Saturday, June 26, 2010

Orang reunion dia pun nak jugak. Amboiii.

Hari tu kan saya pergi reunion, hari ni giliran ibu saya la pulak kan. Hehe. Orang reunion, dia pun nak reunion. Sibuk je nak tiru². :P

Tapi lagi best kalau reunion macam ibu Taz. Sebab diorang dah almost 30 years (kot?) tak jumpa lepas tu jumpa balik. Takde la macam kawan² saya tu. Setahun sekali nak buat reunion. Tahun depan jumpa, tengok dah berjambang. Tahun depan lagi jumpa, tengok rambut dah panjang sikit. Tahun depan lagi jumpa, tengok dah potong balik rambut dan seterusnya setiap tahun. Tak syok la macam tu. Hehe

Kan best bila reunion je, tiba² semua dah kahwin, bawak husband masing², bawak anak berderet tak termasuk dalam perut tu ha, lepas tu dah ada kerjaya masing² kan kan kan? Baru lah gempak reunion tu nanti. Macam ibu Taz, jumpa kawan² lepas dah berpuluh tahun, amek kau semua terkejut anak dia dah 12 orang. Hahaha. Saya rasa pun, ibu saya je la yang paling murah rezeki (anak) kat situ. Alhamdulillah. Eh aku pulak yang seronok. Hehe. Ok la, ni gambar² curi dekat facebook kawan beliau.






Ibu saya yang baju putih tu. Cantik kan beliau. Baju nak macam waiter hotel la pulak kan? Haha. I love u Ibu :)

Ok la. Babai. Thanks for reading!

*credit to auntie baju hijau biru² tu sebab gambar ambil dekat facebook dia. hehee

5 comments:

hafiz said...

Alhamdulillah ibu murah rezeki..
InsyaAllah anak2 ibu pun murah rezeki jgk tu..
amin
:)

taz said...

nak murah rezeki duit! :p
hehe

sizukaDeboss said...

kalau taz pegi reunion lepas 10 tahun agak2 da berapa org anak?:P

taz said...

agak2 eh? hehehe. agak2 ada la dalam 18. setahun kembar dua. hahaa

Winnie Cik Mastura said...

wahh. ni dah mcm jejak kasih, mesti rindu kat kwn skola dia. hehe.