Tuesday, December 21, 2010

Day 12 - What tickles your fancy?


Hari ni nak sambung 30 days project boleh tak? Hahaa. Sepatutnya dah habis lama dah kan? Tu laaa. malas lagi :( So, next entry for my 30 days project is "Whatever tickles your fancy." Atau bahasa senangnya ialah apa² yang awak suka la.

Apa yang i suka ada banyak sangat. Taktau nak cerita mana. Tapi i nak pilih pasal Detective Conan boleh? HAHAHHAA. I suka gila dengan cerita tu. Start i suka dari masa form 2 ke form 3 tak ingat lah. Masa i darjah 6 ingat lagi cita² paling poyo i pernah ada. Dulu ada hati nak jadi detektif persendirian. Ceh! Sekarang kau amek Akaun apehal? HAHAHAA. I cari² jugak course penyiasatan ni tak jumpa pulak. KAHKAHKAH XD

Ok sambung. I memang minat gila cerita² yang ada kena mengena dengan penyiasatan, detektif² ni semua. Taktau kenapa. And Detektif Conan lah yang terbaik i pernah jumpa. Sebab apa? Sebab jalan cerita dia unik, sebab ada relate² dengan cerita Sherlock Holmes sikit², sebab watak dalam tu best². Ada Kudou Shinichi, Edogawa Conan, Mouri Ran, Kaito Kid, Haibara dan banyak lagi. Semua watak ada karakter yang tersendiri. Memang best. Jalan cerita superb.

Sesiapa yang minat Conan pun tau kan jalan cerita dia. Conan ni sebenarnya pelajar sekolah menengah tinggi yang jugak merupakan seorang detektif remaja yang terkenal bernama Shinichi. Satu hari tu dia teman girlfriend dia, or kawan baik dia dari kecik, iaitu Ran pergi Taman Tema. Dekat situ dia ternampak dua orang lelaki baju hitam yang mencurigakan. Masa dia ikut diorang, salah seorang dari diorang pukul dia dari belakang and bagi makan racun yang buatkan badan Shinichi jadi macam kanak² balik. Orang jahat dua orang tu tak tahu kesan racun tu. Diorang ingat Shinichi dah mati tapi sebenarnya dia still ada tapi dalam fizikal kanak² sekolah rendah. Hehee. Conan pun rahsiakan identiti dia dari semua orang kecuali beberapa orang yang berkaitan. Sebab tu dia tukar nama jadi Conan. Dengan Ran pun dia rahsiakan sebab nak selamatkan nyawa Ran and orang² terdekat. Dia tinggal dekat rumah Ran sebab ayah Ran detektif jugak so dia dapat la kumpul maklumat pasal organisasi hitam tu. Tapi ayah si Ran ni pulak detektif yang hampeh. Semua kes yang dia dapat kebanyakkannya Conan yang selesaikan. EH terpanjang pulak i cerita. HAHAHA

Kalau nak cerita lgi memang panjang sebab banyak watak penting lagi. Takpe la. Kalau korang berminat boleh la baca. Hehee. Komik ni kan asal dari Jepun. Dekat Jepun pun ada satu tempat nama dia CONAN TOWN. Penuh dengan patung² Conan :)

Conan dengan Ran. Kesian Ran sebab selalu rindukan Shinichi yang tiba² hilang.
Dia tak tau pun yang sebenarnya Conan yang selalu dengan dia tu Shinichi. :)


Ni patung Shinichi (#','#)
Eh tetiba kau nak buat muka blushing kan Taz?

Ni Conan dengan kawan² sekolah dia. Dia kan dah bertukar jadi kanak² so kena la masuk sekolah rendah balik. Budak² ni pun suka menyiasat and diorang tubuhkan kumpulan Detective Boys. HAHAHA. Conan tak berapa setuju sebab membahayakan nyawa diorang yang masih budak² tu. So, kalau ada apa² kes, dia lebih suka bertindak sendiri tanpa libatkan kawan² :)


"There is only one truth!" *tagline Conan*

Kereta professor Agasa. Kalau rajin baca komik or selalu tengok cerita dia memang selalu nampak la kereta kuning ni. Hehehee. Professor Agasa ni tau identiti sebenar Conan and dia yang banyak tolong Conan.



Shinichi dengan Ran. Hensem kan hensem kan? (#','#)
Lagi sekali muka blushing. KAHKAHKAH XD

Ni Hattori Heiji. Detektif macam Shinichi jugak tapi dia dari Osaka. Dia pun tau identiti Conan and selalu selesaikan kes sama² dengan Conan. Hensem jugak dan berkulit hitam manis kegemaran i? EH GATALNYAAA

Ini pulak Kaito Kid. Watak ni memang menarik habis lah. Dia ni pencuri. Macam Robin Hood la. Tapi Robin Hood mencuri and bagi pada yang susah. Kaito Kid ni pulak mencuri and pulangkan barang tu pada yang berhak. And dia baik sebenarnya. Dia pun magician. Boleh menyamar jadi sesiapa pun and boleh tiru² suara orang. Yang ni pun hensem :)

Watak² lain dalam cerita ni. :)

Ok, i nak share sikit info menarik pasal Detektif Conan yang i tau. Conan dapat ilham nama Conan tu dari penulis cerita detektif Sherlock Holmes yang termasyhur tu, Sir Arthur Conan Doyle. Suara Conan dalam tv series or movie tu sebenarnya suara perempuan. HAHAHA. Malas lah nak google nama dia. Dia penyanyi and dia pun isteri kepada Gosho Aoyama, pelukis manga yang hasilkan komik Conan ni. Tapi diorang dah cerai dah.

Eh tu je la i boleh cerita. Sangat sangat best kartun ni and tak rugi kalau korang tengok. Kalau yang tak suka tu, rugi sangat. HAHA. I prefer baca komik sebenarnya dari tengok series dekat tv. Tapi layan jugak series punya. Sama je pun. Cuma kalau baca komik lagi feel :P

Lupa pulak, start dari tahun 1997, setiap tahun bulan April akan keluar satu movie Conan. Sekarang dah ada 14 movie. Yang ke-15 akan keluar pada 16 April 2011. HEEEE TAK SABAR. Semua 14² tu i dah kumpul. My precious collection kot. :)

Ok la. Penat dah tulis. Thanks for reading. Bye! :)


8 comments:

sizuka[Izzati] said...

suka conan jugak.tak faham kenapa kartun dia kacak sangat HAHAHA.

Muhamad Zaki Zafir said...

wow,ade collection. ;) trtanye2 jgk,conan tu nnti membesar ke or kekal mcm tu.ksian lah klu mcm tu je.

*tringt dulu drjh 1 tgk sailormoon.haha malu gile.. :D

taz said...

Sizuka; hensem kan hensem kan? Semua watak lelaki remaja dalam tu hensem2 tapi malangnya dah berpunya. HAHAHAA tak senonoh. Dengan kartun pun jadi :P

Zaki; Cerita tu still on going. Belum habis lagi. Tapi mesti la last2 dia tukar dewasa balik kan. Hehee. Eh Taz pun suka sailormoon dulu. Siap hafal2 lagu lagi :P

alin duan said...

heiji..ensemnya kamoo..wah2..ko ni taz..ske gak cte ni, x sbr tggu die besar blk..jom nyanyi lgu sailormoon..huhuhu..

taz said...

alin; Laa. Aku ingat sape la alin duan ni. Heheee. Hensem kan? :D

* f i f y said...

hehe
conan comell...
mcm owner belog juge...
;)

taz said...

thanks fify :)

Haziq said...

oh,,kak pun suka citer SHINICHI gak kew?woooooww(excited)same ah,akak ^^