Wednesday, June 30, 2010

All About Photo!


30 days Project untuk hari ke-7 hingga 11 semua pasal gambar so apa salahnya kalau buat sekali semua. Haha. Dah la tertinggal banyak hari. Sepatutnya dah habis lama dahh. T______T

Ok lets start! :)

Day 07 — A photo that makes you happy

Sebab? Sebabnya bukan senang nak tangkap gambar diorang macam ni. Hehee

Day 08 — A photo that makes you angry/sad

Sebenarnya kena pilih salah satu. Photo that makes you angry or sad. Nak pilih yang sad tapi selongkar² gambar tadi ternampak gambar ni jugak. Haha. terus nak buat dua². So yang ni gambar yang buat gua hanginn satu badan. Sebab? Malas cerita. Baca sini. And gambar yang buat saya sedih gambar ni;

Sebab? Rindu dekat arwah Tokbah.

Day 09 — A photo you took

Banyak sangat kot. Taktau nak tunjuk mana satu. Ni lah budak gedik hidung kembang, adik Taz paling bongsu.

10 — A photo of you taken over ten years ago

10 tahun lepas maknanya masa saya darjah 6 lah kan? Haha. Nah ambikk


Day 11 — A photo of you taken recently


Macam familiar je gambar ni. Haha.
Ok la. Bye! Thanks for reading :)

Tuesday, June 29, 2010

Bantuan.

Sorry dah dua hari tak update :( Sibuk make-over blog yang lagi satu tu. Hehe. Taz nak mintak tolong korang, kalau korang bukak blog ni, adakah keluar macam gini?

Kalau ye, bagus lah. Taz dah try guna Mozilla and Google Chrome, so far ok je.
Tapi kalau guna Internet Explorer, terus jadi macam gini.

Macam hampeh je. Haha. Oh ye, sesiapa yang sebelum ini ada link kan blog
saya lagi satu tu, saya dah tukar link. :)

klik sini--> http://tazjaafar.blogspot.com/

Babai layout lama T_____T

Design ambik dekat sini. Tapi classic template. Perlukan kesabaran yang tinggi ye kawan².

Bye! Thanks for reading :)

Sunday, June 27, 2010

Day 06 - Whatever tickles your fancy

Ada jugak header akhirnya. Sorrylah guna Photoscape je. Nak guna Photoshop tak pandai. Hahaa T____T

Hari ni nak sambung 30days project :)

Whatever tickles your fancy or in other words, whatever that makes you happy (betul kan?). Apa yang buat saya happy adalah bila tengok gambar² lama samada dengan family, kawan² or apa² je la yang boleh ingatkan kita dengan kenangan² lama. Saya memang suka tangkap gambar. Benci ohh bila nak tangkap gambar je, nanti orang cakap, 'ish tak habis² tangkap gambar'. Sukati aku la, kau tau apa kan?

Kalau boleh setiap apa yang seronok, or buat saya happy, or masa² happy, kan best bila ada gambar. Kita ni manusia, bukannya boleh ingat semua benda kan? Hehee. Jadi, bila kita tengok balik gambar² lama, teringat balik kenangan² terindah. Ececeyh poyo pulak kan. Jadi, itulah kepentingannya bergambar. Lantaklah orang nak cakap kau gila kamera ke, batak kamera ke apa ke, diorang pun sama je sebenarnya. Hahaa. Jom tengok gambar² yang agak berharga la jugak and ada kenangan² tersendiri buat saya. Geli pulak ayat aku ni.


Ni masa konvo diploma. Mestilah berharga kan? :)

Gambar dengan family masa konvo :)

Ini masa buka puasa ramai² dengan budak² kelas masa saya diploma dekat UiTM Segamat dulu. Rinduuu T___T

Yang ni pulak buka puasa dengan budak² wing. Rindu jugak diorang niii T___T

Bestfriend saya dekat Segamat. :')

Hahahaa. Ni masa nak pergi dinner kolej. Wing saya dapat tema apa ntah tapi ada ciri² berkonsepkan alam semulajadi. So, jadi la gadis hutan macam ni.

Ni masa dekat UiTM Shah Alam pulak. Masa kitorang pergi carik pacat jungle trecking kat Bukit Cerakah.
Benci gila. Hahaa. Tapi best. Kenal ramai kawan :)

Ni masa bukak gerai dekat sekolah masa hari kantin. Hahaa.
Sangat sedih yee sebab tak laku. Nampak tak muka sedih tu? T____T

Masa ni hias pokok Krismas untuk anak angkat Auntie Anisa. Exchange student dari German. Kesian dia jauh dari family so dengan pokok Krismas ni, terasa la sikit suasana Krismas kan? Bukan selalu dapat hias pokok krismas. Hehe. Tu ayah Taz. Nak jadi Santa Clause. :p

Ni masa saya buka gerai depan rumah Maktok. Masa ni isi masa cuti satu sem before sambung Degree. Macam² ada. Goreng pisang, keropok lekor, kuih muih, jambu batu, air etc. Cari pengalaman susahnya nak cari duit. Tapi tak sedar² jugak. Kerja nak habiskan duit je. Haha

Ni masa kerja kat McD :)

Adik bongsu Taz. Best kan kalau kecik² ada gambar mcm ni. Taz takde T____T

Masa teman adik, Amin, naik kuda pusing². Hahaha. Ni untuk kanak² je boleh. Tapi sebab kena temankan, jadi saya boleh naik sekali. Kahkahkah. Lantak la orang nak pandang pelik pun :P

Dengan kawan² dekat sekolah menengah (SMKPU1).
Gambar dengan kawan² SAMTTAJ takde T____T

Masa SPM. Tunggu nak masuk dewan :)

Masa reunion kawan² sekolah rendah :)


Ok tu je la. Banyak lagi tapi malas la nak letak semua :P
Babai. Thanks for reading :)

Saturday, June 26, 2010

Orang reunion dia pun nak jugak. Amboiii.

Hari tu kan saya pergi reunion, hari ni giliran ibu saya la pulak kan. Hehe. Orang reunion, dia pun nak reunion. Sibuk je nak tiru². :P

Tapi lagi best kalau reunion macam ibu Taz. Sebab diorang dah almost 30 years (kot?) tak jumpa lepas tu jumpa balik. Takde la macam kawan² saya tu. Setahun sekali nak buat reunion. Tahun depan jumpa, tengok dah berjambang. Tahun depan lagi jumpa, tengok rambut dah panjang sikit. Tahun depan lagi jumpa, tengok dah potong balik rambut dan seterusnya setiap tahun. Tak syok la macam tu. Hehe

Kan best bila reunion je, tiba² semua dah kahwin, bawak husband masing², bawak anak berderet tak termasuk dalam perut tu ha, lepas tu dah ada kerjaya masing² kan kan kan? Baru lah gempak reunion tu nanti. Macam ibu Taz, jumpa kawan² lepas dah berpuluh tahun, amek kau semua terkejut anak dia dah 12 orang. Hahaha. Saya rasa pun, ibu saya je la yang paling murah rezeki (anak) kat situ. Alhamdulillah. Eh aku pulak yang seronok. Hehe. Ok la, ni gambar² curi dekat facebook kawan beliau.






Ibu saya yang baju putih tu. Cantik kan beliau. Baju nak macam waiter hotel la pulak kan? Haha. I love u Ibu :)

Ok la. Babai. Thanks for reading!

*credit to auntie baju hijau biru² tu sebab gambar ambil dekat facebook dia. hehee

Friday, June 25, 2010

Reunion :)

Ok. Dah janji semalam kan nak update pasal reunion. Taz nak rajin² sikit update sekarang ni. Semalam blogwalking dekat blog² lain, semangat untuk berblogging dah datang balik. Hehee. Boleh pulak kan? Jadi, jom kita terjah perjalanan rombongan Cik Kiah ke Bagan Lalang bersama teman² sekolah.

Entry ni terpaksa guna scroll box sebab benci la entry panjang² sangat ni. Hahaa. Ok sila scroll ye kawan².


Masa ni on the way. Berhenti tepi highway tunggu kawan² yang pergi beli ayam.

Ok dah sampai ke tempat di tuju. Dah jumpa tempat nak duduk, kaum² lelaki yang sangat lah gentleman tolong angkat barang² dan set up tempat nak membakar etc. Daus apesal muka ko macam tu? Haha

Bang, sirap selasih satu bang. Bungkus ye. Ikat tepi.

Amir sampai² terus nak landing. Dah la sorang² dia je ada alas kotak. Kesian kami yang wanita² ni berdiri taktau nak duduk mana. Nak duduk atas pasir ke? Tsk T____T

Jadi, lelaki² gentleman lain terus mencari batang kayu untuk tempat kitorang duduk² :')

Ok dah boleh duduk dengan gembira ye semuaaa :)

Buat air je dah sampai 10 orang. Eh tipu je. *hiperbola*

Berusaha dengan gigih sekali nak hidupkan api.

Berjaya! :)
Ok semua dah boleh duduk dekat gua sekarang ye.

Main masak² bermula. Bagus betul mereka. Semua mereka buat.

Kami yang perempuan hanya menunggu dah melihat.

Ayam baru sembelih basuh guna air laut. *Tipu lagi*

Makanan semua terbaik.
Terima kasih kepada Zairul kerana kuah ayam percik beliau memang terbaik.

Makanan dah siap terus nak makan dengan muka innocentnya walaupun takde nak tolong.

Teacher Roseffin yang datang kemudian untuk join kitorang :')

Anak dara beliau yang digilai ramai lebih² lagi Azreen. Haha

Orang belakang tu selaku organizer(s) tengah bincang game apa nak main.

Sesi game pun bermula. Yang ni namanya Berita Tiga Kepala (kot?). Hahaha. Macam apa entah diorang ni. Teacher bagi tajuk MPV Jatuh Gaung, bila dapat dekat diorang terus ke laut beritanya. Game sebelum ni apa ntah nama dia. Taz kalah. Nasib baik diorang lupa nak denda :')

Azreen dan Syafiq yang balik awal sebab Azreen ada game basketball dan Syafiq sebagai cheerleader beliau, terpaksa mengikut sekali untuk memberi sokongan padu.

Semua memang gila gambar ye hari tu. Terima kasih dekat Nasoha dan DSLR beliau.

Zairul selaku organizer. Kalau dia takde, takde reunion ni.

Kan betul aku cakap korang gila gambar. Ececeyh. Padahal diri sendiri pun sama.

Kalau takde gambar lompatan² memang tak lengkap lah koleksi gambar hari ni.

Pemenang anugerah Lompatan Terbaik.

Menikmati keindahan pantai yang banyak sampah sarap.

Taz Jaafar likes this.

Nasoha dan Fairul (topi koboi). Bodyguard tak berbayar. Eh tak tak. Thanks Fairul sebab hantar balik dengan selamatnya :')

Muka yang bersungguh² nak tiup belon.

Kenapa nampak kipas Nana je tu? Manakah beliau?

Ha ada pun.

Apehal la kau ni Taz. Buat rosak gambar. Dah la macam ibu mengandung T__T

Ok pun :)

Mizi; suspek yang dipercayai menghabiskan sebotol sabun tu main belon supaya gambar beliau ada effect.

Tengok tu. Main lagi.

Kayu ni boleh muat 7 orang je ye. Gilir² duduk.

Nasoha selaku anak angkat tak rasmi ibu Taz.

Kalau bukan pokok jati ni, pokok cengal la kot. Haha lupa dah dialog Adnan Sempit tu.

Taz Jaafar likes this too :)

Sebelum balik, tangkap gambar semua sekali :)
Perempuan 4 orang je yang datang. Amat sedih ye kawan² :'(

Tak cukup lagi bergambar. Apesal muka kau hitam berkilat tu Taz? T___T

Hahaha. Picture of the day. Zairul masuk tandas perempuan boleh tak sedar.

Sedih melihat kebelangan tangan. Belum tengok muka lagi. Tsk

Pergi singgah dekat Sepang Circuit untuk menemukan Diba dan boyfriendnya. Apasal ayat makin bersastera ni?

Ok la bagi peluang orang belakang tu tangkap gambar dengan artis. Hehe



Ok gambar ni paling sedih.

Daus kata macam aiskrim paddle pop atas putih bawah hitam. Itu bukan taik lalat ye. Tu menunjukkan lens kamera tak cuci setahun. Haha

Ok tu saje. Thanks for reading :)