Saturday, February 20, 2010

Sabtu-day


Hai korang. Selamat Hari Sabtu. :) i dah balik kolej dah ni. Ingatkan boleh la nak surf internet guna wireless terhebat UiTM ni. Tapi malangnya tak boleh connect dekat meja study i. Tapi bila pergi meja roommate boleh pulak kan. Tapi bila dah connect, tak boleh guna jugak. Mengundang kemarahan betul. Ni pun i update dekat cc. Haih.

Tadi baca blog blogger kesayangan iaitu Cik Rara Manis, ada tutorial macam mana nak tweet via SMS untuk pengguna² Celcom, yang bayar RM1 seminggu dan korang boleh Tweet sebanyak mana korang nak. Memang berbaloi². Haha. Before this i guna Maxis, so Tweet guna GladlyCast je la. Tapi bila dah beli number Celcom ni, susah pulak nak Tweet via SMS. Takkan nak tukar simcard semata² nak tweet and bagitau i beli choki² kat kedai depan rumah kan? Memang tak berbaloi. So, sesiapa yang guna Celcom and nak try application ni, sila ke blog Cik Rara Manis :)


Ok la. Nak out. Takleh lama² kat cc. haha.


EH lupa. Follow² la Twitter i. :)

Friday, February 19, 2010

Hadiah Untuk Korang Semua



Saya suka gadis baju bernombor 21 itu. hehe. Maaf la dah lama tak dengar lagu Malaysia. Ape lagu terbaru eh? Radio Era berapa frekuensi dia? Hot FM? Eh lupa. saya takde radio. Ok bye. :P

Blog Jenama Baru. *brand new blog* haha

Hai korang! :D ok tak kisah la kalau i cakap sorang² pun sbb i sure blog ni dah takde pelawat pun. Dah la pemalas gila nak update. Kesian blog kesayangan i ni tak dapat sambut tahun baru sama² dengan i. Ni dah bulan Februari dah pun. Tsk. Diharap beliau dapat bersabar kerana tuannya sudah jarang memberi nafkah kepada beliau. ececey. haha. *gelak sorang²*

I dah tukar layout. Bosan dah hari² tengok layout lama. Lagi pun, so many changes happened in my life, so apa salahnya i nak tukar layout, terasa fresh sikit. And hopefully, i akan rajin update lepas ni. InsyaAllah :)

Belajar dekat UiTM Shah Alam memang hectic gila. Mula² memang rasa sedih sangat. Pergi kelas kena naik bas, jalan dari bas ke kelas kena mendaki, haha ayat nak mintak simpati ah kan. Tapi keadaan fizikal sama je macam dulu. Ingatkan boleh kurus sikit ke ape ke. Tsk. Dah la subsidi makanan tak dapat. Haih. Memang kena survive sekejap ah kan. PTPTN ambil kelompok kedua punya kan dah dapat lambat. Haih. I dapat kolej. Bukan dapat. I mohon. Kena bayar RM460 pulak. Ingatkan duduk kolej free je. hehe. Nasib baik roommate i ok. Lama² i dah suka belajar dekat sini. Kawan² pun best :)

Earning Nuffnang i tak bertambah sudah begitu lama. Di harap anda semua dapat membantu. ececey :P