Monday, October 5, 2009

Raya Kedua ; Bertunang Sudah.

Ceh ceh ceh. Tajuk nak gempak je bagi semua orang ingat i yang dah bertunang. Haha. Masa raya kedua, abang sulung Taz bertunang. Macam tak percaya je ada adik beradik i yang dah bertunang. Selalu tengok orang lain tapi bila keluarga terdekat lepas tu adik beradik sendiri pulak tu terasa lain pulak. Bila pulak giliran i eh eh gatal pulak kau ni Taz. Degree pun belum mula nak mengada-ngada eh.

Ok teruskan. Mestila kalau anak nak bertunang si ibu yang paling sibuk pening kepala migrain apa semua nak uruskan ye dak? Begitulah yang terjadi kepada ibu Taz. First time nih nak terima menantu. Eh kalau tunang panggil apa eh? Bakal menantu lah kan. Teringat Auntie La bergurau dekat dapur dulu-dulu cakap Maktok tengah berborak dengan cucu hantu. Hahh?? Ish Auntie La ni cakap apa pulak cucu-cucu hantu ni. Rupanya dia nak maksudkan kalau ibu dengan bakal isteri anak, panggilan dia menantu la kan. Tapi kalau nenek dengan cucu punya bakal isteri, jadilah cucuntu/cucu hantu. Kahkahkah. Kalau rasa tak lawak tak perlu gelak. Tapi i rasa lawak nak gelak lagi kahkahkah ok dah.

Kan dah merepek jauh. Tadi cerita pasal ibu kan, terasa impress pulak dengan ibu sendiri sebab first time gubah hantaran untuk bertunang cantik gila wa cakap luuuuu. Tapi bukan 100% ibu buat. Ada la dalam 80% tapi nak jugak cakap ibu yang buat semua haha. Mintak-mintak Auntie Anissa taktau kewujudan blog i nih kang dia cakap i lupa jasa dia. Haha. Ok Auntie Anissa pun ada buat jugak. :)


Jom tengok barang hantaran,


Eh ni bukan barang hantaran. Ni orang yang buat hantaran. Auntie Anissa berbaju hijau. Ibu berbaju peach. Guna fresh flower fewwit fewwit.

Cincin tunang.

Close up. Cun tak? Abang i punya idea guna bekas bulat tu instead of kotak cincin macam selalu orang buat. Mula-mula maktok tak bagi sebab dia takut masa dia nak sarung cincin nanti tangan tak muat nak ambik cincin tu. Hahaha. Masa nak sarungkan cincin tu adik i yang keluarkan cincin bagi Maktok.

Tepak sirih benda wajib kalau takde ni sila batalkan niat anda nak bertunang.

Kain pasang warna favourite tunang abang Taz; coklat.

Kek buah terbaik dari dapur buatan kakak Taz. Fewwiit lepas ni kakak bertunang abang i pulak kena buatkan kek buah. Eh eh reti pulak dia tu. Haha.

Yang ni ada cerita sedikit lawak. Malam sebelum tu Uncle Halim datang beraya lepas tu dia bawak buah durian dua bijik. Taz saja la buat joke cakap nak letak durian tu sebijik dekat hantaran buah-buahan. Last-last jadi betul-betul. Masin mulut i.

Lepas dah siap semua, dalam pukul 11.30 pagi kitaorang bertolak semua sekali dalam 6 kereta. I naik kereta Auntie Anissa.

Budak ni kalau dia yang bertunang confirm perkara diatas takkan terjadi. Tidur menampakkan double triple chin sampai orang tangkap gambar pun tak sedar. Creditlah kepada Amirul. Lain kali bagitau dulu boleh la akak buat-buat ayu pfft.

Taktahu nak cakap ni sesi apa. Kira macam sesi perbincangan 1 Malaysia eh bukan, perbincangan tentang wang hantaran, tempoh bertunang etc. Fail la kau ni Taz.

Sesi penyarungan cincin tunang ke jari nenek. Eh salah. Kejari pihak perempuan oleh nenek Taz yakni Maktok yang memang glamour nama dia dalam blog ni. Ntah apa la yang Maktok cakap tu beria benar muka.

Come to mommy. Gimme a kiss gimme a kiss. Mmuah Mmuahh!! Eh over pulak ibu ni. Ceh ceh padahal aku yang over tulis caption macam tu.

Ni pulak hantaran dari pihak perempuan :)

Sedap bai kek ni. Hingga menjilat sudu lepas tu tak payah basuh sedap ingatkan dah bersih haha

Hantaran buah-buahan. Mana pergi anggur tu i tak sempat nak makan tau. Cis.

Yang ni pun marvellous. Fewwit. Coklat Fererro Rocher dengan coklat Cadbury yang baru keluar tu.

Biskut raya. Sedap! :)

Baju batik yang bila abang i pakai bukan nampak macam tunang orang tapi macam bapak orang kahkahkah. Eh bukan sebab baju ni, sebab abang i memang macam bapak orang kahkahkah. Kurang ajar Taz mengata abang sendiri. Habis ah lepas ni laptop rosak takde siapa dah nak betulkan.

Beg tangan kulit. EH bukan. Tali pinggang dan dompet :)

Taktau la nak kata ni apa. Gubahan bunga kot. Tapi rasanya bunga yang coklat tu macam sirih je. Takpela nanti tanya Maktok balik ni apa benda. Dua kali dah fail kau ni Taz. Ish Ish.

Lain-lain gambar.

Abang yang kacak bergaya dan tunangnya yang cantik jelita. Ececeh nak bodek la tu takut nanti tiba-tiba laptop rosak.

Mak aih. Apasal roti gardenia pun isi dalam handbag ni? Perempuan oh perempuan.

Kami dan bakal kakak ipar. Kembang je hidung abang Taz baca ni nanti kahkah

Sebelum beransur pulang posing kejap. Fewwit fewwit. Macam nak sepak je mulut asyik fewwit fewwit.

Ok la dah pukul 2 pagi ni. Baibai.

13 comments:

THE patek said...

niiiice! I wonder what I'll get for my hantaran nanti bile dah kawen. fo sho aku nak demand macam2! hahaha

azman shah said...

tahniah

taz said...

patek; make sure jugak yang ko kawen dengan anak datok kalau nak demand macam2. haha

azman; eh eh macam taz pulak yang bertunang :p

aien~s corner said...

hei cntek la gabungan kuning putih tu..

klu... gabong kan rose pink n merah pn centek gak..hehe **tetiber!!!...

Melz said...

biar betui..raya kedua bertunang? uhuks... neway gilew la
quote ; Mak aih. Apasal roti gardenia pun isi dalam handbag ni? Perempuan oh perempuan. wakaka xleh handle dah usus nie

taz said...

Melz; hikhik. dia yang nak bertunang masa raya kedua. kitorang ni ikut je. :)

StingRay said...

wah..idung jambu air. =p

taz said...

stingray; salah la. orang panggil tu hidung bawang. hahaha. trademark family taz. :)

♥ana_bp86♥ said...

asyik uat harataran tok owang...tok dri sendri bler la...huhuhu...

Nedy Nadia said...

wah3...bestnye
tak lame lagi dpt kakak ipar la kan
hehehe

Muhammad Hafiz said...

ceh.. hampeh tul.. by d way.. tq.. nnti klu notebook rosak ckp la ek..

taz said...

ana; nak buatkan untuk taz ke? :p

nedy; eheheheh. tak sabo lak rasenye :)

hafiz; feewwwiitt! best gila dapat abg macam nih. kahkahkah *bodek*

syasya said...

ingat taz yang tunang