Monday, October 26, 2009

Kalaulah...

Kalau lah sekarang i masih lagi pelajar UiTM, mesti i tengah study bertungkus lumus dengan kawan-kawan. Final exam dah nak dekat ni. Call Ainaz yang dekat bilik tingkat paling atas suruh bawak turun meja ABC adik beliau untuk study Audit bersama. Lepas Ainaz dah turun, call Nurin pulak ajak join sekali sambil tu pesan suruh belikan maggi dekat bilik hujung. Sebelum mula study, buat air Nescaffe 3in1 dulu konon nak stay up malam tu.

Sebelum mula apa-apa, sms kawan-kawan mintak hint yang ada. Semua cawangan ada hint sendiri. Lepas tu pandai-pandai sendiri suka hati cari mana yang macam banyak kali ada mention dalam hint, yang tu study lebih sikit. kahkahkah. Tak senonoh betul. Paling tension, bila mintak hint, semua cawangan lain-lain hint dia. Lepas tu bila combined, semua chapter ada. So, kena lah paksa diri sendiri baca semua jangan nak pilih-pilih mana yang agak-agak keluar.


Bila dah dapat hint-hint yang best tapi entah betul entah tidak tu, rasa lega sikit sebab beban untuk study satu buku Audit 500+ muka surat berkurang. Mula lah rasa cuak berkurangan. Mulalah nak berlengah-lengah ambil handphone Ainaz buka Friendster sebab masa tu menyampah dengan Facebook. Dalam lebih kurang setengah jam online, terasa lapar lepas tu masak Maggi. Sambil makan-makan, berborak perkara-perkara yang memang tak ada kena mengena dengan soalan exam nanti.

Dalam pukul 12malam, terasa mengantuk. Teringat kata-kata kawan baik bernama Wahieda yang berbunyi " Pukul 12 sampai pukul 1 malam tak elok study. Susah nak masuk". Walaupun tak pasti kebenarannya, terasa macam boleh dijadikan alasan munasabah untuk tidur sekejap. Set jam pukul 1 untuk bangun study. Last-last tak bangun pun sebab terkunci jam pukul 1 tengahari. *sengaja*

Hahaha. Macam-macam perangai betul kalau ingat balik waktu-waktu diploma dulu. Rindunyeeee. Cehceh. Entry ni nak mengimbas kembali kenangan sem lepas masa study dengan Ainaz and Nurin. Sebenarnya i lebih suka study sorang-sorang. Kalau dengan kawan-kawan memang tak berapa nak jadi. Bagi i la. Mungkin lain orang lain caranya. Tapi study seorang pun bukan bagus sangat. Sebab bila kita tak faham sesuatu nanti susah pulak takde orang nak tolong ajarkan.

Dulu i sanggup pergi naik bilik Pija dekat tingkat 2 semata nak tanya 1 soalan. Lepas dah faham, turun balik sambung study. Haha. Nasib baik Pija rajin layankan i :') Dia pun banyaaaak sangat tolong i dalam pelajaran. Selain Pija, Ishat pun sama. Ramai lah sebenarnya. Tak tahu lah nak balas macam mana dekat diaorang. I ni suka je interrupt waktu diaorang tengah fokus study sebab nak tanya itu ini. Tuhan je yang dapat balas jasa korang :)

Ok lah. Kepada semua student UiTM, i nak ucapkan good luck. Study dari awal and jangan percayakan sangat hint yang korang dapat tu. Ececey padahal diri sendiri suka study last minute lepas tu suka sangat ikut hint :P

Untuk adik i, Aliya, good luck ok.

Adik i, Syida, yang buat peace konon comel tu, good luck jugak.
Kawan-kawan dia pun masuk sekali lah good luck.

Budak ni takpayah sebab dia duduk rumah je jadi bibik Maktok dia. Haha.
Gambar ni skema gila ramai ingat ini gambar masa i part 1 padahal masa ni part 6. Dekat dataran masa yang ada boikot Israel tu.

Dan kepada semua, study rajin-rajin tau :) Ok lah. I nak buat surat rasmi nak apply campus Shah Alam untuk degree ni sebelum mereka campak i jauh-jauh. Harap-harap diterima. Amin.

24 comments:

cybernetic88 said...

ouh ya. untk u jgk la. gud luck dimana sja kmu brada k. =)

yeke skng jadi bibik je kat umah?. hee

Mr Swat said...

mengapakah ade gambar skodeng itu??? huhuhhh

taz said...

cybernetic88; thanx. haha. yela tu. bibik yang tak diiktiraf :P


Mr Swat; gambar skodeng yang mana?

noor afzan said...

bagusnya.
tiga generasi kat uitm yang sama..
best2..

ermm..
pe cite kakak taz..?
ritu nampak dia cam baru balik dating..
aaa...da ade marka ke die?

mumu said...

u pnye adik cute la taz. :)

f a r a ツ said...

entry kite lebih kurang same la taz :) rindu zaman final ....hu...masih teringat debaran nak masuk dewan..

hope taz dapat BACC ye.. hee..

Ir Takamine Kyomaro said...

blog walking...wah xsangka wei besday lu sama ngan aku...hahaha....6th may 1988 kan?

Ir Takamine Kyomaro said...

blog walking...wei kita sama besday la babe....gile xsangka wakakaka hahaha

cik eykameow :) said...

gudluckkk. klu dpt shah alam leh ajar eyka buat kad2 tuhh :)

cik intan (◡‿◡✿) said...

.taz, da kuar ke result dgree?
.bile ek?
.hrp3 dpt cont
.aminnnn~

dianna said...

kalau dpt shah alam boleh jumpe :)

taz said...

kak afzan; haha. dia memang tengah hangat bercinta skang hih :P

dia nak sambung belajar lagi katenye. akak tak contact die ke?


mumu; tengoklah kakaknye. eh tetiba. haha



fara; thanx :) doakan taz tau.



Ir Takamine Kyomaro; aah la same :) hehehe. jom tukar2 hadiah :P



eyka; hehe. insyaAllah :)



sis intan; belum lagi. awal bulan 11 ni. marilah kite berdoa sama sama :)

taz said...

dianna; hehe. boleh boleh :)

Ir Takamine Kyomaro said...

jom2...hehehe...xsangka ak dpt jumpa lg orang yg lahir 6 may 1988...setakat ni tmasuk ko ak dh jumpa 4org hihi

taz said...

Ir Takamine Kyomaro; hahaha. terasa macam cerita supernatural pulak. kahkah. u lahir pukul berapa?

Razman said...

kte lahir tahun n bulan sme..hari je laen..haha..nak nyibok gak.. cpt dtg s.alm..aku leh jd senior ko..bdk akaun gak..

~blOody~ said...

diploma kt uitm segamat mmg best wkaupn dk kt celah hutan..hehe..best...
klu ley nk stay stdy sn jew..tp nk wt cmne kn....
rndu kt sumer kenangan2 kt sn....rse nk kua air mata pOm adew

Melz said...

semoga sakses :)

syasya said...

thanks cik.taz..

syasya said...

thanks cik.taz..

Nazry Iskandar said...

tak sambung BACC?

taz said...

razman; ok. ko ni kaki buli ke tak?


bloody; hehe. betul la tu. best kan dekat segamat. walaupun orang lain ejek kata belajar kat dalam hutan pun tak kisah. taz pun nak je sambung dekat sana kalau boleh tapi kena jaga nenek la sbb tu kena mohon kat s.alam. huhu


melz; thanks!


syasya; ok :)


nazry; nak sambung la. tgh tunggu result.

fadhil khalid said...

utk student luar uitm xmo wish?
kck ati..
ececece..

Muhafis said...

actualy taz bkn degree acc kat kan..
oh nak tuka s.alam ek.. huhu