Friday, September 17, 2010

Cerita 1 Syawal

Okey kawan². Lamanya nak tunggu i update cerita 1 syawal kan? Hahaa. Hari tu bagi gambar teaser je dulu. Gambar lain belum dapat. Ni haa baru dapat. Sebab tu Taz update. Hihii.

Macam biasala pagi² raya *taknak cakap bangun pukul berapa :P* bersiap² cantik², sediakan juadah raya, bertangkap gambar beramai² dan segala bagai. Hehee. Ni gambar kami di pagi raya.

Kitorang memang tak pernah ada theme ye untuk raya. Harap maklum. Hehe. Tapi budak kecil empat orang tu je yang sama dengan ibu dan ayah. Yang lain buat hal memasing. Beli baju nak sendiri² je. Haih.

Sweet couple. Hihiii

Nabiyah dengan ayah.

Dengan kakak² dia pulak.

Tetamu pertama di pagi raya. Auntie Anisa and Uncle Zainal.

Lepas dah beraya dengan family, kitorang pergi kubur Tokbah. Kali ni family Taz je yang pergi sebab Maktok, family Ayahchik and family Ayahngah beraya di Kelantan dan Melaka. Masa pergi kubur ni Aunti Anisa dengan Uncle Zainal ikut sekali.

Masa nak balik wajib la tangkap gambar sambil berjalan pimpin Nabiyah.

Yang ni pun sama.

Abang Taz tengah cek angin tayar. Eh apasal gambar takde kena mengena dengan caption? Sepatutnya kena tulis 'Kejakunan kamera ketika abang Taz tengah cek angin tayar'.

Rumah pertama kami raya. Rumah Makcik Idah dengan Cikgu Tajuddin. Kira family friend la ni. Mak kawan dengan mak. Anak² kawan dengan anak².

Kalau datang rumah ni, budak² kecik mesti serbu sini dulu. Kolam ikan ada
taman mini dengan buaian boleh baring.

Kakak enterframe.

Lepas tu kitorang beraya rumah Chu Jan. Saudara sebelah ayah. Eh kenapa gambar tuan rumah takde?
Oh. Ni masa Uncle Yuzer nak tangkap gambar family kitorang lepas tu letak dekat Facebook dengan captionnya; 'My Uncle's family. Huge.'
Hehee

Menghabiskan kuih raya rumah orang.

Ibu dengan Ayah berborak dengan Chu.

Ni rumah ketiga. Taktau la nak panggil Uncle apa. Lupa T___T
Saudara sebelah ayah Taz kenal yang selalu jumpa je. Ramai sangat nak ingat. Huhuu







Last sekali masa raya pertama kitorang beraya rumah Kak Mariah. Saudara sebelah ayah jugak. Nak cari rumah dia punya la susah padahal tahun lepas dah pergi. Haihh. Tapi takde ambil gambar dekat rumah dia. Taz, kakak, abang dengan beberapa adik beradik yang lain balik dulu sebab Taz dengan kakak ada plan nak tengok wayang tapi cancel pulak. Hehee.

Ok tu je la cerita raya pertama. Lepas ni cerita 2 Syawal yang sangat best pulak. Bye! Thanks for reading. :)

2 comments:

noor afzan said...

semangat raya!

sizuka[Izzati] said...

whoahhh.byk dpt duit raya x?heee~