Sunday, August 30, 2009

Berbaloi-baloi :)


Eh ni bukan entry nak lelong barang la. Taz saja nak cerita pengalaman beliau ke kedai 2ringgit yang mana setiap kali beliau pergi akan rasa teruja sekali. Rasa macam tak percaya semuanya 2ringgit. Maybe ramai yang jarang pergi kedai macam ni sebab kualiti barang dia bukan elok sangat pun. Tapi sometimes kita boleh jumpa benda-benda berguna kat sini. Tak percaya pergila tengok.

Tadi i pergi bazaar ramadhan singgah jap kat kedai 2ringgit sebab nak cari sesuatu. Hehe. Sesuatu adalah bermakna satu barang tapi i dah terbeli beberapa barang :p Jom tengok barang apa i beli kat IKEA tadi. Eh salah. Kedai 2ringgit.



Ok ni la tujuan utama sebenarnya :) Biasalah duduk rumah maktok bilik i tak lengkap. Baju, tudung apa semua main sangkut je kat tombol pintu. Tak pun letak kat atas katil. Tak pun letak kat kerusi. Kerusi tu pun ambik meja makan maktok punya kerusi. Tsk. Kasihan. Jadi dengan wujudnya penyangkut serbaguna ni kemas la sikit bilik anak dara. kahkahkah


Yang ni i ternampak tadi. Wah banyaknya. Macam-macam warna ada :) Terkenang zaman dekat UiTM Segamat (cehceh budget macam sepuluh tahun lepas padahal baru je tahun lepas) Satu bilik i semua pakai bakul baju ni lain-lain warna :) pastu masing-masing beli dekat kedai 2ringgit Segamat. Haha.

Terlalu suka sampai nak ambik dua. :')

Yang ni pun :) I nampak ni teringat bunga-bunga cinta comel dan rama-rama indah yang i guna untuk buat kad. Yes! Boleh simpan dalam ni. COMEL dan jimat ruang sebab sebelum ni i guna bekas kecik yang orang buat jual kuih pelita moden macam dekat blog Liyana Jasmay tu eh eh salah. Blog Ynn :) Click nama Ynn kalau nak tengok rupa bekas.

Ha yang ni pun best. Mana nak dapat salotape macam ni harga RM2? Bagitau i sekarang? *taz apsal kau emo pulak ni* I dah guna. Salotape dia pun elok je :) Tajam pulak tu pisau pemotong dia. Ngeri pulak guna ayat pisau pemotong.

Ok sebagai seorang paper crafter, alat-alat begini memang berguna untuk i.

Sekali lagi, sebagai seorang paper crafter mestilah i nak guna riben untuk hiasan sampingan kan? Harga kad i akan jadi lebih murah lepas ni :) Dont worry riben dia sama je kualiti macam yang ada dekat kedai-kedai barangan menjahit. I dah compare dengan riben-riben i beli sebelum ni. Tapi kalau guna riben yang i beli dekat Lovely Lace tu, memang la lebih berkualiti. Harga kad pun mahal sikit. Customer i sekarang sila buat pilihan nak guna riben 2ringgit atau riben Lovely Lace. haha. Mengada lah kau ni Taz.

Yang ni pun sama macam dekat atas :) sukenyeeee.

Hahahaha. Yang ni kalau jumpa dekat kedai 2ringgit JANGAN LA BELI. Yang ni Taz beli dekat farmasi masa singgah beli ubat Maktok. Biasalah mata i cepat je alert dengan barang-barang yang ada free gift macam ni. Harga pun untuk harga deodorant je. Lepas tu dapat Intensive Milk free hahahahaha sukanya. Eh kantoi pulak guna deodorant Nivea. Nak tipu kata Maktok punya macam tak munasabah pulak.


Ok dekat sini i nak bagi nasihat kepada penggemar kedai 2ringgit yang selalu teruja macam i ni. Sila jangan teruja jugak kalau tengok pencuci muka Safi Balkis, ubat gigi Colgate Total, keropok Super Ring yang ada 30 paket kat dalam tu, barang-barang kosmetik macam maskara ke lipstik ke dengan harga RM2. Kalau barang-barang macam dalam gambar atas takpe la. Eh deodorant tu tak termasuk. Sebab kalau barang-barang yang kita guna untuk penjagaan diri atau bahan makanan, kita tak tau kualiti dia macam mana. Mungkin barang-barang reject dari kilang sebab tu senang je dia nak bagi harga murah. Tak pun brand tipu. Bateri pun sama. Memang la murah tapi kalau rosak barang yang nak guna tu macam kamera ke ape ke, kan ke haru. Beli lah dekat 7eleven atau Guardian atau Watson atau mana2 pilihan anda.


Ok lah. Tu je nak cerita. Baibai.

Saturday, August 22, 2009

PUASA :)

Assalamualaikum kawan2. cehceh. sopannya saya >_<

Firstly sorry sebab lama tak update. BUSY SANGAT SANGAT. Dah la last entry cerita pasal demam ape sume habis ramai tertanya-tanya saya ni masih wujud ke tak ke atau dengan bahasa kasarnye hidup lagi ke tak. Cehceh padahal 2,3 orang je tanya macam la ko ni artis Taz oi. ALHAMDULILLAH saya sihat je. Demam selesema dah lama hilang.

Dengan ini diisytiharkan hari ini puasa. Weee seronoknya. Tak payah bukak gerai awal awal lagi. Eh salah. Seronoknya dapat menjalani ibadah puasa bersama keluarga selama SEBULAN. InsyaAllah. Eh perasan. Kamu tu perempuan bukan lelaki. Dah lama tak rasa macam ni. Dulu puasa kat Segamat bukak puasa hari hari dengan si dia sampai roommate pun merajuk. Dapat puasa kat rumah sehari dua je kot? Then cuti raya pulak sekali dengan study week. Tak rasa nikmat raya langsung. Puasa tahun ni DEKAT RUMAH SEPENUHNYA DAN RAYA PUN LANTAK KAU LAH TAZ NAK RAYA SAMPAI SEBULAN DUA PUN. Kepada kawan kawan yang dapat cuti pendek tu, takpe. Belajar lebih penting. ececeh.

Oh. Hari tu dapat mesej pelawaan untuk mengikuti Ijazah Sarjana Muda sesi Dis 2009 lepas tu dia suruh pergi Student Portal untuk pilihan program. Masalahnya adalah, dah pergi student portal, dah click pelawaan untuk bla bla bla tapi keluar homepage student portal balik. Weh ape ni. Ikhlas ke tak nak bagi aku sambung belajar ni? Main-main pulak dia. Isnin nanti i nak call HEA je senang sikit.

Ok. Tu je. Selamat berpuasa semua. Jangan buat-buat lupa pulak nak korek hidung masa tengahari. haha

Monday, August 10, 2009

Sebarkan.

Dah 2 hari selesema + demam. Harap-harap demam biasa je. Kawan-kawan jom baca doa menghindarkan diri dari penyakit atau wabak. Takut betul sekarang ni dengan kes H1N1.

*click untuk kanta pembesar*



ambik kat sini.

Saturday, August 8, 2009

Surprise?

Macam kelakar je nak cakap ni surprise. Surprise tu macam kejutan atau kezutan atau rambutan atau sambutan eh salah salah.

Apa yang Taz cakap surprise semalam tu sebenarnya adalah hadiah untuk followers-followers blog Taz yang tak seberapa ni ececeh :p Sebenarnya penat sangat malam ni i ingat nak post esok je tapi janji tetap janji kan?

Ok semua. Masa yang ditunggu-tunggu telah tiba. Siapa cepat dia dapat. Semua pun tau kan i ada gift shop yang sekarang ni hanya ada greeting card sahaja sebagai produk utama buat masa sekarang. So, i dengan suka hatinya nak buatkan kad raya untuk 5 followers terawal comment dekat entry ni dengan mengomen, "Taz comel cantik jelita, saya nak kad raya dari awak boleh?" hahaha gila gedik Taz. Tapi syarat tetap syarat korang kena ikut je walaupun rasa-rasa nak muntah komen gitu.

Taz suka bagi orang kad raya. Tak best la kalau asyik nak bagi e-card je kan. Mentang-mentang dah maju :( Sesiapa yang 5 terawal i akan bagitahu. Tak payah bagitahu pun takpe korang tengok sendiri je kat comment nanti. Kepada mereka yang bertuah sila emailkan alamat anda nanti. Wah bestnye nak raya :D


*Yang tak berpeluang jangan putus harapan tahun depan ada lagi :)

Friday, August 7, 2009

Kak, air sirap selasih satu kak .Nak ikat reben tau.

Assalamualaikum semua :) Ada sesiapa rindu i? Takde? Takpe lah. :(

Saya telah mendiamkan diri selama beberapa hari ni. Blog ni pun terabai takde siape bagi makan. Kesian. Takpe. Yang sebenarnya nak cerita bahawasanya saya telah memulakan perniagaan kecil-kecilan di depan rumah maktok :) Dulu dok pikir nak kerja apa cuti ni untuk kumpul duit sambung degree nanti kan? Ha sekarang tak payah susah2 fikir. Saya nak berniaga je. Lagi best kerja sendiri boleh praktis buat akaun setiap hari takde lah nanti sambung belajar otak beku pulak kan nak mengadap subjek account. Cehceh. macam complicated sangat je account dia padahal bukan bukak company pun. Lagipun dah nak puasa ni lagi best main jual-jual. Eh bukan main-main. Ni betul-betul. Macam tak percaya je i dah jadi tokey hahahahahaha kelakar sungguh.


Sekarang nak cerita lah kan menu-menu apa yang ada dijual. Air sirap selasih, air jambu, jambu batu, rojak buah, keropok lekor, pisang goreng, keledek goreng, cucur udang dan itu sahaja. Menu lain bakal menyusul kemudian hahaha. Nasib baik kakak dengan ibu tolong. Maktok pun sama yang buat kuah rojak tu dia lah. Sedap hingga menjilat lidi.


First day memang penat gila ah kan sampai kekasih sendiri pun terabai. Nasib baik dia memahami walaupun dia emo kejap lepas tu dia minta maaf sebab dia faham kerjaya saya. Woi bukan kerjaya la. Takkan sampai bila2 nak berniaga je. Ini hanya untuk sementara. Ayahchik cakap bila dah sambung belajar nanti boleh la upah pekerja suruh uruskan. Cehceh macam maju sangat la pulak. Tengok la nanti macam mana. Maybe bagi orang lain je lah yang buat pulak. Saya nak sambung belajar.


Esok ada surprise untuk pembaca tazpunyeblog. Make sure korang sentiasa alert setiap jam bila-bila i update nanti esok sebab bagi sesiapa yang terlambat akan rugi hahahahaha. Ntah apa-apa Taz ni. Ok lah malas nak merapu lagi. Babai semua.


* Ingat nak update esok-esok je tapi sangat teruja hari ni sebab jualan dapat dalam RM 105/-. Alhamdulillah :)
** Nasib baik takde orang beli air suruh ikat reben.

Sunday, August 2, 2009

Award & Tag

Hai semuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! Annoying betul nak panjang2 :p

Ok taknak cerita panjang2 Taz nak jawab tag and berlagak dengan award yang Taz dapat je. Ok semua duduk diam2. Popcorn dah beli? Nak air amek kat dapur. Kalau nak buat ice-blended milo pergi belajar kat blog Dzul.


Sorry kepada sesiapa yang tag Taz tapi Taz tak jawab :( Antara sebab2nye adalah sebab yang menyebabkan penyebab itu terjadi adalah kerana bersebab sebab ok ok sebenarnya sebab Taz dah pernah buat tag tersebut :)


Tag yang ni datangnye daripada Kak Afzan :) Beliau merupakan kawan kepada kakak saya dan juga kawan kepada kami adik beradik siap masa kecik2 dulu kitorang main Hang Tuah Hang Jebat dekat rumah saya masa ibu dengan ayah takde. Sangat la best! Ok terus jawab tag :)


1. Nak tau sangat nama singkatan korang,umo dan dok mana....???

Nama penuh sila tengok sebelah tepi kiri.
Nama panggilan yang pernah orang panggil banyak sangat meh i senaraikan;
- Nurul (masa kerja mcD dulu nametag saya tulis nama ni lah. Semua orang pun panggil saya Nurul kat sana)
- Yuyui (Abg Jo manager McD panggil nama ni)
- Taz ( Yang ni majoriti. 97% manusia dalam hidup saya panggil nama ni)
- Tash ( Ha yang ni mereka yang berlidah pendek iaitu pelat :p)
- Kiah ( Yang ni mak kekasih hati panggil. ececeh. Suka i :)
- Asha ( Ibu yang panggil nama ni)
- Aca ( Dalam dunia ni sorang ni je yang panggil nama ni. Beliau adalah Arif adikku)
- Tazkiah ( Yang ni ramai jugak panggil. Lebih afdhal sebab membawa maksud yang baik :)
- TJ ( Ha yang ni budak pemalas ah panggil ikut huruf depan je. Yang ni pun seorang je dalam dunia panggil begitu iaitu Hazirah si kembar)
- Trezz? ( Ingat lagi Rahilah kawan sekolah rendah panggil nama ni then dia cakap itu nama jenama seluar track suit?)haha
- Sayang ( Yang ni malas lah nak cerita kan sape yang panggil :p)

Ok rasanya itu sahaja. Oh lagi satu. Maktok panggil saya Akak :)

Umur 21 tahun. Duduk dekat Puchongbandarayabersejarah.

2.Tiap2 hari ke korang bukak Blog nih??? biasa kol berapa?? lama tak?

Celik sahaja mataku ini akan ku celikkan sekali laptopku ini. Haha. Suke hati la nak bukak hari hari pun dah blog saya. Sape lagi yang nak tengok hari2 kalau bukan diri sendiri ye dak? Lama memang lah lama. Takkan seminit je tipu la tu.


3.Bila dah on kat Blog...apa yg korang buat ek???

Ape lagi berenang itik la wakaka. ok ok be serious. Mestilah tengok statistik tepi tu angka berapa lepas tu ingat balik semalam berapa lepas tu tolakkan hari ni dengan semalam jadi berapa? Lepas tu seronok kejap sebab ada jugak orang nak datang blog ni (dramaqueen betul). lepas tu tengok shoutbox lepas tu approve comment kalau ada lepas tu jalan2 blog orang :)

4.Penah tak sedang asik melayan intenet ni... korang telah abaikan sesuatu....?

Mestilah pernah. Rafiz sms terlupa reply, panaskan lauk sampai kering kontang, lepas tu maktok panggil buat2 tak dengar pastu nanti kena marah :p

5. Macamana cara korang masak maggie ek?

Kalau nak sedap tumis la bawang putih udang letak telur ape semua tapi kalau nak cepat guna lah air panas je.

6. hubby korang tau tak korang ada blog ni.... penah tak hubby korang baca blog korang????

Hubby? Adakah bermaksud suami? Weh ni tag untuk orang dah kawen la haha kenapa aku jawab?

aku kasi tag ini kepada :


Taknak bagi sesiapa saya kedekut :p


sekian, sama-sama :)



Ok yang neh Award pulak. Award yang sama tapi 3 org bagi iaitu Phirdote, Syasya dan Dzul.


NYATAKAN LIMA FAKTA MENARIK TENTANG PEMBERI AWARD INI;

Phirdote

1. Beliau botak.
2. Beliau suara sedap i dengar dia nyanyi kat blog.
3. Beliau penyelamat pendrive saye :)
4.Beliau pandai buat graffiti.
5. Beliau suka berpuisi.

Syasya

1. Beliau seorang perempuan
2. Kakak beliau ada jual cupcake
3. Beliau suke Scarlett Johannson i rasa.
4. Beliau suka dekat air
5. Dan beliau suke Ryan Gosling.

Dzul

1. Beliau seorang lelaki.
2. Beliau expert buat ice-blended Milo
3. Beliau ni sikacakfromheaven
4. Beliau suka photography and art.
5. Beliau cakap beliau model Renoma?

OK itu sahaja :)