Friday, June 25, 2010

Reunion :)

Ok. Dah janji semalam kan nak update pasal reunion. Taz nak rajin² sikit update sekarang ni. Semalam blogwalking dekat blog² lain, semangat untuk berblogging dah datang balik. Hehee. Boleh pulak kan? Jadi, jom kita terjah perjalanan rombongan Cik Kiah ke Bagan Lalang bersama teman² sekolah.

Entry ni terpaksa guna scroll box sebab benci la entry panjang² sangat ni. Hahaa. Ok sila scroll ye kawan².


Masa ni on the way. Berhenti tepi highway tunggu kawan² yang pergi beli ayam.

Ok dah sampai ke tempat di tuju. Dah jumpa tempat nak duduk, kaum² lelaki yang sangat lah gentleman tolong angkat barang² dan set up tempat nak membakar etc. Daus apesal muka ko macam tu? Haha

Bang, sirap selasih satu bang. Bungkus ye. Ikat tepi.

Amir sampai² terus nak landing. Dah la sorang² dia je ada alas kotak. Kesian kami yang wanita² ni berdiri taktau nak duduk mana. Nak duduk atas pasir ke? Tsk T____T

Jadi, lelaki² gentleman lain terus mencari batang kayu untuk tempat kitorang duduk² :')

Ok dah boleh duduk dengan gembira ye semuaaa :)

Buat air je dah sampai 10 orang. Eh tipu je. *hiperbola*

Berusaha dengan gigih sekali nak hidupkan api.

Berjaya! :)
Ok semua dah boleh duduk dekat gua sekarang ye.

Main masak² bermula. Bagus betul mereka. Semua mereka buat.

Kami yang perempuan hanya menunggu dah melihat.

Ayam baru sembelih basuh guna air laut. *Tipu lagi*

Makanan semua terbaik.
Terima kasih kepada Zairul kerana kuah ayam percik beliau memang terbaik.

Makanan dah siap terus nak makan dengan muka innocentnya walaupun takde nak tolong.

Teacher Roseffin yang datang kemudian untuk join kitorang :')

Anak dara beliau yang digilai ramai lebih² lagi Azreen. Haha

Orang belakang tu selaku organizer(s) tengah bincang game apa nak main.

Sesi game pun bermula. Yang ni namanya Berita Tiga Kepala (kot?). Hahaha. Macam apa entah diorang ni. Teacher bagi tajuk MPV Jatuh Gaung, bila dapat dekat diorang terus ke laut beritanya. Game sebelum ni apa ntah nama dia. Taz kalah. Nasib baik diorang lupa nak denda :')

Azreen dan Syafiq yang balik awal sebab Azreen ada game basketball dan Syafiq sebagai cheerleader beliau, terpaksa mengikut sekali untuk memberi sokongan padu.

Semua memang gila gambar ye hari tu. Terima kasih dekat Nasoha dan DSLR beliau.

Zairul selaku organizer. Kalau dia takde, takde reunion ni.

Kan betul aku cakap korang gila gambar. Ececeyh. Padahal diri sendiri pun sama.

Kalau takde gambar lompatan² memang tak lengkap lah koleksi gambar hari ni.

Pemenang anugerah Lompatan Terbaik.

Menikmati keindahan pantai yang banyak sampah sarap.

Taz Jaafar likes this.

Nasoha dan Fairul (topi koboi). Bodyguard tak berbayar. Eh tak tak. Thanks Fairul sebab hantar balik dengan selamatnya :')

Muka yang bersungguh² nak tiup belon.

Kenapa nampak kipas Nana je tu? Manakah beliau?

Ha ada pun.

Apehal la kau ni Taz. Buat rosak gambar. Dah la macam ibu mengandung T__T

Ok pun :)

Mizi; suspek yang dipercayai menghabiskan sebotol sabun tu main belon supaya gambar beliau ada effect.

Tengok tu. Main lagi.

Kayu ni boleh muat 7 orang je ye. Gilir² duduk.

Nasoha selaku anak angkat tak rasmi ibu Taz.

Kalau bukan pokok jati ni, pokok cengal la kot. Haha lupa dah dialog Adnan Sempit tu.

Taz Jaafar likes this too :)

Sebelum balik, tangkap gambar semua sekali :)
Perempuan 4 orang je yang datang. Amat sedih ye kawan² :'(

Tak cukup lagi bergambar. Apesal muka kau hitam berkilat tu Taz? T___T

Hahaha. Picture of the day. Zairul masuk tandas perempuan boleh tak sedar.

Sedih melihat kebelangan tangan. Belum tengok muka lagi. Tsk

Pergi singgah dekat Sepang Circuit untuk menemukan Diba dan boyfriendnya. Apasal ayat makin bersastera ni?

Ok la bagi peluang orang belakang tu tangkap gambar dengan artis. Hehe



Ok gambar ni paling sedih.

Daus kata macam aiskrim paddle pop atas putih bawah hitam. Itu bukan taik lalat ye. Tu menunjukkan lens kamera tak cuci setahun. Haha

Ok tu saje. Thanks for reading :)

10 comments:

intanurulfateha ❤ said...

.olololololoooooo comelnyeeeeee taz~ ;)

taz said...

heee. sis pun apa kurangnya :)

sizukaDeboss said...

bestnye reunion tepi pantai.mse2 winter ni la asek tringin nak mandi pantai kan izzati.takdo koje.taz kongsi resepi kuah ayam percik boleh?:P

zaza said...

wahhh bestnyee lepak tepi pntai walau bnyk smpah sarap... hehehe

taz said...

sizuka; heheee. taz tak reti la wat kuah tu. kawan taz zairul yg buat :P

zaza; tau takpe. hehe

Winnie Cik Mastura said...

haha, ramainya dak lelaki, ksian perempuan sikit je. haha.

taz said...

tau takpe. sedih :'(

dianna said...

best nye bbq :) wahhh taz huney bunny abes ah saham jatuh tgn dah ada 2 warna. hehe

taz said...

hehe. bukan setakat tgn je. dgn muke2 sekali T___T

enyheartsdiamond said...

tehee.. tgn tu.. funny :)