Saturday, February 5, 2011

Daiso lagi.


Salam korang :) Semalam i pergi Daiso lagi. Buat kali ke berapa entah tu. Kalau pergi IOI Mall, Puchong tak sah kalau tak pergi Daiso. :D Siapa nak baca pengalaman pertama i pergi Daiso baca sini. Jangan gelak sebab muka selebet gila masa tu HAHAHA


Hari tu i cari bento box tak jumpa warna pink. Semalam dah jumpa. Comel pulak tuu. Nak buat bento dekat adik i lah nanti. Mesti dia suka. Semalam i beli bento box, make-up case, charcoal mask dengan eyelashes glue. APAA??? Eyelashes glue? HAHAHAHA gelakkan diri sendiri sebab i sebenarnya tak reti nak pakai fake eyelashes :P

I ada beli fake eyelashes dekat Ailyl. Tengok dia pakai macam senanggg gila kan? I nak try pakai kalau ada event² or kenduri² or dinner. Hehehe. Dulu pernah main² dengan cousins. Kitorang taktau orang pakai fake eyelashes guna apa. Dia pergi lekat guna gam UHU lepas tu ambik kau pedih mata dia. HAHAHA.

Dekat blog i lagi satu yang dah di anaktirikan tu, i ada tunjuk i try edit gambar guna Adobe. Biasa lah kan budak tengah merangkak nak guna brush pun tanya Abang Youtube. I try buat mata i pakai eyelashes. Lepas tu takut tengok gambar sendiri. Harap² bila pakai nanti tak nampak seram macam ni



Photoshoped



Original.

Oh yeee. Charcoal Mask tu sangat best. Kalau korang pakai, bila dah kering tu, sakit kot nak tanggalkan. Keluar segala whitehead, blackhead dan yang sekutu dengannya. First time i buat sampai menangis tau takkk? Nak tau sebab apa? SEBAB BULU² HALUS DEKAT MUKA PUN BELIAU TARIK SEKALIII. HAHAHA. Tak payah dah korang membazir duit pergi threading buang bulu dekat muka tu. Jangan korang try nak cabut bulu ketiak sekali sudah.


I belikan untuk housemate i sebab dia tengok i pakai macam best. Kalau nak tengok review korang tengok sini



Geli ahhh tengok di punya tapi itu menunjukkan Charcoal Mask ni sangat berkesan yawww! Pergilah Daiso sekarang dan beli :)


22 comments:

Rezal Ishak said...

yayy.nak beli charcoal mask. tak cabut misai and janggut. haha. thanks for the info.

Legasi Piston Pecah said...

gunakan tanpa was-was

intanurulfateha said...

sis dgn irfan suke beli cokelet dkt daiso! hehehe nt nak beli gak lah mask tu. mcm menawan je. pastu bento tu ape taz?

taz said...

rezal; welcome :)

pistonpecah; betul tuu :)

mai said...

berapa ringgit?

taz said...

mai; RM5. daiso semua RM 5 :)

Rezal Ishak said...

;)

Rahimah Hedlund Sazali said...

eee mcm best je..daiso ade kat IOI je ke kak?

| zee ana | said...

yuuuuhuuu . .lawanye edit picture . .
gne photoshop erk ? ?
mcam mne nk download erk ? ?
da try bnyk kali . .but asyik salah jewp . .
hope u can guide me . .

taz said...

rahimah; aah. ioi je ;)

zee ana; emm. guna adobe cs3 or cs4 je. nanti kite carikan katne nak download.

farhana said...

sweey sweet sweet~ :D

Nurain Hasan said...

waaaaaa~!best x charcoal tu?
nk try la!
;p

taz said...

Nurain Hasan; Best! ;)

Muhamad Zaki Zafir said...

prnh try gak dlu bnde ni, tp bukan charcoal mask la.guna biore pore pack black.mcm2 dia tarik keluar.hidung pun rasa licin je. :)

taz said...

zaki; yg tu pun best. tapi yg ni lagiiii sakit :P

Anonymous said...

hehehe...thanks to kak taz coz blikn utk kte...huhu...;p
tiera^_^

taz said...

tiere; hehe. welcome :)

ojousara said...

nak tumpang tanya,,,product tu halal ke?

wan said...

tapi bende ni bole membesarkan pores kn .

nizzesme said...

mcm bez..xbkesempatan pegi daiso lg..mtak belikan boleh? :)

nizzesme said...

mcm bez..xbkesempatan pegi daiso lg..mtak belikan boleh? :)

zeeqazainal said...

Salam. Hai Taz. Meh la shooping kat tempat aku plak. Just nak share :). Saya Group Leader Daiso cawangan Aeon Taman Equine. Benda ni memang bagus. Kadang2 cust borong 1 bakul. Selain IOI, Ade banyak lagi Daiso Under Aeon. macam kat Selangor cawangan Daiso yang ada, kat Aeon Taman Maluri, Taman Equine, Sunway Pyramid, Bandar Utama, Rawang, Bukit Tinggi, Perak kat Ipoh, Utara kat Queensbay (Penang), Melaka kt Bandaraya Melaka n Mahkota Parade :)