Wednesday, June 24, 2009

Cik Kiah Dah Balik.

Haha. Seronok. Lega. Happy. Sebab dah selesai subpaper. Alhamdulillah. Tapi dalam kepala sangat banyak plan yang nak buat. Family blog, blog-shop (sesiapa yang taktau, Taz ada blog menjual baju2), lepas tu nak buat lagi satu blogshop. jual ape? tanak bagitau dulu. haha. tp memang best dan originally from me.

Hari tu nak pergi subpaper bawak Syida. biase la budak nak masuk UiTM Segamat excited tak pernah dtg. haha. Bajet nak biasakan diri dengan suasana kat sana tapi last last dia tidur je dalam bilik. Dia ada ajak jalan jalan strolling tapi aku buat2 tak dengar je. Malas.

Ok. sangat banyak nak cerita disini. First, macam biasalah. bila ada kawan baru buat blog mesti la aku nak tolong promote kan. seperti Alin dan Mahzan, kali ni aku nak promote Daus pulak. Jap nak cari gmbar dia kat myspace.

EH! budak kecik ada blog? oh salah gambar.
ini beliau ketika masih comel.

Muka tak nampak. Salah lagi.

Ok. ni blog beliau.


Ok. Selesai sudah aku promote. ceh ceh. Daus, Big Apple satu kotak. Esok. ok. papai.

*kata banyak cerita? pentipu punye taz.

Wednesday, June 17, 2009

Away.

hai sume orang! budak dahi jendul hidung besar muke pucat macam mayat hidup atas ni cakap dia busy sekarang. will be actively update her blog next week. sila lah rindu beramai-ramai. sekian thank you.

p/s; oops! lagi satu dia cakap kalau ada orang nak ajak belanja big apple dia ok je. tak busy dah. :DD

Sunday, June 7, 2009

Apa salahnya jawab soalan dan dapat bayaran? memang berbaloi.

Wah. Gempak lah tajuk aku. macam orang nak berkempen. So, mesti korang tertanya2 kan? yang dah tau tu diam2 je la. buat2 macam taktau.

Ok. first sekali, taz nak tanye korang. pernah tak korang jawab soalan account mase final exam ke, soalan doktor mase nak buat medical check up ke, soalan tok kadi mase nak akad nikah tu pernah tak korang jawab lepas tu dapat duit? memang tak pernah kan kan? who wants to be a millionaire ape kejadah sume kat tv tu tak termasuk kat sini eh. jgn nak mengada.

Ok. second, korang suka tak kalau survey2 yang korang jawab tu dapat memberi kita pulangan yang baik dalam masyarakat? Survey yang korang jawab tu nanti akan menolong badan2 yang bertanggungjawab untuk memberi servis yang lebih baik kepada kita. mereka juga akan menilai pandangan2 para para remaja macam kita semua untuk membantu mereka melakukan yang terbaik untuk kita. dari sini jugak dapat melahirkan masyarakat yang lebih berjiwa terbuka.

Dekat sini taz nak ingatkan, ini bukan tempat buat duit untuk jd kaya tau. ni bukan macam korang kena bayar pendaftaran then dapat pulangan berganda2. ni cuma tempat dimana mereka nak menilai pandangan2 kita sebagai remaja terhadap isu2 semasa, trend2 terkini dan jugak apa2 yg berlaku di sekeliling.

Korang pun boleh start topic sendiri then orang lain akan bagi pandangan dorang pulak. boleh dapat kawan :DD Jangan pulak korang start topic; Saya rasa saya kena pergi facial treatment sebab muka saya dah ada jeragat2 hitam. apa pandangan korang? Yang ni sumpah takde orang nak layan. Dekat sini bukan nak bincang isu pasal korang. Penat dah taz cerita. kesimpulannya dekat sini, daripada korang lepak kedai mamak dengan kawan kawan cerita pasal isu semasa tu tapi tak dapat ubah apa apa sekadar cerita kosong je, baik korang bg pandangan dekat sini. Dah la kat kedai mamak tu kene bayar, duit minyak lagi. kalau kat sini, korang ckp pon dapat duit. Jangan bimbang, sebab pandangan kita akan didengar dinilai oleh mereka dan sekaligus dapat membantu mereka memberi servis yang terbaik, membuat produk yang memuaskan dan banyak lagi faedah.

Lupa pulak. Ni untuk yang berumur bawah 35tahun je tau. kalau ada makcik makcik yang berminat tu, suruh la anak makcik yang sign up ok. nti makcik boleh la bg pandangan sama2. :DD

Ok, siape minat klik sini.

Klik gambar ni pun boleh takde sape marah.


JOM KITA SAMA2 MENJADI MASYARAKAT YANG BERTANGGUNGJAWAB :DD