Sunday, September 19, 2010

2 Syawal yang sangat best! :)

Hello! Macamana raya korang so far? Hehee. Even ramai orang kata raya boring dah sekarang, i rasa sama je kot. Memang la kurang meriah macam masa kecik² dulu, tapi buat² je la happy kan? Hehee. Tapi memang happy pun bagi Taz. Sebab dapat duit raya, makan best² lepas tu jumpa sanak saudara :)

Hari ni nak update pasal raya kedua hari tu yang memang best gila² bagi kitorang adik beradik. Hehee. Nak tau sebab apa? Sebabnya kitorang balik kampung yang tak pernah seumur hidup kitorang balik masa time raya. Masa time bukan raya pun tak pernah la kot. Kalau ada pun maybe masa kecik tapi serius rasa macam tak pernah. Sebab bila sampai je, kitorang semua macam, "Eh. Dah sampai ke?" or "Rumah siapa ni?" dan "Kampung kita ke ni?" Hahaa. Serius batak gila tak pernah tengok kampung sendiri.

Sebab kitorang tak balik kampung ni maybe sebab Atok dengan Nenek sebelah ayah dah takde so kitorang cuma raya dekat Puchong je sebab Arwah Tokbah dengan Maktok (Atok Nenek sebelah Ibu) ada dekat sini. Tu la kot penyebab utamanya. Jom tengok perjalanan balik kampung kami sekeluarga ke Bagan Serai, Perak. :)

Sebelum bergerak, tangkap gambar dulu.

Perjalanan yang mengujakan. Hahaaa. Padahal tidur je dalam kereta -__-'

Singgah RnR jap buang segala yang mengganggu ketenteraman. Haha

Ni la rumah ayah Taz kat kampung tu :) Sumpah cantik gila.
Antik kan kan kan??

First time datang mesti kena tangkap gambar. Tak sempat nak masuk rumah dulu.

Tengok tu betapa antiknya rumah ni. Dibina pada tahun 1930. Hehee. Siap ada tanda lagi. Nampak tak nampak tak? :)

Jom kita merobohkan tangga!! Eh jangan jangan. Hehee

Family portrait. Ni gambar family Abang Chak.

Dapur. Memang antik dan lama :)

Ni bilik ayah Taz masa dia kecik² dulu. :)

Ni ruang tamu. Comel kan sarung kusyen tu. :)

Ayah cakap ni peti besi. Batak gila nak tangkap gambar ni jugak sebab terasa sangat antik. Hehee

Kanak kanak keriangan. Seronok la kau Nabiyah kecik² dah tengok kampung.
Kitorang ni dah tua² baru berkesempatan. Hehee

Masing² tengok kartun. Antik² kampung i pun astro mesti adaa. Hehe

Ibu dengan ayah borak² dengan Kak Jah. She's the one yang tinggal dekat rumah ni. Kalau tak salah la kitorang panggil dia Kak Jah. Tak berapa ingat la sebab first time jumpa kan. Haih. Kena bukak salasilah keluarga ni. Fail! T____T

Dia pun happy jumpa kitorang. Terkejut sebab semua dah besar² dan RAMAI. Haha. Tu yang penting. And dia sangat baik. :)


Sebenarnya kitorang tak banyak habiskan masa dekat rumah tu. Kitorang banyak lepak² rumah depan rumah tu. Hehe. Ada Abg Zarul, Abang Zul dan mak mereka. Lupa jugak nak panggil apa. Fail lagi sekali disitu. T____T

Bergambar sebelum bergerak ke rumah lagi satu iaitu kalau tak salah kampung Cik Ya suami Cik Piah iaitu kakak ayah Taz. Satu²nya adik beradik ayah yang tinggal. Rumah ni pun best wooo. Ada bendang :)

Tengok i tak tipu. Cantik kan cantik kan? :)

Wajib ye. Hehee.








Kat rumah ni kitorang makan Mee mamak Ipoh. Sedaaaap gila tapi Taz dapat rasa sikit je :( Kitorang bertolak balik malam tu jugak dengan Auntie Anisa and Uncle Zainal sebab kebetulan diorang pun balik Perak jugak. Begitulah pengalaman pertama kitorang beraya dekat kampung ayah. Best gila² wa cakap luu. Hahaa. Ok lah. Bye! Thanks for reading :)


2 comments:

noor afzan said...

aik, kenapa baru first time pegi eh?

morriss said...

1930?? boleh letak kt muzium rumah tu...