Friday, December 31, 2010

2011. Korang dah ready ke?

Salam korang :)

Hari ni last day untuk tahun 2010. Korang dah get ready ke? Hehee. I dah ready. Ready ni je lah. Perkara wajib kena beli setiap akhir tahun. Hihi


Bye bye planner 2010. I dah beli baru punye untuk 2011 :)

Planner ni penting untuk orang² yang banyak makan semut dengan asam. HAHAHA. Pelupa lah maksud i tuh. I ni memang cepat pelupa. Kalau korang nak diri korang well-organized belilah planner cepat² ye sebelum esok ni. PTPTN dah masuk kan? Hihii. I dah 3 tahun guna benda ni dah macam perkara wajib :)

Oh ye. Hari ni kurang sihat lah. Rasa nak demam. Tekak rasa semacam je. Hidung pulak ada hingus. Eeee geli korang baca kan? HAHAA. Tadi Maktok masak pun tak dapat nak nolong. kemas rumah je yang termampu. Nasib baik adik i ada tolong masak. Tekak macam ni memang mengada² kan? teringin nak makan itu lah ini lah. Nasib baik benda yang teringin tu senang dapat je kat kedai depan rumah. Ni ha



I bukan peminat biskut. Tak suka biskut. Biskut Hup Seng je i suka. Tapi time² tekak mengada ni, benda pelik² je dia nak. Kalah perempuan mengandung mengidam. HAHA. Ok lah. Bye! :)


Bahagia bersama.



Ececey tajuk hari ni. HAHA. Semua orang asyik nak update pasal Khairul Fahmi je kan? I pun salah seorang daripada mereka yang jakun tak pernah² nak minat bola tiba² je bila Malaysia menang perasan diri no.1 die hard fan lah kan? HAHA. I malas lah nak cerita pasal Fahmi dah semua orang asyik nak cerita pasal dia je. I nak cerita pasal girlfriend dia boleh? HAHAA

I suka gila baca blog girlfriend dia. Lagi² yang part² dia cerita pasal kisah percintaan (amboiii ayat tak boleh blah) dia dengan Encik Apex dia. HAISHH! Sangat² sweet ok. Dua² romantik. I taktau lah girlfriend dia romantik ke tak tapi dia asyik cerita Fahmi je romantik tapi i bet dia pun mesti romantik sama kan? Selalu bagi semangat, sokongan and sikap memahami. Itu yang penting kan? :) Encik Apex beliau pun sangat lah romantik. Suka buat surprise bagai. Tu paling i suka baca. Hihii. Sebab i pun suka surprise. Bila tengok cerita² korea ke apa ke, suka sangat bila si lelaki tunjuk sikap romantik menyeprisekan si perempuan. Haish. Berangan kuat. HAHA.

credit to jejariruncing

Korang nak baca kisah² romantik diorang? Nah baca sini. Dan sini. Lagi satu couple ring diorang sangat cantik. Sumpah cantik. Macam cincin² couple dalam drama² Korea je i tengok. Hehee.


Ok lah. Doakan yang terbaik untuk diorang. Semoga bahagia ke akhir hayat sampai anak cucu. Mesti kekal panjanglah hubungan diorang. Apex pun i tengok macam setia orangnya. Masa² macam sekarang ni mesti banyak ujian kan dalam hubungan diorang. Ramai dah intai² Encik Apex beliau. Artis pun duk sibuk nak suruh calling². HAHAHA. Tapi Elia sangat² memahami and sporting. Haish. Untung si Fahmi. Ok lah. Taknak cerita lebih². Doakan yang terbaik untuk diorang dan Tahniah untuk Khairul Fahmi :)

Ok. Thanks for reading. Bye! :)

Monday, December 27, 2010

Away

Salam semua! :)

Petang tadi i tengok movie lagi. HAHAHA. Cuti sem ni setiap minggu kot pergi tengok movie. Maktok dah mengomel panjang dengan kitorang. HAISH. Hehee. Tapi pergi dengan family jugak kan. Dengan ibu, kakak, adik². Amirul dengan Khaidir baru baik dari bersunat hari tu sebab tu lah ajak diorang tengok wayang. Cerita TRON Legacy :)



Sumpah best cerita tu. Bagi i la. HAHAHA. Taktau lah bagi orang lain macam mana. Haishh. Terngiang² suara Sam Flynn dekat telinga. Kenapa macho sangat suara kau? Tapi i lagi suka ayah dia. Best ah masa dia muncul dekat club tu, FUHHH! Berkarisma habis. First time tertarik tengok orang tua. HAHAHA!

Esok dua hari i takde. Pergi Kelantan. Kepada yang dah join contest tu thanks banyak². Join lah ramai² lagi :) And sesiapa yang dah join, please bagitau dekat komen eh. Kalau tak i taktau.

Ok itu saje. Wish me a safe trip everyone :)

Muka nampak putih suci tanpa jerawat sebab camera. Dia memang suka menipu.

Tuesday, December 21, 2010

Happy Birthday my Heroes :)

Hari ni birthday ayah Taz. Macam mana la boleh lupa tadi. Dah pukul 5 baru teringat. Padahal hari tu dah ingat dah. Haihh. Tadi sms kakak "Birthday ayah buat apa?" then dia reply, "Dah buat kek dah semalam". CIS. Mentang² i duduk rumah Maktok terus dilupakan. Takpe takpe. Kek je pun. Ape de hal. HAHAHA.

So, i nak ucapkan happy birthday to my beloved father, Ayah :) Semoga panjang umur Ayah. I love you so muchie much!

Oh yee. Semalam adik² i dah selamat berkhatan. Hehe. Pagi² Maktok kejut kecoh² apa entah. Rupa²nya dia nampak Amirul dengan Khaidir dalam TV. I pun lupa pulak nak bagitau dekat Maktok yang dorang bersunat tu live dekat Malaysia Hari Ini. Majlis berkhatan perdana tu di anjurkan oleh Lembaga Zakat Selangor dengan kerjasama MHI,TV3. Gila best diorang bersunat pun nak live. Untung la korang Mirul dengan Khaidir. Abang² korang tak merasa pun. HAHAHA.

Semua orang ingat Amirul yang takut and Khaidir yang berani sikit. Sebenarnya Amirul ni abang and Khaidir ni adik. Tapi Khaidir ni lagi cerdik sikit dari abang dia dalam berfikir. Rajin pun rajin. Amirul ni susah sikit. Tapi rupanya ibu cerita Khaidir yang paling penakut sekali masa nak sunat tu. Punya la menjerit satu masjid tu dengar. Sampai 5,6 orang lah kena pegangkan dia. Amirul diam je tapi ada la bunyi sikit. Tapi takde la berteriak macam adik dia tu. Hehe. Kalau dah abang tu abang jugak.

Yay! Kitorang dah. Korang dah ke? :P

Masa hari bersunat tu pun sebenarnya birthday Amirul. Perfect timing. Dapat hadiah paling best. Hehee. Amirul ni suka sangat tangkap gambar sorang². Berangan depan camera. Sama macam kakak dia. HAHAHA

Happy Birthday my hero lagi sorang. Hero la sangat! XD

Sekarang ni, tinggal Amin sorang je adik i yang belum sunat lagi. Hehee. Kesian dia sunat sorang² nanti. Hari tu dia nak join dengan abang² dia tapi tak lepas pulak sebab dia baru darjah 1. Hehee. Takpe laa, cousin Amin kan ramai lagi. Ba'im ada, Wan ada. :)

Ni Amin masa masuk pra sekolah. Comel kan? :) Tepi tu Nabiyah adik i paling bongsu.

Amin masa kecik lagi. Suka gambar bawah tu yang dengan arwah Tokbah. Comel sangat dua² tengah kunyah oren :)

Amin dengan Khaidir few years back. Apa ntah yang seronok sangat si Khaidir ni tapi happy je tengok gambar dorang ni :)

Last but not least. Ni gambar favorite i :)
Dari kiri; Amirul, Khaidir, Nabiyah & Amin.
Style kan gambar ni. Ibu yang tangkap :)

Ok itu saje. Thanks for reading :) BYE!


Day 12 - What tickles your fancy?


Hari ni nak sambung 30 days project boleh tak? Hahaa. Sepatutnya dah habis lama dah kan? Tu laaa. malas lagi :( So, next entry for my 30 days project is "Whatever tickles your fancy." Atau bahasa senangnya ialah apa² yang awak suka la.

Apa yang i suka ada banyak sangat. Taktau nak cerita mana. Tapi i nak pilih pasal Detective Conan boleh? HAHAHHAA. I suka gila dengan cerita tu. Start i suka dari masa form 2 ke form 3 tak ingat lah. Masa i darjah 6 ingat lagi cita² paling poyo i pernah ada. Dulu ada hati nak jadi detektif persendirian. Ceh! Sekarang kau amek Akaun apehal? HAHAHAA. I cari² jugak course penyiasatan ni tak jumpa pulak. KAHKAHKAH XD

Ok sambung. I memang minat gila cerita² yang ada kena mengena dengan penyiasatan, detektif² ni semua. Taktau kenapa. And Detektif Conan lah yang terbaik i pernah jumpa. Sebab apa? Sebab jalan cerita dia unik, sebab ada relate² dengan cerita Sherlock Holmes sikit², sebab watak dalam tu best². Ada Kudou Shinichi, Edogawa Conan, Mouri Ran, Kaito Kid, Haibara dan banyak lagi. Semua watak ada karakter yang tersendiri. Memang best. Jalan cerita superb.

Sesiapa yang minat Conan pun tau kan jalan cerita dia. Conan ni sebenarnya pelajar sekolah menengah tinggi yang jugak merupakan seorang detektif remaja yang terkenal bernama Shinichi. Satu hari tu dia teman girlfriend dia, or kawan baik dia dari kecik, iaitu Ran pergi Taman Tema. Dekat situ dia ternampak dua orang lelaki baju hitam yang mencurigakan. Masa dia ikut diorang, salah seorang dari diorang pukul dia dari belakang and bagi makan racun yang buatkan badan Shinichi jadi macam kanak² balik. Orang jahat dua orang tu tak tahu kesan racun tu. Diorang ingat Shinichi dah mati tapi sebenarnya dia still ada tapi dalam fizikal kanak² sekolah rendah. Hehee. Conan pun rahsiakan identiti dia dari semua orang kecuali beberapa orang yang berkaitan. Sebab tu dia tukar nama jadi Conan. Dengan Ran pun dia rahsiakan sebab nak selamatkan nyawa Ran and orang² terdekat. Dia tinggal dekat rumah Ran sebab ayah Ran detektif jugak so dia dapat la kumpul maklumat pasal organisasi hitam tu. Tapi ayah si Ran ni pulak detektif yang hampeh. Semua kes yang dia dapat kebanyakkannya Conan yang selesaikan. EH terpanjang pulak i cerita. HAHAHA

Kalau nak cerita lgi memang panjang sebab banyak watak penting lagi. Takpe la. Kalau korang berminat boleh la baca. Hehee. Komik ni kan asal dari Jepun. Dekat Jepun pun ada satu tempat nama dia CONAN TOWN. Penuh dengan patung² Conan :)

Conan dengan Ran. Kesian Ran sebab selalu rindukan Shinichi yang tiba² hilang.
Dia tak tau pun yang sebenarnya Conan yang selalu dengan dia tu Shinichi. :)


Ni patung Shinichi (#','#)
Eh tetiba kau nak buat muka blushing kan Taz?

Ni Conan dengan kawan² sekolah dia. Dia kan dah bertukar jadi kanak² so kena la masuk sekolah rendah balik. Budak² ni pun suka menyiasat and diorang tubuhkan kumpulan Detective Boys. HAHAHA. Conan tak berapa setuju sebab membahayakan nyawa diorang yang masih budak² tu. So, kalau ada apa² kes, dia lebih suka bertindak sendiri tanpa libatkan kawan² :)


"There is only one truth!" *tagline Conan*

Kereta professor Agasa. Kalau rajin baca komik or selalu tengok cerita dia memang selalu nampak la kereta kuning ni. Hehehee. Professor Agasa ni tau identiti sebenar Conan and dia yang banyak tolong Conan.



Shinichi dengan Ran. Hensem kan hensem kan? (#','#)
Lagi sekali muka blushing. KAHKAHKAH XD

Ni Hattori Heiji. Detektif macam Shinichi jugak tapi dia dari Osaka. Dia pun tau identiti Conan and selalu selesaikan kes sama² dengan Conan. Hensem jugak dan berkulit hitam manis kegemaran i? EH GATALNYAAA

Ini pulak Kaito Kid. Watak ni memang menarik habis lah. Dia ni pencuri. Macam Robin Hood la. Tapi Robin Hood mencuri and bagi pada yang susah. Kaito Kid ni pulak mencuri and pulangkan barang tu pada yang berhak. And dia baik sebenarnya. Dia pun magician. Boleh menyamar jadi sesiapa pun and boleh tiru² suara orang. Yang ni pun hensem :)

Watak² lain dalam cerita ni. :)

Ok, i nak share sikit info menarik pasal Detektif Conan yang i tau. Conan dapat ilham nama Conan tu dari penulis cerita detektif Sherlock Holmes yang termasyhur tu, Sir Arthur Conan Doyle. Suara Conan dalam tv series or movie tu sebenarnya suara perempuan. HAHAHA. Malas lah nak google nama dia. Dia penyanyi and dia pun isteri kepada Gosho Aoyama, pelukis manga yang hasilkan komik Conan ni. Tapi diorang dah cerai dah.

Eh tu je la i boleh cerita. Sangat sangat best kartun ni and tak rugi kalau korang tengok. Kalau yang tak suka tu, rugi sangat. HAHA. I prefer baca komik sebenarnya dari tengok series dekat tv. Tapi layan jugak series punya. Sama je pun. Cuma kalau baca komik lagi feel :P

Lupa pulak, start dari tahun 1997, setiap tahun bulan April akan keluar satu movie Conan. Sekarang dah ada 14 movie. Yang ke-15 akan keluar pada 16 April 2011. HEEEE TAK SABAR. Semua 14² tu i dah kumpul. My precious collection kot. :)

Ok la. Penat dah tulis. Thanks for reading. Bye! :)


Monday, December 20, 2010

Contest Teaser :)



Hai korang! Seperti yang di kata² kan kat Twitter Taz, Taz ada cakap nak buat contest. Sebenarnya sempena blog ni 3 tahun. Hehee. Taz cakap nak update pasal contest tu semalam hari Ahad. Tapi tak sempat langsung sebab Taz teman ibu dari petang sampai pukul 11 malam dekat masjid sebab hantar adik² nak bersunat. Diorang kena tidur dekat masjid sebab ada taklimat, majlis khatam Al-Quran and pagi² esok lepas subuh dah kena bersiap untuk berarak apa semua. Siap ada mandi pili bomba lagi. Kalau kat kampung² budak² bersunat mandi air sungai kan? HAHHAA. Lagi best mandi pili bomba. Rare gituu :D

Tadi pukul 11.30 malam baru Taz sampai rumah. Penat sangat so esok je la Taz update. Ni nak bagi teaser gambar hadiah utama je. Hehee. And korang jangan risau, contest sangat senang macam kacang :)

Esok ada plan nak pergi teman adik pergi jamuan kelas dia. Mana tau jalan² jumpa barang best ke boleh buat tambah hadiah kan? Ok la. Ni hadiah utama dia :)

TADAAAA!! Semua orang tau kan gipsy shawl yang comel ada beads² ni. Hehee. Taz kan jual shawl. Shawl ni banyak Taz ambik untuk diri sendiri. Setiap warna satu kot Taz ambik. MUAHAHAA. Ibu pun rembat dua. Macam mana la nak untung business kan? HAHAA. And ada lagi beberapa helai shawl ni. Printed shawl pulak semua dah habis tak dapat nak buat jadi hadiah kedua and ketiga. Yang ada sekarang pun gipsy shawl ni dengan custom made shawl yang belum publish lagi. So, sebagai menghargai readers, Taz nak bagi hadiah satu gipsy shawl ni dekat sesiapa yang bertuah. Nak bagi semua tak dapat la kan. Hehee. Nanti Taz update hadiah lagi ok? :) Eh lagi satu, yang ribbon dekat shawl tu pun hadiah. Taz buat sendiri. Cantik tak? :)

Ok la korang. Malam ni nak tidur awal sebab esok pagi
² nak tengok adik² bersunat dekat MHI TV3. Live tauuuu. Korang yang lelaki tu dulu² sunat ada ke live macam ni? HAHAA. Ok bye! Thanks for reading :)


Sunday, December 19, 2010

Awax cayunk cayeww tuck?

Cayew cayunk awax laa. Kalaw cayew tuck cayunk cayew kenew langgarr beskal jap agiww taww. Ok menyampah gila. HAHAHAA. Ni sebab gara² baca entry² lama ayat semua macam budak². Eja tunggang terbalik. Eh tapi aku takde la teruk sangat macam orang pelat gitu. Kalau pelat macam Lisa Surihani takpe la jugak. Ada la comelnya kan kan?


Adik Taz ada sorang suka sangat eja pelik². Kadang² Taz pun tak reti nak baca. Biasa la budak². Semua nak rasa comel cakap macam tu. Muahahaaa. Taz pun dulu suka tulis short² ni. Tapi bukat yang versi mengadewwww ok. HAHAA. Kalau tengok entry² lama tau la macam mana.

Semalam hari Sabtu korang buat apa? Taz pergi wedding anak perempuan Auntie Suraya, best friend ibu Taz. Anak lelaki dia pulak satu UiTM dengan Taz dekat Segamat dulu. And ada lagi sorang anak dia yang paling comel tu nama Hadi tu yang masuk Idola Kecil tu. Hehee. Before pergi wedding ingat nak pakai baju kebaya songket dengan kain pareo. Tapi sakit hati gila dengan kain tu. Dah ikat elok² lepas jalan sana sini dia jadi senget. Memang FAIL!

Ikat pun entah apa².

Last² tukar pakai baju adik. Adik ni pulak dah la keding kurus. Memang ketat sana sini tension gila rasa nak balik cepat je. Rasa gemuk gila pakai baju dia. Ibu dengan adik pun cakap Taz gemuk. Ok finee. Bukan gemuk ok lemak je terlebih sikit. HAHAA. Takpe tinggal lagi dua minggu ni sebelum start sem baru nak exercise la hari². Menari lagu SNSD ke apa ke. MUAHAHAA *gelak biadap*

Si lemak sana sini. Gambar nampak kurus SILA JANGAN TERPEDAYA!

Si kurus yang dikata²kan tadi.

Hai! Ni ayah saya. Hensem tak? :)

Ok korang. Thanks for reading. Bye! ;)


Saturday, December 18, 2010

Profile Facebook baru Tazpunye version.

Semua orang sibuk tak suka profile Facebook baru. Taz pun tak suka mula² sebab macam serabut. Tapi lama² dah terbiasa ok la tu kan? Cuba kalau mula² korang main facebook profile dia memang macam tu. Takde korang nak complain kan? Tu la manusia. Susah nak terima perubahan. Kahkahkah. Bestnya mengata orang padahal diri sendiri pun lebih kurang.

Korang mesti tau kan yang orang kecoh² pasal design profile Facebook baru yang best tu. Contoh macam bawah ni,

pic courtesy; Mr. Google

Cool kan? Anak siapa la yang kreatif punya idea tu. Sejuk perut mak dia mengandung bila dapat tau anak dia nanti kreatif design² profile facebook. Siapa nak buat pergi buat dekat SINI. Kalau tak faham ada instruction dekat bawah dia tu. Taz dah buat tapi sakit hati gila mata jadi senget. Apa yang salah entahh. Dia jadi macam bawah ni,


Korang jangan nak cakap mata aku memang senget eh. HAHAA. So, dengan perasaan hampa dan tak puas hati, Taz buat la design sendiri yang memang comel pada pandangan sendiri. Hehee.



Comel tak comel tak? Suka tak? Saya sukaaaa sangat sangatt. Lagi pun yang macam ni lagi best sebab Taz tak suka profile pic panjang². Ceh padahal sebab buat tak jadi. Ok sesiapa pun jangan main² tag gambar eh nanti rosak profile i. Hahaha. Eh korang taknak try buat ke? :)

Ok la itu saje. Thanks for reading. Bye korang! :)


3 Tahun :)



Hai blog. Selamat ulangtahun ke 3 kita bersama :)
Sayang awak!



Thursday, December 16, 2010

Jangan takut nak pakai inner cotton.


HAHAHAA. Tajuk macam apa entah kan? Ok ni update last untuk hari ni. Hihi. Kan tadi Taz ada cerita Taz beli inner cotton kan? Sebenarnya sebelum ni Taz taknak pakai langsung inner cotton sebab takut nampak muka bulat. Masa first time beli sebab nak try² je. Balik je rumah bila try depan cermin terus bersumpah dalam hati taknak pakai seumur hidup. Ececeyh. Hiperbola je ayat kau. Terus terasa macam diri ni dengan inner cotton takkan serasi bersama selamanya. HAHAA. Jiwang pulak dah. Ok nak tengok macam mana rupa Taz mula² pakai inner cotton?

Jeng Jengg
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

AMBIK KAU SEBIJIK MACAM BIBIK INDON! hahaa

Lepas tu terus simpan inner tu dalam almari dekat tempat paling dalam sekali sebab dah taknak tengok dah muka dia. Rasa menyesal gila beli buat bazir duit je. Memang down gila laa rasa sebab tengok orang lain pakai ok je. Hahaaa. Poyo kan budak ni? Macam la bila orang lain pakai ok kau pakai jadi cantik kan? HAHAA

Lepas tu Taz ternampak dekat blog jual² shawl ada customer komen tanya macamana nak pakai inner cotton supaya tak nampak muka bulat. Rupa²nya kite kena turunkan dia sampai bawah tulang pipi so tertutup la pipi kita yang bulat montel gebu (ewww) tu.

So masa hari raya hari tu Taz try la pakai lagi sekali ikut cara² yang diberi. Keputusannya memang memuaskan. Hahaa. Pipi saya nampak lebih kurus dan slim setelah mengamalkan JUSMATE 5 keluaran Dr Rozmey. EH? Hahaa. Takde lah. Pipi tak nampak bulat dah macam gambar atas tu tadi. Nampak macam ni :)




Fine. Kalau dah tembam tu tembam jugak. Tapi yang ni ok lagi dari bibik indon atas tadi.

So, kepada yang takut² nak tukar style pakai inner, jangan takut² dah. Tapi ada je orang yang pakai macam bibik indon atas tu nampak cantik. Jangan risau la. Pakai ikut kehendak kita. Yang penting selesa :)

Byebye! And thanks for reading :)


Hari ni korang buat apa?

Kan dah cakap, mood berblogging tengah ada.. So, sila jangan menyampah kalau sehari Taz update 3,4 kali. Muahahaha! Eh hari ni korang buat apa? Ada benda best² ke? Hari ni Taz tak buat apa sangat. Duduk rumah je. Kemas² rumah, dapur, masak nasi, lauk tak masak sebab Maksu bagi lauk. Lepas tu online. Heheee. And hari ni Taz hias² dinding bilik sikit. Saje isi masa lapang. :)

Ni dinding sebelum di make over. Ececeyh ayat nak make over je.
Padahal murahan punya make over. :P

Tadaaa! Taz tambah² bulan dan bintang. Macam budak² kan? Whateverrr. HAHA
Susunan pun tak berapa cantik jap lagi nak susun balik.

Beli ni dekat kedai favorite; DAISO :)

Sebenarnya kena gantung macam ni. Tak best macam ni. Nak tampal sepah² jugak. :)

Semalam Taz buat benda atas ni. Guna felt. Ingat nak tampal dekat dinding tapi takde gambar lagi nak letak. Hehee. Takkan nak letak frame kosong je kan? Lagipun taktau nak letak kat dinding mana and tak fikir lagi nak susun macam mana. Citarasa budak² kan ni? Haihh. Padahal umur dah puluhan -.-'

Eh tengahari tadi ada parcel sampai. Dari semalam tunggu hari ni sampai jugak dia. Taz beli inner cotton. Hehee. Banyakk. Dah macam pelangi dah :)

Ni semua koleksi peribadi ye bukan untuk jual. Hehee. Tapi bukan la sekali semua ni Taz beli terus. Ada yang dah beli lama dulu. Bila susun² jadi cantik pulak. Semua warna ada kot. Korang suka pakai inner cotton? Best kan? :) Taz beli kat sini (MilqynWay Fashion). Banyak warna ada. Murah je. RM5 satu :)

Ok la. Thanks for reading :)

Rindu ini blog :)

ihsan Photoscape :')

Hai koranggg! :) Apa khabar? Heeee.. Serius Taz rindu sangat blog ni. Dulu semangat blogging malas sebab tu nak focus on one blog je iaitu blog yang ini (sila klik). Tapi lama² rindu pulak blog asal yang ni T___T

Seronok baca blog² korang yang masih konsisten berblogging ni. Hehee. Jeles pulak. Rumah sewa Taz la takde internet sem lepas. Kalau nak online je pergi cc. Tu pun bukan boleh lama mati la hari² nak pergi cc berjam² lepas tu duit nak makan tak cukup lepas tu sibuk nak pinjam mak ayah abang kakak adik² semua. Tengok sampai tak sempat nak letak koma excited punya pasal. Hahaha. Tapi, sem akan datang ni kitorang nak masukkan wireless. So boleh la online. Tapi taknak la online je bila nak study kan?

Dua tiga hari lepas la i was browsing through my older post, baru perasan lusa neh blog gua dah nak masuk 3 tahun. Ayat dulu² pun masih kanak² mentah. Hahaa. Seronok pulak baca² balik. 3 tahun? Macam tak percaya je kan? So i decided to keep on writing babbling crapping whatsoever in this blog :) Boleh kannn? So, ignore my previous post ok :D

Saturday, October 30, 2010

Pindah.



Update selepas ni dekat blog dibawah.

This is her blog.

Blog ini tidak akan ditutup. Cuma tidak akan ber-update.
Hihi. Ok bye. :)


Sunday, September 19, 2010

2 Syawal yang sangat best! :)

Hello! Macamana raya korang so far? Hehee. Even ramai orang kata raya boring dah sekarang, i rasa sama je kot. Memang la kurang meriah macam masa kecik² dulu, tapi buat² je la happy kan? Hehee. Tapi memang happy pun bagi Taz. Sebab dapat duit raya, makan best² lepas tu jumpa sanak saudara :)

Hari ni nak update pasal raya kedua hari tu yang memang best gila² bagi kitorang adik beradik. Hehee. Nak tau sebab apa? Sebabnya kitorang balik kampung yang tak pernah seumur hidup kitorang balik masa time raya. Masa time bukan raya pun tak pernah la kot. Kalau ada pun maybe masa kecik tapi serius rasa macam tak pernah. Sebab bila sampai je, kitorang semua macam, "Eh. Dah sampai ke?" or "Rumah siapa ni?" dan "Kampung kita ke ni?" Hahaa. Serius batak gila tak pernah tengok kampung sendiri.

Sebab kitorang tak balik kampung ni maybe sebab Atok dengan Nenek sebelah ayah dah takde so kitorang cuma raya dekat Puchong je sebab Arwah Tokbah dengan Maktok (Atok Nenek sebelah Ibu) ada dekat sini. Tu la kot penyebab utamanya. Jom tengok perjalanan balik kampung kami sekeluarga ke Bagan Serai, Perak. :)

Sebelum bergerak, tangkap gambar dulu.

Perjalanan yang mengujakan. Hahaaa. Padahal tidur je dalam kereta -__-'

Singgah RnR jap buang segala yang mengganggu ketenteraman. Haha

Ni la rumah ayah Taz kat kampung tu :) Sumpah cantik gila.
Antik kan kan kan??

First time datang mesti kena tangkap gambar. Tak sempat nak masuk rumah dulu.

Tengok tu betapa antiknya rumah ni. Dibina pada tahun 1930. Hehee. Siap ada tanda lagi. Nampak tak nampak tak? :)

Jom kita merobohkan tangga!! Eh jangan jangan. Hehee

Family portrait. Ni gambar family Abang Chak.

Dapur. Memang antik dan lama :)

Ni bilik ayah Taz masa dia kecik² dulu. :)

Ni ruang tamu. Comel kan sarung kusyen tu. :)

Ayah cakap ni peti besi. Batak gila nak tangkap gambar ni jugak sebab terasa sangat antik. Hehee

Kanak kanak keriangan. Seronok la kau Nabiyah kecik² dah tengok kampung.
Kitorang ni dah tua² baru berkesempatan. Hehee

Masing² tengok kartun. Antik² kampung i pun astro mesti adaa. Hehe

Ibu dengan ayah borak² dengan Kak Jah. She's the one yang tinggal dekat rumah ni. Kalau tak salah la kitorang panggil dia Kak Jah. Tak berapa ingat la sebab first time jumpa kan. Haih. Kena bukak salasilah keluarga ni. Fail! T____T

Dia pun happy jumpa kitorang. Terkejut sebab semua dah besar² dan RAMAI. Haha. Tu yang penting. And dia sangat baik. :)


Sebenarnya kitorang tak banyak habiskan masa dekat rumah tu. Kitorang banyak lepak² rumah depan rumah tu. Hehe. Ada Abg Zarul, Abang Zul dan mak mereka. Lupa jugak nak panggil apa. Fail lagi sekali disitu. T____T

Bergambar sebelum bergerak ke rumah lagi satu iaitu kalau tak salah kampung Cik Ya suami Cik Piah iaitu kakak ayah Taz. Satu²nya adik beradik ayah yang tinggal. Rumah ni pun best wooo. Ada bendang :)

Tengok i tak tipu. Cantik kan cantik kan? :)

Wajib ye. Hehee.








Kat rumah ni kitorang makan Mee mamak Ipoh. Sedaaaap gila tapi Taz dapat rasa sikit je :( Kitorang bertolak balik malam tu jugak dengan Auntie Anisa and Uncle Zainal sebab kebetulan diorang pun balik Perak jugak. Begitulah pengalaman pertama kitorang beraya dekat kampung ayah. Best gila² wa cakap luu. Hahaa. Ok lah. Bye! Thanks for reading :)