengok sampai sekarang i ingat tapi part chorus je la haha.


Masa tu i dengan Atikah reka nama gelaran masing-masing. I punya TYTLE, Atikah punye KEYLA. Semua amek initial dari manusia-manusia kegemaran kitaorang. T=Taz, Y=Y2J, T=Too Phat, L=LimpBizkit, E=Eminem. Haha. Gila wannabe. Atikah punya pun lebih kurang tapi i tak ingat K tu stands for what. hihi

Masa tu pun kumpulan Evanescence tengah hot. I pun suka. Rasa macam gothic je kahkahkah. Lepas tu i jatuh cinta jugak dengan Darren Hayes sebab dengar lagu beliau dekat carta TOP30 Hitz FM. Dalam dorm dengar guna walkman yang diharamkan untuk dibawa keasrama. Dah la waktu Maghrib pulak tu. I dengan kawan-kawan tak pergi surau lepas tu menyorok dalam bilik. Adik-adik jangan ikut contoh begini ok? Berbalik kepada Darren Hayes tadi, i jatuh cinta sebab dengar lagu Insatiable. Pergh sampai sekarang jadi my all-time favourite lagu tu.

Woi Taz, takde gambar lain ke nak letak?

Ok sambung balik. Lepas tu i minat kumpulan t.A.T.u. Ex-bf masa sekolah menengah dulu ada belikan kaset dia. Haha dulu pakai kaset. Kalau yang pakai cd tu orang-orang kaya i tak mampu. Tapi kaset tu hilang +_+. Kalau tak salah i kena rampas dengan pengawas kot. Ntah la. Tapi i beli yang lain pulak. Best gila ok lagu-lagu diorang. First time i dengar semua lagu dalam satu album tu semuanya best.


Eh macam mana boleh terlupa ni? Dulu pun i suka gila dengan Avril Lavigne. Semua lagu dia satu album dah hafal. kahkahkah. Imej dia pun cool pulak tu. Terasa wannabe betul waktu tu. Masa tu pulak majalah Utopia baru keluar. Satu isu pun tak pernah miss. First isu keluar cover Avril.
Tapi sekarang dah lamaaaaaaa gila tak beli majalah ni. Ok bila dah tingkatan atas sikit dah tukar lagi. I suka The Killers, Incubus, Muse, Blink 182, Ntah ape ntah lagi malas nak tulis. I suka Matthew Bellamy hihi comel betul dia nih.


Lagi sorang i suka Brandon Flowers.


Ok. Bila dah masuk UiTM, i still suka semua tu tapi i jugak banyak explore band-band independent dekat Malaysia dan juga luar negara. Masa tu agak tak memberangsangkan sebab i sorang je dalam kawan-kawan i yang suka band-band macam ni. I bagi dengar lagu Bittersweet, semua macam takde response kecuali lagu Capital E sebab famous dalam cerita KAMI. Bagi dengar lagu Yuna-After Midnight diaorang cakap "slownya lagu nih". Bagi la dengar lagu apa pun i pasang kuat-kuat dekat laptop semua buat dek je. Macam bosan je i minat sorang-sorang taktau nak share dengan siapa. I selalu share pun dengan kawan-kawan lelaki, kawan-kawan Myspace etc. Sekarang band independent dah makin diterima. Tapi sekarang dah malas nak explore i cuma stick to Bittersweet, OhChentaku, The Times, Love Me Butch dengan The Sallys. The Sallys band Singapura. Butterfingers pun i suka tapi lagu-lagu lama diorang je la.


AWW. Pijie kesayangan ;)

Kalau band-band luar negara pulak macam Eisley, Nightmare of You, Automatic Loveletter etc. Lepas tu i suka jugak artis-artis Jepun. Bila tengok drama ada lelaki handsome je mula lah macam miang buluh naik badan. kahkahkah. First pelakon Jepun i suka Kazuya Kamenashi. Tengok cerita Gokusen la masa tu. Sampai dalam pendrive, dalam handphone mesti ada folder gambar dia. Haha.

Gila vain muka dia. Sebab tu la Taz suka. kahkah. Tapi dah tak suka lepas tengok gambar dia dengan Akanishi Jin. Pergi la google kalau nak tengok. I terus padam semua folder gambar-gambar dia. hihi. Lepas tu i minat si kerinting Matsumoto Jun pulak. Hensem gilaa kot. Dia pelakon dan penyanyi dalam kumpulan Arashi. First time i suka sebab tengok cerita HanaYori Dango la apa lagi. Yang ni pun sama. Google gambar dia banyak-banyak lepas tu simpan dalam satu folder. Kenapa ek perempuan macam tu? Bajet macam simpan gambar boyfriend sendiri pulak. kahkahkah.


Lepas tu i minat Nishikido Ryo pulak. Hensem gila beliau dalam cerita One Littre of Tears. Dia pun penyanyi jugak dalam kumpulan Kanjani8 dan NEWS.


Lepas dia ni, i minat Nagase Tomoya. Teehee. Tengok cerita My Boss My Hero la ni. Dia pun penyanyi jugak.


Kalau nak bandingkan, dulu i lagi prefer Jepun dari Korea. Kalau kawan-kawan nak tengok cerita Korea, i tengok sikit-sikit je sebab rasa macam tak best tak boleh lawan cerita Jepun. Mengada kan? Macam nak lempang diri sendiri je padahal tengok cerita My Girl dengan Full House sampai habis. Dua cerita tu je la cerita Korea yang i suka. Lagi suka tengok cerita Jepun dengan penyanyi-penyanyi Jepun macam Remioromen, Yui, Berryz Koubou, Sawajiri Erika, Tokio etc. Kalau Korea serious la i malas nak ambik tahu. Ntah kenapa ntah poyo gila Taz masa tu. kahkah.

Lepas tu bila cerita Boys Before Flowers keluar, tak rasa teruja pun nak tengok sebab dalam hati confirm i rasa Jepun punya lagi better. Tapi ibu pulak cakap cerita tu best lah pelakon hensem la apa ntah lagi. I pulak terasa nak tengok. Bila dah tengok, OHTUHAN, apasal Lee Min Ho ni hensem gila nak mati dengan rambut kerinting keras dia tu. Dah bertukar pulak lepas tu minat Lee Min Ho. Pelakon-pelakon Jepun semua dah diketepikan. kahkahkah. Tengok gambar bawah untuk jatuh hati bersama-sama :)



Sekarang dah terbalik. I suka Korea pulak. Semua gara-gara blog nzyrh ni. I saje nak ushar-ushar lepas tu tertengok video Wondergirls tengah interview dengan Mat Salleh mana entah. Rupa-rupanya Wondergirls ikut Jonas Brothers punya tour concert konon macam artis jemputan lah. Lepas tu rasa curious je dengan Wondergirls ni. Best sangat ke? Sejak dari tu memang ah sampai sekarang pun i takde hiburan lain selain Wondergirls, 2PM, Bigbang, FT Island etc. Dari nak tau pasal Wondergirls je, i kenal JYP. Bila dah kenal JYP, i kenal 2PM. Lepas tu rasa macam nak explore lagi banyak-banyak. Seriously diaorang memang best gilaaaa ah taktau nak cakap macam mana.

Mula-mula dalam 2PM i tertarik dengan Taec. Lepas tu i tengok kawan i Farah minat gila dengan Nichkhun. Mula-mula i tengok rasa biasa je lah kan tapi bila tengok dekat Youtube, fuh, tak terkata la. Patut la Farah minat :) i pun almost fell in love with him. Tapi sehari dua je la. Nichkhun Farah punya. Nah Nichkhun. Sila tengok kalau taknak menyesal XP





Ok dah. Tu je nak lagi cari kat Youtube :) Sekarang cerita lain pulak. I suka TOP sekarang. Suka gila gila lah. First time i tengok dekat videoclip Lollipop kumpulan 2NE1 duet dengan Bigbang. Ternampak seorang lelaki ni terus dalam hati berkata "Oh, Siapakah lelaki kacak berbaju merah ni?" Ececeh. Poyo gila. Terus nak search siapakah beliau. Bila dah tau terus nak Youtube lagi banyak-banyak. OMG. I'm so in love with his sexy deep voice and his sexy eyes. Walaweh. Gatalnya kau taz. Suka hati lah dah suka nak buat macam mana kan? Dulu masa single Lies keluar, i minat lagu tu je. Tu pun sebab tertengok kat MTV. Malas nak explore pasal diorang kahkahkah. Sekarang dah menyesal pulak. Ok nah tengok Bigbang punya parody untuk cerita Boys Before Flowers. Ok i nak gelak dulu kahkahkah.



TOP sebagai Gu Jun Pyo. OMG. OMG. Tak dapat menahan diri dari teruja. haha. Dan sekarang setiap hari mesti nak dengar lagu Act Like Nothing is Wrong. Lepas tu berangan sorang-sorang kahkahkah




Gambar wallpaper laptop. teehee :p

Iklan komersial yang Bigbang buat. Gila kelakar. :D



Dah la penat menggedik tulis panjang-panjang. Nah tengok Wondergirl dengan 2PM pulak.



Yenny is my favourite. Tapi yang lain pun suka jugak :) Lagu ni ada English version. Kalau berminat, mintak la jangan malu-malu hihi.



2PM pulak i suka Taec. :)

Ok sekarang kira balik berapa ramai i suka dari dulu sampai sekarang? Kahkahkah. Ramai gila. Apsal entah Taz ni gedik sangat suka tukar-tukar. Lepas ni tengok la TOP tu sampai bila boleh bertahan.

Teehee :) Tahniah kepada sesiapa yang berjaya membaca entry ni sampai habis. Terima kasih daun keladi, dah baca bacalah lagi. Eh tetiba pulak. Ok lah. Baibai :D

21 comments:

zeiDa said...

akhirnya aku berjaya bc smpai hbs..(^_^)

Ynn. said...

hahahahahhaa muka i blur je tgk yg koreo jepun. yg atas2 tu eksaited gila sbb i dr dulu smpai skrg cinta sama evanescene. hahaha smpai nama i dkt mirc dlu mimilee. ewahh :P

tp lelaki bwh skali paling hot lah bhahahhaha T________________T

Melz said...

wah Limbizkut..sonok gilew dengar lagu ranggi dorang ahaks...album dorang gempak..minat "Results May Vary" ngan "Chocolate Starfish And BlaBlabla..luper...

tapi rapper paling berjaya
Eminem...u rock beb.. style gilew karangan SPM buat lagu.. ahaks.

2 je kalau dalam list nie...
yang lain ehmm..dak minat ! lalalala

mIsSy NiTa said...

saya suke Gu Jun Pyo gak..
wah encem2..
suke2..

mizchocberry said...

takde mase dah bace nak bace lagi....agagagaga....mau pengsan membacenye...

gantang said...

ak dh bc dh taz entry ni smpai abes...smpai part sekolah menengah 2,teringat lek kt samttaj,huhuhuhu...

taz said...

zeida; bagus-bagus :) tahniah! mesti ko teringat zaman2 samttaj jugak kan? hihii

ynn; ahahaaha. mimilee comel la. i nak panggil u mimilee la lepas ni. hihi. eh i beria ingat u nak cakap TOP yang hot terlupa pulak gambar last sekali gambar bf i. kahkahkah.

Melz; haah! tau takpe. Fred Durst dengan Eminem. Suka gila baibai la dekat diorang. kehkehkeh


Kak Nita; Suke Gu Jun Pyo? Boleh2. Tapi Lee Min Ho kite punye haha. :p

mizchocberry; Alaaaa.. Nape nak pengsan pulak? haha. panjang sangat kan. sorrryy XP

azizi; tau takpe. rindu kan? tetiba teringat kitorang ramai-ramai beli lollipop dekat 7E taknak banyak gila pulak lepas tu setiap sorang pilih nak bagi dekat budak lelaki yang mana. haha. korang semua dapat. lepas tu korang bagi nama group PARAPET ke apa ntah. Rindu gila laaaa. Tapi aku punya T-shirt yang kita buat ramai-ramai dulu dah hilang. dekat tshirt tu tulis UNLAW STUDENT kan? hahaha. Kelakar gila. Rindunyaaa :(

firdaus said...

dinda, mne pic kanda..?
sobb..

taz said...

daus; eleh daus. taknak letak gambar ko. hari tu dah letak sekali sudah la. nak lebih2 bayar la.wakaka

Dilakochan said...

Fuhh fuhh..berjaya kuhabisin. haha.

Part zaman masuk Uitm.explore layan band2 indie sensorang xde gang. Kite same la taz!...
Dila pun housemate xde yg melayan kot. sedih je. nk g gig pun tade gang!.haha.

I love Wondergirls terjebak dgn adik i..suke sgtt melayan korea. haha

PHIRDOTE said...

Penat dan kehausan baca entry ni..hehehe yay berjaya!

zool said...

Wah minat Y2J tu..
dah lama tinggalkan hal2 gusti ni,,


Blogger UiTM

k.i.w.i said...

BBF best oh! profile song aku pn lagu OST BBF.:)

taz said...

dilakochan; huhu. tau takpe. sedihkan? hihi. tapi skrg semua org kot dah layan. haha

phirdote; hah penat? haus? air sirap selasih nak? hihi :p

zool; hehe, itu dulu2 punya cerita :p

taz said...

kiwi; tau dah. igtkan termasuk jun pyo punye blog tadi. kahkahkah

Jay said...

yeah~! wahwah.. kte byk psamaan ah.. hoho.. cme part WWF tu Jay setia ngn The Rock..
I still love Kazuya Kamenashi tho, sgt kiut ngn Jin~! ahakx.. xD

k.i.w.i said...

aha.junn pyo mesia la.

taz said...

kiwi; haha. ye la tu. :p

kecik said...

sangat obsessed gila babi dekat the killers!

nursarah87 said...

sy sokong boys over flower mmg best!

lee min hoo encem..hehe

taz said...

kecik; hihi. brandon flowers ensem!

nursarah87; tau takpe :p