Wednesday, June 16, 2010

Mari Selongkar!

Hai semua! Poyo betul kan ayat pembukaan. Tak mengapalah. Saya nak jawab tag hari ni. Saya sebenarnya memang tak suka tag. Tapi tag yang ni agak menarik hati pulak kan. Terpaksalah jawab sebab dah 'dipaksa' oleh cik Sizuka. Hehe. Tag ni meminta anda semua untuk menyelongkar beg anda dan menunjukkan apa yang ada di dalamnya dan kalau rajin, ceritalah satu persatu kan. Ok. Jadi, kita mulakan dengan gambar beg dahulu.


Tadaaa! Beg murah je. RM 39.90 beli dekat Ampang Point. Beg ni je lah penolong saya letak buku-buku dan barang keperluan pergi ke kelas. Sayang sangat beliau ni :')

Dalam beg wajib lah ada beg duit ye tuan-tuan dan puan-puan. Walaupun dalam dia takde duit, tak lengkap lah diri anda kalau tiada beg duit.


Bila nak masuk tahun baru je, mesti benda ni saya nak cari dulu. Wajib ye. Wajib untuk saya yang memang pelupa. Ini adalah planner. Pen sebatang pun wajib ada dalam beg. :)

Ini semua barang-barang keperluan yang memang penting ye kawan-kawan. Mari saya terangkan satu persatu.

Cermin; Tak payah cerita banyak. Saya memang suka tengok cermin. Lalu sebelah tingkap yang boleh nampak muka sikit-sikit pun saya nak toleh.
LipIce; Biasalah. Easy make-up untuk mengelakkan muka pucat macam mayat.
Eyeliner; Wajib! Tapi taktaula sejak bila ntah saya dah kurang pakai.
Ketip kuku; Wajib! Sebab saya rimas kuku panjang.
Liquid eyeliner; Keperluan. Saya suka pakai ni :)
Tweezer; Yang ni lagi banyak kegunaan dia. Cabut segala macam bulu antaranya bulu hidung dan bulu ketiak. Haha. Tapi saya guna ni sebab saya ada habit suka cabut bulu dekat jari. Ssssh! :p

Perfume penyelamat kalau tiba-tiba terlupa pakai deodorant. Haha. Tapi tak pernah la pulak lupa pakai deodorant. Perfume perlu supaya kita sentiasa yakin ye kawan-kawan :)

Bedak talkum. Taktau la kenapa saya tak suka pakai compact powder.

Cik kipas strawberry comel. Biasalah cuaca Malaysia kan panas. Hehe

Chewing Gum untuk dikunyah setiap masa sebagai senaman mulut dan pipi. Tapi pipi tetap tembam jugak.

Vaseline. Wajib sebab saya mengalami masalah bibir kering. Alhamdulillah berkesan :)

Kalkulator. Jangan salahkan saya sebab budak akaun. Saya simpan dalam beg sebab manalah tau nak kira budget masa tengah shopping. Nanti karang tiba-tiba kat kaunter duit dalam purse tak cukup untuk menampung harga-harga barang yang dah disumbat masuk trolley tu, haru biru jadinya nanti.

Bekas contact lens extra. Kena ada sebab mana lah tau pergi jalan jauh-jauh lepas tu pakai contact lama sangat. Merbahaya ye kawan-kawan.

Kad matric kena ada sebab nak dapat tiket wayang murah.

Gambar orang-orang tersayang :')

Bateri handphone spare. Manalah tau pergi jalan jauh-jauh dan takde kemudahan nak charge handphone. Ada dalam beg pun sebab hari tu nak pergi jalan-jalan ke Perak dengan adik-adik sempat curik ambik kakak punye bateri handphone yang tak guna. :P

Ingatkan dah habis dah barang-barang dalam beg. Tonggang terbalik tetiba terkeluar benda alah ni. Hehe. Brooch pun benda wajib ada dalam beg sebab mana tau tiba-tiba menguap besar sampai tercabut pin lepas tu hilang kemana, takkan nak ikat tudung macam makcik pergi pasar pulak kan? Haha.



Ok. Sesiapa nak buat tag ni, sila lah buat :)

10 comments:

hafiz said...

ehhee... lengkap suma.. :))

hafiz said...

xsabarnya nak tggu favourite book..
ehhhee...
teruskan usaha :)

ween said...

sy selalu terlupa bwk bekas contact lens. pernah 3 kali mata kering bila jln jauh. terpaksa tanggalkan n buang contact lens sbb xda tempat nak simpan. wuhuuu. membazir membazir :(

sizukaDeboss said...

whoot.haha.tahniah sbb jadi org ptama yg buat tag nie slepas 'dipaksa'.heeeeee~

taz said...

fiz; hehe. biasa la. beg perempuan :)

ween;hehe. beli je yg spare punye letak siap2 dalam beg. takde la terlupa :)

sizuka; hehe. :p

Winnie Cik Mastura said...

haha. best gak tag nih. huhu. klu kita ada kad matrik tuh mmg boleh dpt tiket wyg murah eh kak? hahaha.

Miss Eyda said...

comelnya kipas strawberry tue. suka..kiut!

taz said...

mas; hehe. tak jugak. waktu2 tertentu je.

miss eyda; ehehe. 5ringgit je. :)

intanurulfateha ❤ said...

.sis tade cermin
.nk kene beli nehh
.kuikuikui

taz said...

sis intan; mesti! wajib tu. hehe