Thursday, May 28, 2009

Tak Sempat Aku Nak Jadi Senior Budak Nih.

Aku dah habis part 6 baru la budak ni nak masuk UiTM Segamat kan? Kenapa aku tak sempat nak merasa dia belanja aku teh'o'ais kat benteng kedai first yg suke buat nipis2 sebab aku suruh tu? kenapa aku tak sempat nak merasa pinjam baju die kalau rase2 dah boring pegi dating asyik baju same je? Kenapa aku tak sempat nak merasa lepak lepak same2 kat bilik borak2 buat ketupat sampai esok kelas pagi pukul 8 pun tak sedar? Kenapa aku tak sempat nak merasa pow duit budak ni kalau time2 sesak duit takde? kenapa? kenapa? kenapa?

Eh eh taz. emo pulak dia. ok ok. diperkenalkan budak kat atas ni adalah adik saya. die nak masuk UiTM Segamat course Diploma in Investment Analysis untuk July intake ni. hah. pegila masuk sane. mintak2 dapat kolej zamrud blok belakang nanti petang2 nak sidai kain kena kejar ngan bapak monyet yang gatal tak ingat tu. pegi la jumpe apit sane pastu hari2 kirim salam kat dia ok. pegila makan kat dining yang ade iceblended milo termasyhur tu. pegi la pegi.

Tak percaye die adik aku? muke lain? aah. sebab mase ibu mengandungkan die ibu suke tengok cerita hindustan. percaye dahh? aku pulak dulu ibu suke makan filet'o'fish kat mcD. tp kenapa muke aku tak macam ikan pulak? ntah. tapi aku suke mkn mcD ok. oops. boikot. eh tapi hari tu baru makan. sedappp.

Aku ni dah mcm trend setter je kat rumah ni. lepas aku, aliya. lepas tu syida*budak gmbr atas* plak. diorang mmg syg kat kakak die ni tu nak ikut je mane aku pegi. tp sekarang aku dah takde tinggal aliya ngan syida je la kat sane. *sob sob* (menangis sebab tak sempat jd senior nak buli2 budak syidah ni suruh basuhkan baju.haha)



ceh taknak kalah. nak letak jugak gmbar sendiri. ha tengok ni muke budak atas. sile sangka saye adik dan die kakak. haha. tu la syidah sape suruh lagi tinggi. ingat2 la sikit org lain. kan dah macam kakak pastu muka aku lagi mude belia nmpk lagi mude kan? haha. takpe. kami same same hensem. jgn jeles.

ok la. taz nak buat assignment abg dia suruh. daa darlingsss~ *gedik pulak*

Tuesday, May 26, 2009

Aku merajuk ah camni!

Adakah laptop aku problem atau memang dia begini?

screenshot kalau korang gune Internet Explorer, adakah begini?

Tetapi kalau guna Mozilla Firepowerangersbiruhensem, jadi begini?
Tapi kalau nak ikutkan, yang sepatutnya berlaku adalah seperti gambar yang kedua tu. Taktau kenapa bila aku bukak guna Internet Exploreryangtakbest tu jadi macam gambar first. Nanti peminat aku bosan je tengok blog aku yang macam tak siap tulisan nampak tak nampak. Haih. Padahal sebenarnye sempurna comel. Hari tu ok. Sejak ada problem certificates error ni ha macam2 pulak hal.

Ni lagi satu hal. Sesiapa tau macam mane nak solve certificates error problem? takboleh bukak myspace ngan blogger (-.-')

Mentang2 aku takde mood lagi dia nak kasi aku panas kan. sengaje ni. lepas ni aku malas dah nak update ape ape kalau tak elok jugak!

Sila bagitau saya adakah korang bukak blog ini keluar seperti gambar pertama atau kedua. sila nyatakan juga web browser apa korang guna? Mozilla Firefox/ Internet Explorer? pleaseee...

Ha! naseb baik ingat. sesiapa tau cara2 nak solve certificates error ni ha? siape pandai nanti aku buatkan kek batik terbaikdaridapurnenekaku. tapi kene datang sendiri la amek. aku baru lesen L.

Sunday, May 24, 2009

Not in the mood

Sesuatu yg boleh menyenangkan hati.
Sesuatu yg boleh membuatkan rasa sakit itu hilang.
Sesuatu yg boleh membuatkan kita lari dari segala perasaan iri.
Sesuatu yg boleh buat kite terbang jauh dr masalah.
Aku nak semua tu. ade?
memang takde.

Thursday, May 21, 2009

Terujanya saya main benda ni!







ok ok cukup. kesian taz baru pandai buat ni padahal benda tu dah berzaman tau tak? haih. bosan la cuti ni. asyik mengadap laptop je bile la nak maju.

Monday, May 18, 2009

Icon comel, DVD pirate, pajeri mempelam.

Sekarang aku rase blog aku dah macam blog budak budak. geram sangat tengok icon comel comel kat glitter-graphic punye pasal la ni. damn you. dah taknak tengok lagi icon tu sume. (-.-)


"Kamu forbid untuk coming" kamu dilarang untuk datang.
"The kereta dapat dentuman hampir the lori" the car get crashed by the lorry.
"Saya kakak dalam undang undang ialah datang" my sister-in-law is coming.
"Hei abang mengajar angkat. where kamu pergi?" yang ni sumpah tak faham die nak translate ape.

Beli lagi DVD pirate. Subtitle dia sangatlah taktau nak cakap mcm mane. Tak faham. Subtitle English lagi la teruk. Belilah yang original. takpun suruh abang korang download yg ade subtitle baik punye. (:



Saye nak kumpul balik novel novel Ahadiat Akashah. Paling tak pun dah ade Lagenda Budak Setan pun cukup. *kot*. Lagenda Budak Setan dah nak di 'movie' kan. Farid Kamil sebagai Kasyah dan Maya Karin sebagai Ayu. nak tengok nak tengok. (:



Pagi semalam mase tengah tidur,

Maktok; Kak..! bangun la kak.. OOoo kak oii. Bangun la nye..
Taz; Emmm.. amende maktok..*mate pejam*
Maktok; Ade barang hilang ni haa.. adoi laa..
Taz; Barang ape maktok? *dah cuak. cek laptop, ade. motor abg, ade. tv peti ais mesin basuh sume ade.*
Barang ape yang hilang maktok?
Maktok; Semalam pajeri pelam yang maktok beli kat Keluang tu mane hilang dah.. dah takde dah ni.. mahal tu 2 bijik 5 hengget maktok bayar.. bukan dekat tu kak nak beli.. ni ha dah takde dah.. hilang dah tu kak oii...*perasaan penuh kecewa*
Taz; Hafiz makan kot semalam..*sabar je la dalam hati. ingatkan gelang emas ke rantai basikal ke yg hilang*

Pastu saye sambung tidur. bagus punye taz. :p




Thursday, May 14, 2009

Nama Jepun Tipu. Jangan Percaya

Try your name in Japanese
DON'T SPOIL THE FUN... PASS IT ON.. PLEASE...

A - ka
B- tu
C- mi
D - te
E - ku
F - lu
G - ji
H - ri
I - ki
J - zu
K - me
L - ta
M - rin
N - to
O -mo
P - no
Q - ke
R - shi
S - ari
T -chi
U - do
V - ru
W -mei
X - na
Y - fu
Z - zi

So, keputusannya;

N.u.r.u.l T.a.z.k.i.a.h
Todoshidota Chikazimekikari

*huh! mcm megi kari je aku dengar*


Jgn Tengok Blog Ni

"Under Construction"

p/s; dah boleh tengok (: [14 May 2009-10.24am]

2 orang pakcik.

Pakcik Satu

Ade ke tadi mase makan kat restoran RZ dekat Segamat, ada sorang pakcik ni bg business card die then cakap, " call la kalau free eh?" huh? ape hal ni? die cakap dengan aku ke? *pandang kiri kanan* aku je yg dekat depan die. igt nak blah je. tapi apehal ntah tangan gatal sgt pegi ambik. sebenarnye saje je nak tau die ni keje ape sume bajet macam dato' bandar je nak ngorat orang suke suke hati. peh, taz perasan seh orang tu nak ngorat. ntah ntah die nak tarik pelanggan je beli kete ngan die sbb dekat kad tu cakap dia sales executive dekat Perodua. kad tu pun dah tinggal kat dalam kereta pakwe Tasha. kalau call dapat kereta free takpela.

Pakcik Dua.

Dialog ni berlaku dekat kawasan Menara Taming Sari. saye tgh tunggu Tasha ngan boyfriend die naik menara tu. saye malas nak naik so saye jalan jalan la dekat kedai kedai souvenir yg ada kat situ.

Pakcik; dik, singgah la beli eskrim ni ha.
Taz; *senyum je pastu jalan mcm takde dengar ape ape*

lalu balik depan kedai tu.

Pakcik; dik, dari sekolah mana ni? kenapa tak join kawan kawan naik menara tu?
Taz; Hah? malas nak naik. gayat. (tak perasan lagi ni pakcik tu tanya pasal sekolah)
Pakcik; ooohh.dari mane ni dik?
Taz; dari segamat pakcik. nak balik puchong.
Pakcik; oooh. org segamat. nak balik puchong buat ape?
Taz; Balik rumah pakcik. cuti dah sekarang.
Pakcik; eh yeke? anak sedara pakcik belum cuti sekolah lagi. bukan lagi 2 minggu ke?
Taz; eh. sekolah ape pulak ni pakcik. saye belajar kat UiTM segamat ni nak balik puchong dah cuti semester.
Pakcik; laaa..pakcik ingat adik ni sekali dengan budak budak rombongan yang naik bas sekolah tu haa..patut la tak naik menara tu sekali dengan diorang..ni mesti baru semester pertama ni kan?
Taz; takde la pakcik. dah habis dah semester 6.
Pakcik; Laaa...umurnya berapa nii?
Taz; 20an dah pakcik..
Pakcik; mcm budak budak sekolah je pakcik tgk..same besar je dengan diorang *sambil tunjuk dekat budak budak sekolah rendah baru turun dari menara Taming Sari*

p/s; sabar eh Taz..

Tuesday, May 12, 2009

Sayang Korang!

Ini adalah senarai social network yg aku ada.

Friendster; Yang ni mmg paling aku suke la. kenapa? sebab ni je la yg bf aku layan. haha. lagipun kat sini je aku rase kalau nak buat group untuk sekolah ke, universiti ke, ape ke agak efektif la. aku mmg cepat sikit bertindak kat sini.

Myspace; Ni aku rase macam nak tutup je tapi sayang pulak sebab kawan kawan sekolah aku ramai yang aktif kat sini. so aku aktifkan je la. lagipun adik adik aku sedara sedara aku yg kecik kecik sekolah lagi tu suke sgt main ni. tak pandang pun friendster. takpe la. budak sekolah.

Facebook; Aku taktau kenapa aku buat facebook. aku dgr org kate best, aku pun try. tp aku tak jumpa lak ape yg best tu. aku suke jawab jawab kuiz die je. sape sape yang suke sangat dengan facebook ni sila la terangkan dekat saya apa yg seronok sgt tu. saye mmg malas nak explore2 ni.

Tagged; Yang ni mmg aku nak tutup. tunggu la 2,3 hari lagi.

Love.Indie.Music; Yang ni aku baru je join dlm 2,3 bulan lepas. mmg best ooh. aku rase kat sini mmg universal gile la. bukan saje boleh download lagu lagu indie, aku nak mintak lagu hindustan kat brother mikeyy tu pon die bagi ooh. mmg terbaik la bro. Kat sini mmg byk gile lagu korg boleh download. video upin ngan ipin pon ada jugak. paling best tu ada group wonder pet kat sini. hah join la bagi sesape yang berminat. bro mikeyy tu pon mmg baek sgt. mintak la ape korg nak. jgn mintak jd bini die sudah la. aku rase die nak kawen dah.

Tu je la yang aku ada setakat ni. sape sape yang terasa nak add tu, aku sarankan add kat friendster. ni email aku; fantaghiro_68@yahoo.com

p/s; perasan la tu ade org nak add.
pp/s; kenapa tajuk entry aku ni gedik sgt? sukati ah!

Monday, May 11, 2009

kalau korang tak gelak, pegi jumpa doktor lepas ni.



p/s; comel gile budak gemuk tu.



p/s; dia igt linkin park tu penyanyi dangdut kot. tp stylo la mamat ni. haha


pp/s; saya lagi suke tgk charlie. korang?

Sunday, May 10, 2009

Selamat Hari Ibu.



SELAMAT HARI IBU

Ini entry untuk ibu saya. Saya nak ucapkan Selamat Hari Ibu kepada Puan Sharifah Norhamimi bt. Syed Mustaffa. Beliau adalah seorang yang sgt tabah, penyabar, penyayang, baik hati, lembut, penyejuk hati kami. Terima kasih atas segala pengorbanan ibu yang memang tak dapat nak dibalas walaupun dengan segunung emas sekalipun. Kitorang sayang ibu and we will try as hard as we can to make you happy. (:

p/s; Orang cakap Mother's Day ni tak boleh sambut. konon konon macam Valentine's Day la. Tapi takpe, kite buat ikut niat bak kata Rafiz. Tp kitorang tak sambut Valentine ok. (:

Saturday, May 9, 2009

Apa aku boleh buat untuk tolong budak kecik ni?

*ni subang ke? nak try la. mcm cun!*

*wow! mudah dipakai! cantik sekali (:*

*close up sikit (muke dah tak tahan sakit)*

amek kau. tak cukup satu. pasni dah boleh duduk kat afrika sane.



Friday, May 8, 2009

Cinta Dengar Pertama.haha

Yes! aku dah tukar lagu. tension jugak carik lagu ni tak jumpa. last last aku upload sendirik kat imeem. so what do you think about the song? ;p

p/s; anyone who watch 'ahli muzik & the hoppers' might be familiar with this song. Bobo or his real name,Bo Amir Iqram, is one of the host there.


ini bobo. kacak kan?


p/s; sorry lagu ni dah delete. tukar dengan lagu MY LOVE - THE SALLYS. harap maaf. (10.5.2009)

Thursday, May 7, 2009

Sile Tengok.

Disebabkan dah lama aku tak update, banyak cerita aku terlepas nak cerita (ape ntah ayat ko taz). tak kesahlah. untuk memendekkan cerita, aku letak gambar je la. bak kate maktok, a picture worth a thousand words (peh hebat gila la nenek aku ni!) haha. nah. sila tengok.

PERSIDA NIGHT OF GLITZ AND GLAM
Tempat ; Dewan Seri Temenggung
Tarikh ; 29 March 2009
Masa ; 8.00-11.00 malam


tasha, raha, taz, aca

taz, mahzan

alok, tasha, taz, suki

taz, encik marzuki
(konon nak buat bentuk love tp tak menjadi.ngan apit je jadi.)

REUNION WING FD 1
Tempat ; Restoran Pumpkin, Segamat
Tarikh : 21 March 2009
Masa ; malam

ni la aku yang jelita.haha

nurin, bella, taz, ayun.
badan sape ntah enterframe sekerat tu.

balik jom!

BIRTHDAY AKU
Tempat ; Rumah Maktok
Tarikh ; Semalam
Masa ; Larut malam

Gambar kek je cukup. aku tengah serabai mase ni.



p/s; yeye je aku ckp banyak tadi. tp mmg banyak pon. gambar je takde.

Wednesday, May 6, 2009

Baby Come Back! haha

Yeah! cuti sem datang lagi! semangat ber'blog aku pun dah datang balik. tapi malangnye, aku takde idea sekarang nak tulis pasal ape. saje nak umumkan aku dah kembali. haha.

ni ade list beberapa perkara aku kena buat;

1. update semua blog link kawan kawan yang dah tukar. hadoih! korang jgn tukar lagi lepas ni ye.
2. tukar lagu dekat page. bosan dah lagu twinkle away tu.
3. (......)

ntahla. aku dapat fikir dua je buat mase ni. esok aku ingat aku tambah.
papai!