Wednesday, November 25, 2009

Shah Alam pulak.



Sebenarnya malas nak update. Tapi kena update jugak. Seperti yang korang tahu sebelum ni, Taz dapat further study dekat UiTM Sri Iskandar, Perak. Taz pun memang dah terima sepenuh hati walaupun terasa sayu pada mulanya sebab tak dapat tukar kampus Shah Alam. Ececey malu pulak guna ayat sayu² ni. Haha. Ok whatever. Berbalik ke cerita asal, Taz dah siap fikir segala kebaikan dan keuntungan kalau belajar dekat Perak sana.

Contohnya pertama, boleh selalu pergi rumah Cik Piah, makcik Taz, yang dah lamaaaa gila tak pergi rumah dia. Keduanya, boleh mengurangkan perbelanjaan sebab dengar² dekat sana tak berapa nak bandar so kebarangkalian untuk enjoy adalah agak nipis jadi boleh lah kiranya kalau nak meng-fokus-kan diri kepada pelajaran ececey :') Ketiga, kakak Taz pun dapat dekat sana jugak, jadi agak teruja kerana dapat belajar di negeri orang bersama² dengan kakak tercinta kahkahkah. Mengada gila Taz. Keempatnya, seronok jugak belajar jauh² ni sebab nanti bila raya ada sikit perasaan teruja untuk balik ke kampung halaman sambil nyanyi lagu Sudirman, Balik Kampung. Ok dah. Yang keempat tu saje tambah.

Tapi petang tadi, bila Taz check balik surat tawaran tu, dah tukar kampus Shah Alam. Mula² memang rasa blur sikit taktau nak happy ke tidak sebab Taz memang dah excited nak pergi Perak atas ketiga² sebab diatas. Tapi bila fikir² balik, Taz bersyukur dapat dekat Shah Alam :) Dekat dengan family semua. Lepas tu kalau ada apa² senang nak balik rumah :D Lepas tu boleh belajar dengan Cik Tasha kesayangan :') Ok lah. Mana² pun boleh. Asalkan dapat belajar dengan aman. Thanks Uncle Faris. :)

p/s; kepada Razman, sila bentang karpet merah. hahaha.



Friday, November 20, 2009

2012



Hari ni pagi² dah bangun terus nak kemas rumah. Tak pernah². Selalu berlengah² tidur² ayam kejap. Haha. Poyo ayat tidur² ayam. Padahal sambung tidur selagi Maktok tak bising suruh bangun. Hari ni lain sikit sebab semalam dah plan nak tengok movie cerita 2012. So kena bangun awal kemas² lepas tu tolong Maktok masak sikit² je supaya masa keluar hati senang kerja rumah dah siap.

Taz pergi dekat IOI Mall, Puchong je. Malas lah nak pergi jauh². Tiket wayang pukul 3 so sebelum cerita start kitaorang pergi jalan² dekat kedai barangan Jepun yang harga dia semua RM5. Semua barang dalam tu diimport dari Jepun. Tak ingat la apa nama kedai tu. Haha. Ingat kan kalau dah pergi kedai tu, beli barang² yang ada ciri² ke-Jepun-an macam chopstick ke, face-roller ke, ape ke. Last² beli benda ni.

Rantai adik i beli. Cincin i beli.

Tumbuk orang pun best. Hihi :P

Taz dengan adik.

Baik pergi kedai RM2 je. Ade jugak kot. Tapi takpe la. I jatuh cinta dekat cincin tu sampai hati i meronta² untuk memiliki beliau. Haha. Ada lagi satu i beli. Iaitu sebuah purse yang boleh muat masuk duit, pendrive, kunci basikal, handphone, make up apa semua. Nak upload gambar malas pulak. Tak penting pun. :P

Hari ini ada sebuah pembaharuan dalam hidup i iaitu i dah boleh upload gambar dekat twitter guna handphone. Hiihii. Dulu tak boleh sebab i punya MMS setting ada problem. Sekarang dah boleh :) Nanti senang la nak tunjuk gambar dekat korang kalau i pergi mana² nanti. Cepat dan pantas tapi mahal la kena cas 25sen. Tapi tak mengapa. Apa² pun, jangan lupa follow Twitter Taz. Babai.



Tuesday, November 17, 2009

PERAK



Hai korang! Taz dapat sambung degree dekat UiTM Sri Iskandar, Perak. Bachelor in Accountancy. Jauhnyeee. Mula² macam sedih la sebab dapat Perak. I kan nak dekat Shah Alam. Nanti siapa nak duduk dengan Maktok kalau i takde? Mesti dia sedih dengar i dapat dekat Perak ececey haha

Tapi tak mengapa. Uncle Taz lupa nak hantarkan surat permohonan untuk mintak kampus Shah Alam yang Taz buat tu dekat dekan. Sekarang beliau dekat Shanghai nanti balik beliau uruskan. Kalau takde rezeki, redha saje. Perak pun not bad. Kampus dia cantik. Cuma panas je la dekat sana.

Ok la. Babai.



Friday, November 13, 2009

Memang Tak Best.



Ok. Straight to the point. Seriously memang tak feel online guna PC lain. Eh apa kau ni Taz nak feel² pulak. Tapi betul la. Kalau dah biasa dengan laptop sendiri, rasa kurang seronok nak online guna PC lain. Astaghfirullahalazim. Bersyukur la wahai Taz kerana kakak kamu baik hati memasang PC beliau di rumah Maktok walaupun untuk kegunaan dia sendiri. Kamu pun boleh tumpang guna untuk update entry minta simpati ini.

Hari itu, pada hari yang bertarikh 6 November 2009, tamatlah riwayat sekeping laptop COMPAQ milik i. EH haha. Suka hati je kata macam tu. Tunggu abang i balik la tengok dia boleh betulkan ke tak. Tapi rasa macam dia dah malas je nak tolong betulkan laptop tu. Asal dia balik je, ade yang rosak. Memang suwey sweet kan laptop i tu.

Sedih tau hari tu. Bangun² pagi tanpa menggosok gigi i terus dengan setianya nak on laptop. Tapi sangat sedih bila beliau tak boleh on. Betapa tergurisnya hati ini. Tapi tak mengapa. I tabahkan juga hati dengan berkata "Mungkin beliau mahu berehat sebentar kerana terlalu penat digunakan dengan begitu lama". Jadi, i terus mandi kemas rumah segala seperti kebiasaan seorang gadis melayu atau dengan lebih tepat lagi sebagai seorang bibik sementara di rumah ini dengan niat agar dapat memberi masa untuk laptop kesayangan berehat semahunya.

Tapi, beliau masih menghampakan i kerana tak mahu berfungsi juga seperti biasa :'( Sehinggalah kehari ini pun, beliau masih berkeadaan demikian rupa. Apa perlu buat, nasi sudah menjadi bubur. Abang i tengah exam sekarang. Takkan nak suruh beliau balik. Tunggu je la. InsyaAllah kalau ada rezeki, pulih la semula laptop i tu. Eh macam kelakar guna perkataan pulih. Ulang balik. InsyaAllah kalau ada rezeki, elok la semula laptop i tu.

Sekarang tengah tunggu result UiTM. Dapat ke tidak nak sambung degree ni. Surat rasmi untuk mohon kampus Shah Alam dah hantar. Minta² dapat. I ingat, degree nanti nak tukar laptop baru. Tak pun masuk contest DELL tu. Boleh dapat free. Itu pun kalau menang. Kalau tak, kena lah kumpul duit sendiri. Korang nak tolong i kumpul duit tak ha? Tempah la kad banyak² dekat sini. Tak pun klik iklan Nuffnang i kalau korang jumpa. Sehari klik lapan kali pun takpe. :')

I ada seorang adik sepupu kesayangan ni, eh bukan seorang tapi semua i sayang, tapi nak cerita yang seorang ni. Dia suruh la i tolong buatkan nama dia guna tali yang macam orang selalu buat tu, then bila i dah buat, dia suruh i jual dekat sekolah dia pulak. Hahaha. Mentang² i ketandusan hiburan sekarang sebab laptop takde. Tapi betul jugak. Boleh isi masa lapang sambil dapat duit sikit :')

Tau la korang pun pandai buat. Ape salahnya i nak berlagak kejap :P

Nah lagi.


Haha. Lepas ni siapa yang beli kad dekat i, i nak bagi free gift ni lah. Ececey nak promote pulak. Dah la. Penat la malam² ni menaip dalam gelap. Dah la tadi kakak i ter-spray Ridsect dekat rambut i. Konon dalam gelap, tak nampak la tu. Nak pergi cucilah. Babai.


Thursday, November 5, 2009

Lepas Ni Dah Malas Nak Tukar Layout Lagi.



Dulu Taz suka sangat tukar² layout. Macam² dah layout Taz guna sebab cepat sangat bosan. Haha. Lepas tu bila dah tukar layout tu, memang masalah lah kan bila gadget² semua hilang. Fuhh. Penat tu nak buat balik semua. Nasib baik buat back up copy code dekat notepad lepas tu paste balik macam mula². Cuma yang tak syok tu nak letak link blogger² lain. Kalau dua tiga orang tak pe la jugak. Ini berpuluh² link. Sebab tu masa baru² tukar layout 3 column yang Taz pakai ni, Taz takde letak link blogger² lain. Macam bajet bagus je kan taknak letak link orang lain. Cehceh. Haha. Bukan apa, sebenarnya sebab takut nanti terasa nak tukar layout lain pulak. Hish.

Sekarang ni dah malas dah nak tukar layout. Kalau agak² boring, Taz tukar corak background je lah. Lagipun takde effect ape² pun. Sebab tu dua tiga hari ni background asyik bertukar macam chameleon je. Haha. Eh, chameleon kan binatang yang tukar² warna tu? Kalau salah buat malu je.

Ok, terus kepada niat sebenar, Taz sebenarnya nak letak link² blogger lain yang ada link kan blog Taz dekat blog dia dalam blog Taz supaya dapat mengeratkan tali persaudaraan antara blogger² ececey haha. Baca lagi sekali kalau tak faham. Haha. Jadi, sila tinggalkan url blog korang dekat ruangan komen, shoutbox, etc.


Eh lupa nak cakap, i terasa macam diri ini poyo pulak nak buat badge. Eh orang panggil badge ke? Lantak lah. Kalau korang nak link kan blog i dengan lebih berseri(?) gunalah link bergambar(?) yang i buat tu cari dekat tepi belah kiri :') Ntah apa² ayat. Sila abaikan penyalahgunaan bahasa dalam blog ni. Tapi kalau nak tegur dan betulkan apa² yang salah amat²lah dialu²kan. Saya budak baru belajar. Ambil galah tolong jolokkan. Buah cempedak dirumah jiran. Kalau salah tolong tunjukkan. Terima kasih daun pisang. Bye!

Update; Oh baru tau orang panggil benda tu banner. Bukan badge la Taz oi.


Tuesday, November 3, 2009

Hai, nama saya Taz.

Hoi korang. Dah lama tak update blog. Semuanya sebab ini. Eh sabar dulu. Pukul 12 malam nanti baru boleh sebab sekarang tengah private. Hehe. Jangan risau sebab blog terchenta i yang ini tak akan terabai. Kenapa i nak buat blog lain? Suka hati la dah blogspot ni free buat la banyak² i suka. Haha.

Blog ni i tulis dalam Bahasa Melayu. Yang lagi satu, i tulis dalam Bahasa Inggeris. Tak kisah lah i punya BI berterabur pun, tak salah kalau mencuba. Lagi pun menulis dalam Bahasa Inggeris kan boleh meningkatkan mutu berbahasa inggeris kita. Eh betul ke ayat i? Tengok tu, BM pun berterabur jugak. So, sama²lah kita berusaha meningkatkan penguasaan bahasa masing². Nanti i nak kahwin dengan orang jawa, kena buat blog bahasa jawa pulak :)

Ok la. Baibai :)