Thursday, December 16, 2010

Hari ni korang buat apa?

Kan dah cakap, mood berblogging tengah ada.. So, sila jangan menyampah kalau sehari Taz update 3,4 kali. Muahahaha! Eh hari ni korang buat apa? Ada benda best² ke? Hari ni Taz tak buat apa sangat. Duduk rumah je. Kemas² rumah, dapur, masak nasi, lauk tak masak sebab Maksu bagi lauk. Lepas tu online. Heheee. And hari ni Taz hias² dinding bilik sikit. Saje isi masa lapang. :)

Ni dinding sebelum di make over. Ececeyh ayat nak make over je.
Padahal murahan punya make over. :P

Tadaaa! Taz tambah² bulan dan bintang. Macam budak² kan? Whateverrr. HAHA
Susunan pun tak berapa cantik jap lagi nak susun balik.

Beli ni dekat kedai favorite; DAISO :)

Sebenarnya kena gantung macam ni. Tak best macam ni. Nak tampal sepah² jugak. :)

Semalam Taz buat benda atas ni. Guna felt. Ingat nak tampal dekat dinding tapi takde gambar lagi nak letak. Hehee. Takkan nak letak frame kosong je kan? Lagipun taktau nak letak kat dinding mana and tak fikir lagi nak susun macam mana. Citarasa budak² kan ni? Haihh. Padahal umur dah puluhan -.-'

Eh tengahari tadi ada parcel sampai. Dari semalam tunggu hari ni sampai jugak dia. Taz beli inner cotton. Hehee. Banyakk. Dah macam pelangi dah :)

Ni semua koleksi peribadi ye bukan untuk jual. Hehee. Tapi bukan la sekali semua ni Taz beli terus. Ada yang dah beli lama dulu. Bila susun² jadi cantik pulak. Semua warna ada kot. Korang suka pakai inner cotton? Best kan? :) Taz beli kat sini (MilqynWay Fashion). Banyak warna ada. Murah je. RM5 satu :)

Ok la. Thanks for reading :)

8 comments:

Ahn said...

taz, bg opinion byk. cmne nak tampak gmbar kt wall?ni bukan wall fb ke ape.tp wall bilik..sblm ni aku pakai card manila but it wont work.

taz said...

emmm. taktau la kalau nak tampal gambar. kalau taz, guna double sided tape je la. hehee. card manila untuk buat apa? mcm wall paper eh? kalau guna gam yang memang untuk tampal wallpaper tu boleh kot.

sayaana said...

comel je deco tu... pape pun DAISO mmg best~ mcm2 ada... hehe, br semalam hias bilik.. hias sikit2, lme2 jd buikit ^___^

taz said...

ana; hehee. best kan daiso. kalau pergi tu nak kena jalan sekeliling satu kedai baru puas hati. pergi sekejap tak best! hehee

Ahn said...

eh tak.gmba aku lekat kt manila.then manila tu la lekat wall.then tak smpi satu hari sume jatuh.aha.tak kreatif+tak berbaloi langsung. (--!)

taz said...

Ohh. Hahaa. Manilla tu lekat pakai gam apa? Guna gam yang memang untuk dinding la.

Ahn said...

oh ade ek gam utk wall.hoho.
mcm2 jenis tape aku pakai.mmbzir jek.aha.
tq2 :)

taz said...

Adaa. Yang untuk wallpaper tu. hehe.