Tuesday, June 1, 2010

Jangan salahkan saya T______________T

Haha. Tajuk nak sedih je kan? Beria je si Taz ni nak join 30days Project tu tapi hampeh. Memang dah bersawang dah blog ni. Haih.

Ok. Jangan salahkan saya kenapa ia terjadi. Salahkan game itu. Game itu yang bersalah. Habis masa-masa berharga telah dicuri oleh game tersebut. Driving class tertangguh dah seminggu. Bunga telur abg saya pun berkotak-kotak tak siap lagi sebab tertangguh gara-gara game itu juga. Saya memang seorang yang tak akan terjebak dengan game-game ni. Kecuali lah game-game penyiasatan yang mencari-cari barang. Itu memang favourite lah kan. Game saloon-saloon, jaga-jaga anak orang, kemas-kemas rumah orang, berkebun, menternak binatang dan segalanya memang saya pandang sebelah mata je. Kalau boleh taknak pandang pun. Haha. Gila jahat.

Tetapi, game ini telah berjaya menawan hati saya yang sangat lah susah nak terjebak dengan game. Nak tahu apa game yang misteri nusantara sangat tu? Haaaa. Jeng jeng jeng. Ayat nak suspen je. Haha. Game tu adalah game karaoke yang bernama UltraStar Deluxe. Kehkehkeh. Macam mana la saya tak ketagih kalau dah hobi saya ni berkokok eh salah salah, berkaraoke di jamban2 berdekatan. Nak karaoke sewa bilik tu tak pernah la. Selalu karaoke dekat karaoke jamban je. Nasib baik wangi. Mari kita sama-sama melihat game yang dimaksudkan itu. Hehehehehe

*click gambar untuk tumbesaran*

Ini lah beliau yang sangat durjana itu. Hahaha. Habis masa aku terbuang melayankan benda alah ni. Tapi sumpah best la. Haha. Bila dah install, memang kosong la takde lagu langsung. Lagu-lagu tu kena cari and tambah sendiri yawww. Jangan malas-malas kalau nak lagu best yaww. haha.

Ehem ehem. Nak berlagak sekejap. Saya ada 172 lagu buat masa sekarang. Semua adalah lagu terbaru yang best-best, lagu lama-lama zaman sekolah, dan lagu-lagu korea dan jepun tidaklah ketinggalan. Korea memang tak boleh tinggallah kan. Saya kena practice sebutan sebab ambil bahasa korea kat UiTM. Hahahaha. Alasan. Padahal ambil subjek tu pun sebab kau suka dengar lagu korea kan kan kan?

Saya ada 40 lagu-lagu Korea ye kawan-kawan. Haha. Tau la korang tak kisah langsung. Suka hati la saya nak cakap.

BigBang - Tell Me Goodbye.
Ehem ehem. Lagu terbaru mereka. Tersangat lah best ye kawan-kawan. :D


Wondergirl - Nobody
I want nobody nobody but you! :)

2PM - Without You

2PM - Tired of Waiting

Taeyang - Wedding Dress

Suju - Sorry Sorry

SNSD - Oh!
Oh oh oh oppareul saranghae :)

Ok. Habis dah berlagak dengan lagu Korea. Saya ada 35 lagu Korea, 5 lagu Jepun. Jadinya, yang selebih tu semua lagu Inggeris. Malas lah nak tunjuk banyak. Nanti macam berlagak la pulak kan. Padahal memang berlagak pun. Haha.

Jay Sean- Down
Lagu ni senang gila-gila nak score. hahaha *berlagak lagi*

Lenka- The Show
*sila jeles sekarang*

Adam Lambert - What Do You Want From Me

Black Eyed Peas - Meet Me Halfway

Lady Gaga - Bad Romance
I tak pernah pun berminat kat lagu ni. Tapi bila nyanyi kat sini rasa best lah pulak kan. Hehe.

Lepas tu, bila korang dah menyanyi melalak keluar anak tekak usus hempedu segala, nanti dia bagi markah mengikut samada suara korang hit the tone atau tak. Macam tu jugak kiranya. Nampak kan garisan biru kat video tu kan? Kalau dia tinggi sikit, maknanya kena tinggi sikit suara. Kalau, rendah, rendahla. Jangan pitching lari sudah. Dah la bising, buat kena baling pinggan je nanti dengan jiran sebelah. haha. Makanya, kalau sedap lah anda nyanyi, begini lah dia tunjuk,

Memang Ultrastar lah korang kalau hebat begini. *puji diri sendiri*

Sebaliknya, korang adalah Tone Deaf kalau nyanyi tak ikut nada. Haha. Sangatlah sedih disini.

Ada banyak peringkat. Amatuer, Rising Star, Super Star, Lead Singer etc. Paling tinggi Ultra Star lah kot sebab tak pernah lagi jumpa lagi tinggi dari tu. Hehe. Sesiapa nak download game ni, ambil dekat sini. Oh lupa. Kalau nak main kena ada mic. Tak kira la apa jenis mic pun. Saya guna mic dekat headphone je :)

24 comments:

hafiz said...
This comment has been removed by a blog administrator.
anish said...

mcm best ni! biase anis pakai mini lyrics kt laptop. bukan game la, tp bile play song kt player, kua floating lyric. nk nyanyi je keje. haha

taz, game ni,memang kuar mv jgk ke? or kite yang kne masukkan mv? :D

taz said...

hafiz; boleh3 :)

anish; yup :) kite yg masukkan mv tu :)

Winnie Cik Mastura said...

sy dah jelez dah nih.. haha..

abis akak, klu nak masukkan lagu kena masukan lagu yg ada video klip skali keh? nak download kat ane?

amy amira said...

mcm mane nak msukkan mv?waaaa,kita xcited gila tapi tak dapat2 nak msukkan lgu :(

hafiz said...

ehheee.

sizukaDeboss said...
This comment has been removed by the author.
sizukaDeboss said...

nk tanye lg.mana nk cri text file utk korean songs eh?ke bt sndiri?

taz said...

ooo. nak masukkan lagu eh. download dulu txt file then letak dalam folder song untuk ultra deluxe yg ada kat program files tu. lepas tu lagu pulak, masukkan lagu kat folder yang sama. tapi tajuk lagu kena sama betul2 dengan yang dekat dlm txt tu. video pun sama. just tambah #VIDEO mcm #MP3 tu semua. ok? :)

sizukaDeboss said...

okies beres.tapi kan.nak cari and download txt file utk lagu best2 kat mana eh*korean*suju*snsd*cough*cough*.ade website die ke?

Winnie Cik Mastura said...

hahaha. tq akak taz. sy fhm. Okey!

taz said...

sizuka; utk lagu2 korea, awak kena sign up sini

http://usasian.forumotion.net/forum.htm

lepas tu tgu diorang approve sbg member. baru la nampak tempat download tu. tapi tak lama pun dowg approve tu. dalam sehari je kite tgu hari tu.

then lepas tu, kalau nak download, kena say thank dulu sbb dowg buat benda tu tak mintak bayaran. just need some appreciation. dowh baik je. dont worry. bila dah say thanx, baru nampak link download tu. :)

noor afzan said...

amboi..rajinnya layan game camni..
huhu~

taz said...

hehe. biasa la kak. hobi :P

sizukaDeboss said...

thanx taz:D

taz said...

welcome :)
if ada masalah bgtau sbb kadang2 lirik dia prob. terlebih cepat pulak. kdg2 terlambat. hehe

ahmad endo said...

best tu...jeles aku...hehehe

nabila.nazlan said...

taz!! asl cambest lak game kau nih? nak toraiii!

ok sila bagik step by step camne nak main! tq!!


*desperate sebab buhsan dok umah plis*

taz said...

hehehe. yela yela. kite pon nak buat tutorial pasni. ramai sgt yg tanye. :)

k.i.w.i said...

mcm best je taz. tq for sharing. :)
btw, fyi, better u stop dga lagu bad romance. from what i knew, they ahv similarity with freemason.

Cik Mira said...

TAZ! bwt tutorial please tareti nak donload lagunye :( tq in advance!

yui said...

game ni memang best
tapi ade coding GAP yang tak match dengan lagu
kena adjust sendiri pulak tu
poning pun ado.
:((

lynn-the gudigudigurl said...

taz buat tutorial plis??. xreti nk main caner. huuuuu

yui said...

taz akhirnya dapat jugak level 'UltraStar' hasil nyanyian sumbang saya mendendangkan lagu Alicia keys - No one.
hahhahhahah