Saturday, December 18, 2010

Profile Facebook baru Tazpunye version.

Semua orang sibuk tak suka profile Facebook baru. Taz pun tak suka mula² sebab macam serabut. Tapi lama² dah terbiasa ok la tu kan? Cuba kalau mula² korang main facebook profile dia memang macam tu. Takde korang nak complain kan? Tu la manusia. Susah nak terima perubahan. Kahkahkah. Bestnya mengata orang padahal diri sendiri pun lebih kurang.

Korang mesti tau kan yang orang kecoh² pasal design profile Facebook baru yang best tu. Contoh macam bawah ni,

pic courtesy; Mr. Google

Cool kan? Anak siapa la yang kreatif punya idea tu. Sejuk perut mak dia mengandung bila dapat tau anak dia nanti kreatif design² profile facebook. Siapa nak buat pergi buat dekat SINI. Kalau tak faham ada instruction dekat bawah dia tu. Taz dah buat tapi sakit hati gila mata jadi senget. Apa yang salah entahh. Dia jadi macam bawah ni,


Korang jangan nak cakap mata aku memang senget eh. HAHAA. So, dengan perasaan hampa dan tak puas hati, Taz buat la design sendiri yang memang comel pada pandangan sendiri. Hehee.



Comel tak comel tak? Suka tak? Saya sukaaaa sangat sangatt. Lagi pun yang macam ni lagi best sebab Taz tak suka profile pic panjang². Ceh padahal sebab buat tak jadi. Ok sesiapa pun jangan main² tag gambar eh nanti rosak profile i. Hahaha. Eh korang taknak try buat ke? :)

Ok la itu saje. Thanks for reading. Bye korang! :)


8 comments:

sizuka[Izzati] said...

nohhhh.comeynye facebook taz.nak tukar jugaklah.huuuu tp cam penyakit M melampau kan.hahaha~

taz said...

sizuka; heheheee. mana ada melampau pun :P

Kyo Nzyrahun said...

alo alo alo kak taz,comel betul hehehe :p

taz said...

heeheee. thank you nzyrah :D

Nazry Iskandar said...

yup, mula-mula agak tak suka jugak tgk profile baru ni, but bila blh design mcm encik kat entry tu, best2!

enyheartsdiamond said...

eny tetap tak suka profile baru tu.. tp style juga bila taz buat mcm tu :)

taz said...

nazry; cool kan? hehee. kreatif betul! :)

eny; hehee. buat la jugak eny :)

rezal ishak said...

thank you for you information. :)
I already edit my fb.
I am new blogger. come read my blog if you feel free. tata !