Saturday, January 8, 2011

Minggu Pertama Semester Baru

Sekarang i ada kat rumah. Bukan rumah sewa dekat Shah Alam tu. Ni rumah i lah yang dekat Puchong. Hehee. Hari Sabtu kan. Assignment tak banyak lagi curik kesempatan balik lah jawabnya. HAHA. Oh sebenarnya kerja dah banyak tapi buat² tak perasan sebab kalau minggu pertama semester baru memang bukan Taz la kalau duduk rumah sewa time hujung minggu. Mesti kena balik rumah punya. Lepas ni mungkin dah susah nak balik. Ayat poyo je kan. Kalau dah susah macam mana pun bukan dia pedulik. Balik tetap balik. Rumahku syurgaku.

Minggu pertama All iz well. HAHA. I dapat tiga orang housemate baru. Semua baik² belaka. Tessa, Alya, and Kak Ana. Tessa dengan Al student mass-com. Muda lagi baru sweet19. I pulak sweet23. Sweet lah jugak kan *buat muka kesian*. Kak Ana pulak senior i. Seronoknya lah dapat housemate same course. Tapi beliau Part8. I part 6. Hehee. Tapi tak mengapa. Dia mesti pandai boleh mintak tunjuk ajar nanti :)

Kelas pulak, semua lecturer ok. Cuma satu lecturer je i tak jumpa lagi. Lecturer BEL499 (COMMUNICATION AND INTERPERSONAL SKILLS). Masa kelas hari tu dia tak datang. I pun tak datang sebab pergi seminar. Rajin kan i. HAHA. Lecturer yang lain semua dah jumpa dah. Eh tapi tapi tapi lecturer Korea i pun tak datang hari tu. Tapi i kenal dah lecturer tu. Kat UiTM tu sorang je kot lecturer Korea. Hehe. Rindu pulak dengan beliau.

Sekarang cerita pasal jadual pulak. Jadual tak berapa best. Mungkin sebab ada kelas petang, ada gap antara kelas, and tak menepati citarasa. AMBOIII. Haha. Nak jadual best buat universiti sendiri la. Tapi nasib baik takde kelas petang Jumaat. Syukur Alhamdulillah :')

Hari Ahad hari tu kan Shamilla kekasih hati hantar i balik. Lepas tu kan, i belanja lah dia Kenny Rogers. Lepas tu kan, i teman dia pulak beli buku sekolah untuk adik dia. Lepas tu kan, lepas tu kan, i beli nii. Hihii


Cantik tak cantik tak? :) I beli dekat satu kedai kasut ni depan Mydin. Murah je. RM18. Dah murah i sapu je la terus kan. Dah la comel. Hihi. Shamilla pun tegur. Asal keluar dengan dia je mesti nak beli kasut. HAHAHA. Sorry lah yunk. I memang tak boleh tengok benda cantik comel ni. Saje nak tayang kat blog. Kat Twitter dah. Facebook dah. Siap buat profile pic lagi. Hari tu first day i buat pakai pergi kelas. Mak aih terus lenguh kaki dua hari. Sebab fakulti i kan kat menara. Panjat bukit panjat tangga. Dah sebulan lebih berehat kat rumah terus terkejut urat kaki. Pastu gatal pakai wedges. Ambik kau. HAHAHA.

Ok lah. Itu saje untuk hari ni. Bye! Thanks for reading :)

5 comments:

Dilakochan said...

Taz dpt eh RM18.
Skang kan musim org jual2 wedges. Kat kl, semuaaa nya rm20.
Mintak kurang skit even beli 2 pasang pun xkasi skit murah.
(padahal tu pun da kira murah)

taz said...

Hehee. kite tak minat wedges dulu. tapi sekarang suka pulak :P
RM20 pun dah murah. Hari tu tengok harga RM18 terkejut gila terus amek. HAHAHA

ween said...

cantik! totally worth the price :)

NICK ZANAA said...

hye taz,....student uitm SA jgk ea....which fac yew???

taz said...

fac account :)