Monday, December 20, 2010

Contest Teaser :)



Hai korang! Seperti yang di kata² kan kat Twitter Taz, Taz ada cakap nak buat contest. Sebenarnya sempena blog ni 3 tahun. Hehee. Taz cakap nak update pasal contest tu semalam hari Ahad. Tapi tak sempat langsung sebab Taz teman ibu dari petang sampai pukul 11 malam dekat masjid sebab hantar adik² nak bersunat. Diorang kena tidur dekat masjid sebab ada taklimat, majlis khatam Al-Quran and pagi² esok lepas subuh dah kena bersiap untuk berarak apa semua. Siap ada mandi pili bomba lagi. Kalau kat kampung² budak² bersunat mandi air sungai kan? HAHHAA. Lagi best mandi pili bomba. Rare gituu :D

Tadi pukul 11.30 malam baru Taz sampai rumah. Penat sangat so esok je la Taz update. Ni nak bagi teaser gambar hadiah utama je. Hehee. And korang jangan risau, contest sangat senang macam kacang :)

Esok ada plan nak pergi teman adik pergi jamuan kelas dia. Mana tau jalan² jumpa barang best ke boleh buat tambah hadiah kan? Ok la. Ni hadiah utama dia :)

TADAAAA!! Semua orang tau kan gipsy shawl yang comel ada beads² ni. Hehee. Taz kan jual shawl. Shawl ni banyak Taz ambik untuk diri sendiri. Setiap warna satu kot Taz ambik. MUAHAHAA. Ibu pun rembat dua. Macam mana la nak untung business kan? HAHAA. And ada lagi beberapa helai shawl ni. Printed shawl pulak semua dah habis tak dapat nak buat jadi hadiah kedua and ketiga. Yang ada sekarang pun gipsy shawl ni dengan custom made shawl yang belum publish lagi. So, sebagai menghargai readers, Taz nak bagi hadiah satu gipsy shawl ni dekat sesiapa yang bertuah. Nak bagi semua tak dapat la kan. Hehee. Nanti Taz update hadiah lagi ok? :) Eh lagi satu, yang ribbon dekat shawl tu pun hadiah. Taz buat sendiri. Cantik tak? :)

Ok la korang. Malam ni nak tidur awal sebab esok pagi
² nak tengok adik² bersunat dekat MHI TV3. Live tauuuu. Korang yang lelaki tu dulu² sunat ada ke live macam ni? HAHAA. Ok bye! Thanks for reading :)


5 comments:

Muhamad Zaki Zafir said...

mmm laki2 blh join tak cik taz? nak menang je.shawl simpan,wat hadiah ke.hehe. :P

sizuka[Izzati] said...

taz nak buat contest ape nihh.kalau sempat nak joinlah.kehkeh~

taz said...

zaki; boleh jee. nanti boleh bg gf ke, adik maka kakak sesape je la. Hehe :)

sizuka; join la join la. heeee :)

sayaana said...

shawl ini sgt comel..
fevret kaler lagi~
ms bufday dlu member ad bg..
tak penah pakai lg, sbb ms tu(awal tahun 2010) belom tren shawl ni lagi..
skrg br i sebok2 nk pakai.. haha
^____^

tira azhar said...

nak join. macam best je dapat menang shawl comel2
heeeeee