Wednesday, July 29, 2009

Mintak2 Dapat Jadi Duta Mozilla Firefox.

Ade kawan Taz tanye,

Enon: Weh, camne kau buat Mozilla tu ade theme2 tu? Yang ada gambar2 kat atas tu. Smart weh!

Beliau terlihat dekat entry ini yang ada gambar ini.


Nampak tak apa yang beliau maksudkan tu?
Kalau yang biasa (default) dia kosong macam bawah ni,


Tapi yang bawah ni lagi kacak.




Ha nampak tak background tu? Ini namanye Personas dan orang yang layak untuk menggunakan Personas hanyalah pengguna Mozilla Firefox. Weee~ i tak suke lain i suke Firefox je sebab dia kacak lagi bergaya muka macam Zahiril Adzim. Ok tipu je Firefox takde muke.

Personas ni adalah salah satu add-ons untuk Mozilla. Nak? Click sini. Banyak pilihan ada :)

comel gila baby fox tu main guling2?

Anna Sui

lagi

dan lagi.




Ni ada lagi satu add-ons. Nampak tak tab kecik2 tu? Yang ni ha.

Yang ni pulak nama dia Smart Bookmark Bar. Memang smart. Bookmark dia kecik2 je. Nak? Sila ambik kat sini.

Bila dah install, apa lagi? gunalah dengan sebaiknya. Ni cara2 nak bookmark.



Bila dah ada icon kat atas, bila2 pun korang boleh click kalau nak pergi situ. Tapayah nak taip2 URL lagi dah. Korang boleh adjust icon tu nak letak belah kiri ke kanan ke bila2 pun. Tapi kena drag la. Kau ingat boleh guna kuasa minda ke suruh dia gerak sendiri. kahkahkah gelak sorang2. Kalau dah penuh korang punye space untuk letak icon tu, susun2 la dalam folder ye. Contohnya, kalau rasa2 banyak sangat korang bookmark kawan2 blogger, letak la semua dalam satu folder khusus untuk blogger.


OK OK. Yang ni last punya add-ons. Easy Youtube Downloader. Senang gila la kalau nak download video dekat Youtube tak payah nak copy paste URL ape sume. Nak rename pun tak payah sebab video yang korang download automatik guna nama yang ada dekat Youtube. Untuk lebih faham, tengok gambar.


Mejik kan? Nak? Ambik kat sini.


Seronoknye jadi cikgu. Beria je ajar orang padahal semua orang dah tau. Takpe ah. Taz memang suke syok sendiri. Sesiapa yang tau add-ons yang lagi best, share2 la jangan kedekut. Sharing is caring :)

Monday, July 27, 2009

Ape Korang Buat Kalau Dapat Jiran Macam Ni?

Apa perasaan korang bila tiba2 korang tengok dinding dapur belakang rumah korang jadi begini?



Ni semua angkara orang yg memang la aku taktau nak klasifikasikan macam mana otak dia. Suka2 hati je kan nak roboh dinding rumah orang. SIAP UPAH CINA BAWAK BULLDOZER KAU. Gila lah.

Ok sini i cerita secara kronologinya macam mana.


Maktok (nenek aku la) ada jiran. Nama beliau Pak K dan beliau mempunyai seorang isteri bernama Mak Cik E. Umur beliau dalam lingkungan 70an. Mula-mula diorang pindah sini diorang baik aje. Takde apa masalah sehinggalah waktu maktok buat rumah sewa sederet dekat depan rumah, Pak K dan Makcik E semacam menyimpan satu perasaan tidak puas hati. Tentang apa? Ha ini yang kita tak tau ni.

Sebelum ni rumah Maktok dengan diorang terpisah dengan pagar dawai je. Sebelah sana tanah u sebelah sini tanah i. Macam tu lah kirenye diorang deal. Ok fine. Takde masalah lagi disitu.

Pak Cik K ni ada lesen senapang. Ada tahun lepas tu dia suka sangat tembak sana tembak sini. Katanya nak tembak musang ke apa tah. Kitorang taknak masuk campur bersabar je lah kan walaupun selalu terkejut dengan bunyik senapang dia tu. Masa tu arwah Tokbah ada lagi. Masih dalam keadaan sakit. Nak tidur pun tak senang asyik terkejut dengar bunyik senapang si Pak Cik K.

Sehinggalah suatu hari tu, peluru beliau terkena tingkap rumah Maktok. Kitorang memang tak boleh sabar lah kan. Main senapang suka2 hati kalau tertembak orang kau nak ganti guna apa? Kitorang pun buat report polis. Banyak jugak la kereta polis datang rumah beliau. Glamour betul. Satu kampung tau. Last2 senapang beliau kena rampas ah kan sebelum ada nyawa2 melayang.

Lepas tu, dalam tahun yang sama, beliau mengupah orang buat benteng tembok ke ape ntah nak panggil.



Yang tunjuk anak panah tu la tembok yang Pak Cik K tu buat. Ganti dengan pagar dawai sebelum ni. Tinggi sama dengan bumbung rumah Maktok. Yang zink atas tu umah maktok la. Yang pecah2 tu dinding luar dapur. Gambar ni ditangkap dari kawasan rumah Pak K. Betapa tingginya tembok tu. Tanah dia tinggi sebab tu dari angle gambar ni nampak rendah je tembok tu. Kalau aku pandang luar tingkap bilik sebelah sana rasa macam duduk kat penjara tapi takde dawai berduri je atas tu.

Tapi yang melampau tu, apasal tembok tu macam tu pulak? Yang batu bata tu dinding dapur nenek aku. Tiba2 je kan tembok tu terlebih garisan yang sepatutnya pulak seolah2 macam nenek aku ambik kawasan tanah dia. Padahal dinding tu dah lama ada and tak terlebih pun sampai kawasan dia masa ada pagar dawai dulu tu. Ni tiba2 nak bina tembok 8 kaki tersentuh dinding nenek aku pulak. Ni yang menaikkan kemarahan ni.


Itu cerita tahun lepas. Tapi kitorang cool je. Takpe la. Biar je mereka. Nak buat macam tu buat la. Tapi sekarang dia nak claim tanah dia. Dia cakap dinding dapur nenek aku tu masuk kawasan dia. Padahal dia yang lebih2.

Klimaksnya bila tengahari tadi dalam pukul 11.00, pakcik aku dah pergi kerja, Maktok tengah berkebun, budak2 dah pergi sekolah semua tiba2 dengar bunyi bising. Ingat kan orang sebelah tgh renovate rumah. Malas lah kan nak pergi tengok kalau tengok pun bukan nampak dah ada tembok penjara 8 kaki tu ha. Tiba2 adik aku pergi dapur tengok dinding luar tu dah kena roboh tak dapat diselamatkan dah. Mengamuk la Maktok and pakcik2 aku. Agak2 la kan. Even kalau kitorang salah terlebih kawasan, tak boleh ke dia bincang2 dulu cakap baik2 ape sume. Kalau kitorang salah, kitorang boleh robohkan sendiri dinding tu dengan rela hatinya. Tapi masalahnya memang kitorang tak salah.

Tengahari tu jugak report polis. Polis datang macam dulu jugak 2,3 kereta. Orang kampung pun ramai datang tengok dinding belakang yang kena roboh tu. Kesian Maktok. Dah la hari ni masuk setahun arwah Tokbah takde. Kalau ikut bulan Islam la sebab Tokbah meninggal 5 Syaaban. Kes ni pun nak failkan dekat mahkamah. Gantirugi perlu dituntut. Ok dah. Penat la nak cerita. Tengok gambar je la.




Tu Ayahchik pakcik Taz. Kesian dia kaki ngan tangan luka dalam kena zink sampai terbelah daging.
Jangan main2 dengan lawyer ni. Siap ah jiran sebelah tu.

Sunday, July 26, 2009

Takde Kerja? Jom Google Nama Sendiri.


Pepatah Melayu ada berkata; Jikalau di google nama sendiri, dan gambar sendiri keluar first, tandanya kamu berjaya di alam alam maya. Hahaha. Sila percaya.

Tengok gambar tu. Betapa berjayanya saya sampai straight 3 gambar keluar. Anda pula bagaimana?

Gambar ke-4 entah siapa pulak yang nak kongsi glamour tuh. Yang ke-5 gambar masa reunion dengan kawan-kawan sekolah rendah. Yang ke-6 gambar blogger Adziee. Dia ni link i letak nama penuh. Sama la macam si Arif Rusli tu. Thanks korang. I sukeee :)

Barisan kedua tu semua takde kena mengena kecuali yang last gambar kat Facebook. (Taz ikut trend nak ada FB jugak) Gambar Allahyarhamah Yusni Jaafar ada sebab ayah dia sama nama dengan ayah Taz. Ok tu tak perlu la nak terangkan jugak. Tapi teringat dulu kawan sekolah i nama Aidzat suke tanya macam ni, "Wei, ayah ko yang suke pakai seluar gambar bunga matahari tu eh?" Korang faham ke siapa? Memang Aidzat selalu kena b**** la setiap kali dia cakap macam tu. Tu ok lagi i tak marah sangat sebab dia memang sengal ayam suka gurau. Tapi masa sekolah rendah ingat lagi ada seorang budak nih, sumpah tak ingat siapa nama tapi suka panggil Taz anak Jaafar Onn padahal ayah dia baru meninggal. Ade ke patut?

Ok barisan ketiga memang tak kenal la siapa atok kacak berkaca mata tu. Gambar ke-2 dan ke-3 malas la nak cerita kenapa ada situ. Diorang letak nama Taz dekat diorang punye blog. Tak percaya pergi cek. Yang lagi 3 tu Taz tengah buat kapkek. Siapa nak order jangan order sebab i tak jual haha.



Tak jadi nak tukar nama Taz Winchester sebab bila google keluar gambar ni first

Friday, July 24, 2009

Syaaban



Macam mana lah kan Taz boleh tak sedar dah masuk 2 Syaaban? Mentang2 bulan Syaaban, kalau bulan Syawal tu alert je dia kan siap masa beli kalendar awal tahun dah tengok siap2 puasa dengan raya tahun ni berapa haribulan. Tapi masa kecik dulu alert pulak kalau dengar nama Syaaban sebab dia hensem. Biasalah kanak kanak lagi. Sebenarnya agak kecewa disini. Tak dapat puasa masa permulaan bulan Syaaban. Punya lah kan hari tu tunggu2 tapi tak sedar :(


Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :


"Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."



Artikel di ambil dari sini. Baca lah ye :)

p/s; Puasa kena ikhlas dengan niat nak beribadat. Bukan untuk pahala je. Sekian dari ustazah Taz.

Saturday, July 18, 2009

Hello, my name is Taz Winchester

Ok. Taknak cerita pasal Shout Award. Banyak2 15 kategori, 3 sahaja yang saya undi menang. 3 SAHAJA. Sedih. Tapi takpe la. Tahniah kepada pemenang.


Semalam pukul 2 malam makan sahur. Beria lah kan sahur makan nasi lauk ayam masak sambal sebelum tu pergi cari movie best nak tonton. Haha ayat nak guna tonton. Tapi SPM dapat B jugak Bahasa Melayu.

Ok gostan balik cerita tadi. Cari movie jumpa la cerita The Happening. Disebabkan kat rumah ni ada 2 orang tauke cetak rompak maka dvd tersebut hanya dvd lepas tu disimpan dalam bekas yang bulat tu yang boleh letak banyak2 berlapis2 dvd tu. Takde la cover ape sume so tak tahu nak baca celah mana sinopsis cerita tu. Waktu macam ni la perkhidmatan internet (betul ke ayat?) digunakan dengan sebaiknya. Pergi Google. Search The Happening. Baca review. Rupanya cerita pasal satu benda pelik macam penyebaran ape ntah taktau nak cakap. Dia disebarkan melalui angin. Memang saspen. Tapi tak berapa best sangat cerita tu. Boleh la setakat buat aku rasa takut kejap bila angin datang. Pengaruh filem ok. Ha tengok tu tadi sebenarnya nak cerita pasal kes sahur pagi tadi tapi dah melalut pulak.

Perenggan baru. Sebenarnya nak cakap, dah sahur2 tak jadi puasa. Semua ni ibu punya pasal. Ajak pergi dentist then terfikir la kalau pergi dentist, macam mana nak puasa kan? Batalkan niat. Tapi alih2 kata nak pergi hari Isnin. What? Sabar. Takpelah. Hari Isnin nanti boleh pergi cari kerja sekali. Duduk rumah je buat apa kan baik kerja kumpul duit nak sambung degree bulan 12 ni. Kena berdikari ok. Adik-adik ramai jumlah yuran nak masuk degree tu boleh bagi diorang makan selama sebulan. Betul ke sebulan? Takpe. Kalau jimat2 boleh sampai sebulan. Kalau dapat kumpul lebih boleh beli ni


atau pun ni

Seronok main google2 Skechers walaupun duit takde. haha jom gelak ramai2. Nak promote jugak blog fara dia jual crocs comel2 sila cekidaut kat sini. Berbalik kepada isu nak cari kerja, i'm thinking of being a kindergarten teacher. boleh ke? Ibu kata ok. Rafiz pun kata ok. Semua kata ok. Tiba2 terfikir karang tak pasal2 Taz ajar diorang akaun taknak terkejut pulak kan budak2 tu tiba2 kena bawak calculator pergi tadika suruh mak belikan buku panjang kat kedai untuk buat akaun panjang2 berjela. Haha. Belum kerja dah fikir macam2 merepek pulak tu. Yang penting i taknak kerja McD sebab diorang hutang gua lagi lebih kurang 2ratus setengah gaji gua diorang tak bayar. Cis. Neraka berdarah. (Tidak dibenarkan cakap tak sopan dekat blog ni kecuali jika di bahasamelayukan takpe sebab nanti orang akan pending apa yang Taz nak cakap padahal yang sebenarnya bloody hell. lepas ni cakap neraka berdarah kerana orang akan dengar macam kita nak berpuisi je haha. jangan cakap bloody hell kerana tak sopan) Amek kau panjang betul dia punye kurungan.

Tapi kalau tak dapat jadi cikgu tadika nak jadi apa pulak? Azman cadangkan kerja tele-marketing. Gaji basic pun confirm RM 1200 keatas. Katenye si Azman. Buat kerja dalam office je lepas tu calling2 orang promote barang. Senang la kan. Nak pergi kerja berlenggang mak kiah pakai kain batik pun takpe pelanggan tak nampak. Tapi kebarangkalian kena pecat dengan bos sangat lah besar sekali. Takpe kita tengok dan lihat sahaja kerja apa yang Taz dapat.

Sebenarnya post ni nak cakap tiba2 saya rasa nak tukar nama jadi Taz Winchester. haha. Im a Supernatural-addict. Best kan kalau dapat abang abang macam ni




Tapi Sam cakap kalau nama Kiah Winchester lagi seksi.

Thursday, July 16, 2009

Akhirnya...






My online gift-shop is finally open :)


Ok nak promote kat sini. Taz selaku pengarah tertinggi kedai ini mengishtiharkan pembukaan Taz's Gift Shop. Tapi kedai tu sekarang baru ada kad je. Baca betul2, KAD SAHAJA buat masa sekarang. hihi. Tapi tak lama lagi akan ada macam2 contohnya keychain, penanda buku, bingkai gambar yang boleh hias hias tulis nama, lepas tu ada surat dalam botol, selain surat, kapsul pun boleh.

Macam dalam cerita Korea tu. Girlfriend bagi satu botol kapsul kat boyfriend dia kononnya macam ubat rindu ececeh. Lepas tu dalam setiap kapsul ada la ayat2 cinta. Sehari kena bukak satu je tak boleh lebih2. Kononnya bila dah bukak kapsul tu, rindu dia terubat la kan. haha. sape2 nak jadi romantik macam tu belilah dekat Taz. Eh tapi kapsul tu tak boleh makan. Bukan ubat betul.

Lagi satu, Taz terima tempahan kalau anda semua nak buat apa2 jenis kad contohnya kad perayaan (raya nak dekat ni weh!), kad jemputan (You Are Invited etc), Kad Harijadi, macam-macam lagi la. Wah wah. Rajin Taz mentang2 tengah cuti bersalin eh salah, cuti rehat dari belajar sekarang, bukak kedai pulak dia kan.

Ok. Cakap banyak tak best la kan. Sila lah melawat. Bagi komen tau :)

Monday, July 13, 2009

Spongebob Ceplos Spongebob Ceplos.

Namaku Si Ratu Ok. Umurku 22. Lahir di kota nama Jakarta. lalalala


Atas tu takde kena mengena dgn Taz eh. Dia saja nyanyi sebab tibe2 terdengar2 dalam kepala. Ntah lagu ape ntah dulu masa dekat sekolah, my friend Alin yang nyanyi lagu ni. Sampai sekarang i ingat taktau la kenapa takleh lupa. Maybe sebab kelakar kot rentak dia. Hahaha. Gelak sorang2.


Hari ni puasa lagi :D dah 3 hari. Alhamdulillah. Abg aku saje je mulut bising kata dah nak dekat2 bulan puasa baru sibuk nak ganti. Padahal aku dah habis ganti masa kat Segamat dulu. Tinggal lagi 2 hari je. So, dah habis la. Takpe la. Iyekan je kata kata dia. Yang penting maktok beli lauk best untuk aku. ahahaha.


Tadi cek result MUET. Band 4. Bersyukur je la. Dah buat yang terbaik. Kawan2 yang lain semua yang berjaya tu tahniah :D


Lisa Surihani telah mendahului Fasha Sandha, Faezah Elai dan Scha Al-Yahya. Taz cakap pasal ape ni weh? Tiba2 je ada artis ni. Oh, lupa nak bagitau. Ni result pertandingan lumba jalan itik. Eh salah. Ni vote utk tazpunye poll kat tepi tu ha yang warna pink tu yang belah kiri tu yang bawah nuffnang ads tu yang soalan dia Artis Paling Hot Sekarang tu. ok dah. Kalau tak jumpa email Taz nanti dia bagi peta. Nasib baik i tak letak Megan Fox kat situ kalau tak dia la yang paling laju jalan itik eh salah, paling banyak vote sebab Daus undi sampai beribu atas dasar menegakkan kebenaran yang Megan Fox itu wanita sejati bukan transeksual. Ye Daus i sokong u. dont worry be happyyy.

Tadi tgk video dekat youtube.

Lelaki; There's something wrong with my phone...
Gadis; *diam*
Lelaki; You dont wanna know what's wrong with it?
Gadis; No.
Lelaki; You sure?
Gadis; Ok if im asking you what's wrong with your phone will you stop emailing me and leave me alone?
Lelaki; Of course.
Gadis; Ok. what's wrong with your phone?
Lelaki; Your number is not in it.


Haha. Macam sweet. Tapi sila lah tengok. Tak la sweet. Lelaki tu kelakar. Budak kecik jangan tengok. Kurang elok. i nampak ada dekat Video's Being Watch dekat homepage Youtube saja2 je nak tgk. Tapi tak la obscene.


Adik sedara aku tengah tengok Spongebob. Kenapa suara Spongebob macam suara Ceplos? Adakah orang yang sama?

blog ni tak berseri kalau takde gmbr i. Haha.
Hidung nmpk mancung dan kecik je kan kat sini.
Hipokrit
punye hidung.





Sunday, July 12, 2009

Senarai Kesyukuran Hari Ini (Semalam)


Ok. disebabkan terlambat update sebab tu tajuk dia pelik sikit. Sebenarnya nak buat senarai kesyukuran untuk hari yang bertarikh 11 Julai 2009 iaitu semalam.



Saya bersyukur sebab berjaya berpuasa dengan jayanya. Walaupun banyak halangan *contohnya maktok suruh panaskan lauk sambal udang bersama petai sebab taktau yang cucu dia ni puasa. dahla aromanya menusuk hidung. Lepas tu pulak ajak makan eskrim Cornetto dengan muka tak bersalah sebab masih taktau yg cucu dia ni puasa. Petang tu pulak ibu dtg bawak kuih pau. Abang pulak sengaja suruh adik makan depan saya. Tapi semua dugaan berjaya di tepis Alhamdulillah.



Keduanya, saya bersyukur sebab dah lulus sub paper hari tu. I sampai dua kali mimpi dapat keputusan cemerlang lepas tu asyik fikir orang cakap mimpi selalunya terbalik terus risau takut takut mimpi tu betul2 terbalik. Memang kena extend part 7 la jawabnya nanti. Lepas tu sebelum tidur berdoa supaya mimpi untuk fail paper itu dan keputusannya akan terbalik kepada LULUS. Tapi malangnya apa yang kita nak mimpi memang susah nak dapat.Tapi Alhamdulillah mimpi tu tak terbalik. Aku je yang berfikiran kolot percaya semua benda mengarut macam tu.


Sila abaikan penggunaan kata ganti nama dekat blog ni. Aku memang suke tukar2 sebab I ni tak tetap pendirian. Maafkan saya. Eh ada lagi satu kesyukuran di sini. Sambung balik.



Saya telah membuat keputusan untuk menyambung degree pada December intake. Saya tak berani nak ambil risiko sambung semester ni. Ada lapan subjek lepas tu masuk lambat sebulan (paling lama) dari yang lain. Kiko cakap kena tunggu status pelajar jadi TAMAT baru boleh apply. Berapa lama lagi mahu tunggu? Makin banyak subjek tertinggal. Sebab tu i decide nak sambung December. Biarlah lambat asalkan selamat. *Tapi hati masih berbelah bahagi nak sambung semester ni* -.-
Anda semua tolong bagi pendapat. Saya hilang. I'M LOST.

muke terus jadi buruk bila tengah lost.
(macam la kalau tak lost muka cantik. )


*yang ketiga tu dikira senarai kesyukuran jugak ke? takpe la lari topik sikit. bukannya karangan kena hantar dekat cikgu BM pun.


Wednesday, July 8, 2009

Mari Undi dekat JERIT AWARD!!

Terpaksa buat scroll box sebab entry ni panjang sangat. Sila scroll untuk baca. Thanx :D



Pertama kali selama aku hidup 21 tahun ni aku amek kesah pasal award2 ni. Kalau dulu tengok la award mana2 yang kena undi oleh penonton contohnya macam Anugerah Berita Harian, Akademi Fantasia whatsoever, tak pernah nak undi. Tapi bila orang yang kita suka tak menang baru sibuk "eh apahal dia ni lak menang dah ah tak best suara sengau lak tu bla bla bla". Tu la hakikatnya.


So, kali ni aku nak undi. Tak menang pun takpe yang penting aku dah undi. Jom kita tengok Taz undi siape. Warna Pink adalah pilihan Taz. Bertuah diorang. :DD




ROCKSTAR AWARD (ROCK AWARDS)

BUNKFACE
BUTTERFINGERS
ESTRANGED
HUJAN
MEET UNCLE HUSSAIN
POP SHUVIT

Taz confused nak pilih mana satu. Butterfingers or Meet Uncle Hussain. Then pilih Butterfingers. Tapi rasa nak jugak vote MUH so saya vote 2x. Boleh ke? haha. Bunkface dengan Hujan is not my favourite. Pop Shuvit pun. Tapi tak bermakna diorang tak best. It's up to our own opinion.


POPSTAR AWARD (POP AWARDS)

AIZAT
COUPLE
DATO' SITI NURHALIZA
JACLYN VICTOR
NIKKI
STACY

Vote Aizat sebab dia original. Lagu dia 100% by him. Taktau la lagu dia yang lain. Ok, Couple pun sama tapi Aizat is the best for me.


POWER VOCAL AWARD

AYU
DATO' SITI NURHALIZA
JACLYN VICTOR
LAN (MEET UNCLE HUSSAIN)
SYARUL REZA (LOVE ME BUTCH)

Ok. Tak perlu penjelasan kenapa pilih Dato' Siti. Kenapa dia ada jugak dalam nominees? Terpaksa aku ketepikan Lan. Sedihnya. Tapi Dato's Siti memang patut menang. Aku suka dia ok. Siapa2 ada masalah?


FLAVA AWARD (HIPHOP/R&B AWARDS)

AHLI FIKIR
CAPRICE
JIN HACKMAN
JOE FLIZZOW
MALIQUE
PHLOWTRON

Ni sebab mak aku suka lagu Mantera Beradu. Tapi aku suka Isabella (Joe Flizzow). Tak pe. Berkorban Taz.


BREAKOUT AWARD (BEST NEW ACT)

BUNKFACE
HUJAN
JOE FLIZZOW
MALIQUE
MEET UNCLE HUSSAIN
PESAWAT

Sebab Lan cakap aku comel sebab tu aku vote. Pfft.


BEST ONSCREEN CHEMISTRY AWARDS

Cheryl Samad and Naz - (Ghost)
Syafinaz Selamat and Paul Moss – (One In A Million Season 2)
Vanidah Imran and Adflin Shauki - (Sepi)
Zahiril Adzim/Liyana Jasmay – (Kami)
Upin and Ipin - (Upin dan Ipin TV Series)

Sebagai kakak yang prihatin nak tengok kegembiraan di wajah adik2 dia bila tengok Upin Ipin menang, maka ini terjadi. *sebenarnya nak vote Cheryl Samad and Naz. takpe. takpe.


FRESH TV SERIES AWARDS (NEW TV SERIES)

FIELD TRIP! USA
FRONTPAGE
GHOST
KEKASIHKU SERU
SINDARELA

Hatiku terubat jua. cehceh. nasib baik takde Upin Ipin kat sini kalau tak terpaksa vote sebab taknak tengok muka Amin sedih. (bajet macam ape yang aku vote semua confirm menang la)


BREAKTHROUGH FILM AWARD

Budak Kelantan @ Kelantan Boys
Kala Malam Bulan Mengambang
Kami
Los Dan Faun
Sepi

Siapa tak setuju vote la sendiri mana korang nak. Budak Kelantan dengan Kala Malam Bulan Mengambang aku tak pernah tengok. Tengok sikit2 je tak sempat nak menghayati.


FAVOURITE TV PROGRAM (NON-DRAMA)

Destinasi Bajet (Season 2)
Field Trip! USA
Homegrown (Season 3)
Majalah 3
One In A Million (Season 2)

Mestilah Homegrown. Teringat hari tu masa dekat kolej nak tengok Bittersweet@Homegrown beria ah kan turun bilik tv awal2 tengok2 ada budak dah cop nak tengok bola??? dah la aku tak minat. Tapi untuk tidak menghampakan diri, aku pergi jalan kaki kat bilik tv kolej Intan. Nasib baik aku takde orang. Tapi bila sampai, sempat tengok 1 lagu je sebab dah nak habis. ):


FAVOURITE TV HOST

Daphne Iking (The Breakfast Show)
Marion Caunter (One In A Million Season 2)
Naz (The Breakfast Show)
Qushairi (Qi) (Destinasi Bajet Season 2)
Qushairi (Qi) (Field Trip! USA)

Sebab dia comel ah ape lagi. ahaha *gelak gatal


COOLEST RADIO ANNOUNCER

Fara Fauzana
Hunny Madu
JJ
Phat Fabes
Rudy


Kalau suka Rudy, mesti nak suka JJ sekali. so, confuse nak vote yang mana. Last2 pilih Rudy sebab dia tembam+comel.


FAVOURITE RADIO SHOW

Fly FM Must Have Music (Hunny Madu)
Fly FM Night Flight (Basil and Hafiz)
Fly FM Pagi Show (Ben, Nadia and Phat Fabes)
Hot FM AM Show (Fara Fauzana and Faizal Ismail)
XFM Indie X (Smek and Mat)


Pilih ni sebab saja saja. Dah jarang dengar radio sekarang so taktau mana best.


STYLO AWARD (MOST STYLISH AWARD)

Dynas Mokhtar
Faizal Tahir
Marion Caunter
Maya Karin
Sazzy Falak


Dynas and Faizal tak stylo. Mereka seksi. Taknak vote Maya Karin sebab Rafiz cakap dia lawa. jeles! *taz, apasal kau ni macam budak2?*. Aku vote Sazzy sebab dia memang stylo. Muka pun dah nampak stylo. Marion adalah definisi cantik. Bukan stylo.


HOT CHICK AWARD

Andrea Fonseka
Daphne Iking
Fazura
Marion Caunter
Marsha


Yeah! saya memang suka Fazura. Ok. Tak kesah la kalau korang tak suka tapi aku punye vote suka hati la nak vote dia. Korang vote sendiri ok :D Yang 2 orang kat atas tu aku tak kenal. Tapi tengok gambar boleh tahan jugak. And again, sorry Marion. walaupun i tak vote u, i tetap suka u. cehceh. Marsha? never.



OK OK OK. Award yang last sekali ni paling aku teruja nak jawab. Terserlah kegatalan bila tengok nama yang tak kenal, terus google nak tengok hot ke tak. Ahahaha. Ok. Yang ni siap ada gambar nominees lagi. OMG Taz sangat gatal.


HOT GUY AWARD


Tony Eusoff

Jonathan Putra ( yang ni ah aku google)

Zahiril Adzim

Zizan Nin

Faizal Tahir


Ahahaha. Amek kau. Semua gambar calon pilihanraya ada. Saya undi Zahiril Adzim. Yay!! Clap clap! Siapa tak kenal, sila klik sini atau sini untuk tengok gambar yang lain. Eh ada lagi. klik sini. Dia pun ada blog. Nak tengok klik sini.


OK. Sesiapa pun boleh mengundi. Jom undi beramai ramai supaya tak menyesal. Untuk mengundi, pergi ke http://www.shoutawards.com.my/


Sekian, thank you.






Tuesday, July 7, 2009

Rahsia Muka Putih Suci

Tengah2 belek myspace Ain sekali terjumpa gambar ni. Ni kalau tunjuk kat bakal mak mertua memang dia suka. Tapi kena crop dulu karang dia igt anak dia nak terus kahwin tiga.


YA ALLAH. Masing2 sangat comel disini dengan muka putih suci penuh cahaya keimanan. ni masa part1 time ada apa ntah kat surau. Masa part1 selalu la pergi surau sebab memang selalunya budak2 part1 yang kena join apa2 aktiviti dekat UiTM tu. Memang tension masa tu tapi sekarang rindu pulak.

Sekarang sila teka mana satu Taz. haha. saje nak mengada suruh main tekateka padahal orang tengok hidung pun dah tau mana satu. trademark ok trademark. family trademark.

p/s; teringat masa tumpang bilik combi time nak ambik subpaper. "muke korang lain la. adik ko macam mamak sikit. tp hidung korang tetap sama". haha. marah syida. tukar la. macam arab. ceh. perasan vogue pulak dia nanti.

Wajah Baru

Sorry sebab privatekan blog ni kejap. Sebenarnya sebab nak edit layout bagi siap dulu baru publish. So now dah siap :D

Kenapa pink jugak? Haha. kebetulan ah. Nak cari layout yang ada 3-column pastu terberkenan la pulak kan dengan yang ni. Sila perasan favicon kat atas dah tukar. haha. tolong jeles sekarang. :P

Tiada apa yang perlu dikomen. Terima Kasih.

Saturday, July 4, 2009

Entry Cik Yah




Hai sume. nama saya Nabiyah orang2 kampung panggil Cik Yah. saya ambik alih blog kakak saya kejap. dia bagi saya buat ape je kat sini. saya dah letak lagu baru. comel kan lagu ni? macam saya. saya nak jadi penyanyi jugak macam Cleopatra Stratan. Ok sampai sini saja. saya tak pandai buat karangan panjang2 sbb saya budak kecik.




Nah video clip saya. tutup dulu lagu page ni kalau nak tengok.




Wednesday, July 1, 2009

Cakap Tak Serupa Bikin

Tajuk diatas ditujukan kepada aku sendiri. haha. Beria an dulu kata lepas subpaper nak aktif blogging update hari hari untuk lepaskan rindu rindu korang sume kan tp hampeh. haha. Jadi mari kita mula kan sesi bercerita. banyak benda ni nak cakap. betul betul banyak tak tipu lg dah macam dulu.

Mula2 pasal arwah Michael Jackson ah kan. Semua blog nak cerita pasal dia aku pun nak. Memula aku dengar Maksu aku la cakap dia dah meninggal dunia ceh ceh sopan betul taz berkata kata. Mula mula aku tak rasa apa sangat tp malam tu aku tengak konsert dia dekat tv dengan maktok memang sedih la kan. aku lupa pulak dulu aku minat gila kat dia. hish. memang terimbas segala kenangan lama. Masa sekolah rendah Tokbah ajak pergi konsert dia tapi maktok tak bagi. ish ish. memori memori. Lepas tu kat sekolah nyanyi koir lagu Heal The World. Lepas tu aku gelak sorang sorang tengah malam tu sebab tengok video klip Thriller baru aku tau Geli Mat dapat inspirasi dari mana. haha. Gila sebijik. Dah lama aku abaikan Michael Jackson tau tau je dah takde :( Semoga rohnya dipelihara. Amin..

Ok segmen kedua. ni macam pengumuman la jugak. Baca je jangan nak bising kata taz annoying. ni dia punya blog sukati la nak tulis apa. haha.

Dengan ini diumumkan Taz telah berubah hati. Ececeh. Ayat cannot go. tak boleh blah. sekarang semua nak dwibahasa.

Hati Taz telah beralih arah daripada dia ni,




kepada yang ni




Babai Matsumoto Jun. dah bosan la ngan awak. awak punye kerinting pun tak hot macam lee min ho kekasih baru saya. haha. inaff taz inaff. perasan je lebih.

Ok kita teruskan ke segmen seterusnya. saja nak cerita laptop aku dah beralih arah jugak tp kerana terpaksa bukan kerana rela hati dan perasan macam tuan dia. Dia dah bertukar dari Windows 7 kepada Windows XP. abg aku la format balik suma. hari tu laptop aku apahal ntah dia badmood tak kuar apa apa pon kat windows. huhuhu. sedih. Windows 7 best. laptop aku nampak jelita je dengan warna pink pink menghiasi beliau tp sekarang dah tak jelita sebab warna biru. Dah la tuan dia tak suka biru. tsk tsk. takpe ah. redha.

Dah ah. cukup la setakat ni. banyak ah tu kan aku dah cerita. papai.