Friday, February 25, 2011

Jagalah tulang belakang korang supaya tak menyesal di hari tua


Sekarang dah kurang dah sakit² belakang macam dulu. Kalau dulu duduk lama sikit je dah tak boleh tahan. Memang i tak minum susu. Tak suka susu. Tapi taknak salahkan tak minum susu sebab saya minum soya :P


Salah satu punca sakit belakang adalah sebab pakai beg berat² sebelah bahu. Doktor la yang cakap. Macam kebanyakan perempuan pergi kelas la pakai beg cantik² sebelah kiri or kanan. Dah la buku i berat² sem ni. Lagi² buku FAR450 tu. Buat baling kucing terus Innalillahi wainna ilaihiraji'un.


Macam ni lah contohnya. Tak cukup kat bahu, dipeluk lagi buku tu. Inilah kembar siam i kat UiTM. Mana² pergi mesti dia nak ikut. HAHAHAHA. Ok tipu. Kitorang sentiasa bersama sampai lecturer pun cakap "Korang kembar ke asyik berdua jeee". Kembar lain mak lain bapak je. *out of topic jap*

Sebenarnya bawak beg macam ni berat² tak elok tau. Kalau banyak sangat pegang lah sikit buku macam atas ni supaya sebelah bahu tak menampung berat yang melampau. Kalau pergi shopping ke takpe lah bukan berat pun melainkan korang usung lesung batu sekali. Kalau nak pergi kelas pun masa buku sikit takpe. Tapi mananya nak bawak buku sikit. Hari² banyak je buku i kena bawak kecuali hari Jumaat satu kelas.


Sebenarnya nak cerita i beli beg baru. HAHAHAHA. Banyak pulak putar belit nak ke cerita sebenar. Tapi memang i beli untuk kurangkan sakit bahu dan sakit belakang. Ni haa. Comel kan comel kan? Beli kat Times Square. Banyak beg macam ni cantik² kat sana. Harga pun affordable, RM 40.



Tapi kadang² rasa macam budak kecik pun ada. Bawak beg sekolah tangan pegang botol air. Tak kisah la. Asalkan selesa yaww. I taknak lah umur belum tua tapi ada masalah tulang belakang. Nak minum susu tak suka nasib baik boleh ganti air soya. Sama juga khasiat dia ;)



Nak cerita sikit hari tu i pergi makan dekat Restoran Ayam Penyet. I nampak lauk ikan keli terus nak order lauk ikan keli. HOI! Baik pergi kedai lain kalau nak makan ikan keli. Dah pergi kedai ayam penyet kena la rasa ayam penyet. Tapi nak buat macam mana. I am ikankeli-biased. HAHAHAHA. Tak boleh tengok nanti meleleh saliva EUWWWW. :P


Yang ni baru Ayam Penyet ;)

Ok lah. Sebenarnya taktau nak update apa sebab tu keluar cerita macam ni. Babai korang. Terima kasih kerana membaca ;)

*gambar sampingan*

p/s kepada kembar siam; Sorry guna gambar awak. Mesti awak bangga kann? HAHAHA. Gambar dah macam pesalah je. Nanti kite belanje bigbite setengah :P

6 comments:

sizuka[Izzati] said...

comey ah beg baru taz.hihihi.kite xminat minum susu jugak.suka soya jugak tapi susu soya dekat sini tak sedap mcm yeo's.hehe~

taz said...

sizuka; kite tak suka soya dalam kotak tu. yeo's ke apa ke. kite suka yang fresh beli kat pasar lagi sedap :))

Ahn said...

taz, khasiat susu lain2 la..

Legasi Piston Pecah said...

memang kene jaga..
nanti dah tua, ada masalah sakit belakang...kan susah...hihi

Muhamad Zaki Zafir said...

susu? sedap.coklat strawbery full cream pun ok.

ayam penyet? haritu makan kat ole2 seksyen 18 tp x ok sgt..so far yg ok kat sunway pyramid. :)

taz said...

Ahn; apa bezanya? hihhiii

Legasi Piston Pecah; Betul betul betull. pastu nanti nanti baru nak menyesal.

Muhamad Zaki Zafir; Yang susu coklat dutch lady saye sukee. hehee
ayam penyet tu kat seksyen 7 :)