Saturday, September 11, 2010

1 Syawal :)


Hai semua! :) Macam mana raya pertama korang? Best tak? Hehee. Tahun ni boring sikit sebab Maktok dengan family Ayahchik raya dekat Kelantan. Family Ayahngah pulak raya dekat Melaka. So, family Taz je la yang tinggal. Selalunya kitorang tiga family iaitu family Taz, Ayanhngah dengan Ayahchik mesti beraya sama² dekat Puchong ni je dengan Maktok. Sebab rumah Maktok pun dekat Puchong je. Oh ye. Ibu Taz, Ayahngah dengan Ayahchik tu adik beradik ye. Harap maklum :)

Sejak arwah Tokbah takde dah 3 tahun kitorang raya dengan Maktok je. Tapi tahun ni lambat sikit raya dengan Maktok. Hari Ahad (maybe) baru Maktok balik sini. Cepat² sikit balik. Kitorang nak duit rayaaa especially dari Ayahchik dengan Ayahngah :P

Hari ni family Taz pergi beraya rumah saudara² je. 4 rumah kitorang pergi hari ni. Pergi beraya sambil hantar kad jemputan abang Taz yang nak kahwin bulan depan. Tapi sebelum tu pergi kubur arwah Tokbah dulu. Lepas tu sampai ke malam baru pergi beraya. Penattt. Esok pulak pagi² nak pergi Perak kampung ayah. Tak pernah langsung kitorang beraya dekat sana. Macam excited pulak. Hehee. Gambar² raya next entry la ye. Penat. Nak tidur. Babai semuaa :) Thanks for reading!

6 comments:

shuddy said...

Selamat Hari Raya Taz! ;)

intanurulfateha said...

comel nye taz
jeles!

Nabiel said...

Selamat hari raye Taz!=)

Winnie Cik Mastura said...

hehe. bestnya dpt beraya ramai2, mesti dpt duit raya bnyak2. huhu,

hamzah ian said...

sselamat raya taz!!!!

taz said...

selamat hari raya semua :)