Monday, February 7, 2011

Entry ke 200 *siput main blog pun lagi laju*

Salam korang :) Hari ni dah start kelas. Satu kelas jee. Kelas Korea yang sepatutnya pukul 8.30 pagi dah tunda hari Khamis every week. Kelas QMT pulak cancel lecturer MC. Lama gilaa dah dia MC ni nak masuk minggu ke-3. Banyak ah kelas ganti lepas ni. Kelas CRG pun dah 3,4 kali cancel kelas hari tu. Aigoo


Ok yang ni cerita lawak antarabangsa. Semalam nak wish birthday kawan and dia tu sebaya dengan i. Nak cakap Sweet 22 lepas tu rasa lain macam pulak. Lepas tu save as draft kejap sms tu. Pergi aplikasi kalkulator dan kira 2011 tolak 1988. Oh dah 23 tahun rupanya. Aku je la yang perasan tulis dekat blog 21 going 22 Years Old. HAHAHA. Ini bukan kes tak sedar diri tapi confuse dengan umur sendiri. Mungkin sebab terlampau banyak makan semut.

Ini salah.
I am 22 going 23 Years Old. Thank You ;)


Nurain Hassan cakap i senior dalam blogging ni. Senior lah sangat. Orang yang baru setahun blogging entry dah ribu² *kot?*. I dah tiga tahun baru nak masuk 200. Ye kawan². Ini adalah entry ke 200. Mari kita rai kan :)


I baru perasan blog i sebelum ni takde archive. I dah letak dah. Siapa nak tengok entry lama² dan kebudak²an sila la geledah dan gelak ramai². I baca balik pun nak gelak. Entry panjanggggg gila tak reti nak buat perenggan. Ayat nak short form je kan. Tapi takpelah. Makin hari makin nampak peningkatan. Ececeyhh.


Aplikasi baru :)

Okeylah. Nak balik nak study hari Rabu ni ada kuiz Far450. Ni pun update dekat cc depan rumah sewa. Nasib baik boleh print screen dan jugak ada paint. Ada jugak la gambar menghiasi entry ni. Tergagap lah jugak nak guna paint tadi sebab dah biasa pakai photo editor canggih je sekarang. MUAHAHAHA. Ok tak payah berlagak sebab semua orang pun kecik² dulu pergi komputer ayah hanya untuk bukak paint main lukis². Kalau tak pun main solitaire atau bom² yang nama Minesweeper tu.

Ok babai nak balik study tidur. Thanks for reading :)


12 comments:

Nurain Hasan said...

ehhhhh ape ni kutuk kite! hehe
nway tahniah krn sudah mencapai entry ke 200
;p

Khumaera Ismail aka Habibi Hamid said...

3 thn? waaoooo..kagum nya =) kire senior la nie..

Yang comel,
Khumaera Ismail

noorafzan said...

ala...muda belia lagi tu. kak dah nak masuk 26.
Samalah dengan ur older sista tu ha.

kemsalam kat dia eh.
cakap kat dia akak punya majlis 12/6.
Jangan bagitahu orang lain. sebab lambat lagi kan.
Pastu taz ngan dia wajib datang kenduri. hehe~

taz said...

Nurain Hasan; tak kutuk laa. ngumpat je :P anyway thank youu ;)

Khumaera Ismail aka Habibi Hamid; OH NOO! Jangan la cakap senior nak pengsan pulak dengar. i muda lagi :P

taz said...

sis afzan; wah wahhh. seronoknyee nak kawen dah. ok la tuuu kakak kite sibuk nak belajar lagi pastu nak amek master pulak kang. ntah umur bape la dia kawen tu :P ok bos! insyaAllah kite datang kenduri akak :)

Muhamad Zaki Zafir said...

haha..lebih kurang je lah..3 tahun blogging jugak, entry baru 200 lebih.

tp malu nk baca entry dulu2.ayat tak matang.terus tutup. :D

syufaa said...

ehhh..lohh..kite siyes xpasan awak tulih tepi tu umo awak..uhuu..ingt skolah lg..aihh..awet mudo.. :D

iLa Fadilah said...

taz, awak cantek pakai shawl kaler merah tu. patut buat tuto cara pakai shawl! thumbs up!

taz said...

Muhamad Zaki Zafir; eh ada geng la. hehe :')

syufaa; sekolah lagi la nii. kat uitm. hehe

ila fadilah; ala segan la nak buat tutor2 ni. ramai lagi yg legi hebat. malu la saye kang macam syok sendiri plak :P

fauzan said...

satu penerangan yg baik..=)

Imran nyambek said...

saya blogger baru.mintak cium.eh silap mintak tunjuk ajar.hehe

Ihsan Arifin said...

lame tu 3 tahun. ihsan bru sbulan kak ;D