Sunday, February 6, 2011

Korang berblogging untuk apa sebenarnya?

Bukak Facebook je dekat wall semalam penuh dengan official announcement lah, please verify account lah, Mark Zuckerberg tension Facebook dia dah over capacity la apa laaa. Benda² macam ni i malas dah nak percaya sebab hari tu tertipu dah baca surat khabar Facebook nak tutup bulan Mac ni. Haihh. Nama pun baca paper kan? Mestila ingat semua betul je. Rupanya drama semata. Yang ni pulak, i nak try la klik tengok apa yang terjadi, then keluar macam ni



Hah! Nampak sangat orang yang buat. Application kot. Siap mintak permission lah bagai. Ingat nak main kuiz Siapa Bakal Calon Suami Anda? HAHA. Ok tak lawak. I pun tak alert sangat tadi. Biasa lah orang demam. Adik i lah cakap "Nampak sangat orang buat". I pun "Aahh kan" Terus tutup tak nak proceed kalau tak nanti bengang sendiri je sebab dah dipermainkan.

Semalam adik i, Arif, tanya cousin i mana blog dia. Then dia cakap lah dia terlupa dah password dia apa. Lepas tu adik i yang si JOE Jambul tu menyampuk, " Nak buat apa buat benda bo**h ni. Buang masa jee nak cerita kat satu dunia buat diari lah bagai lepas tu nak orang komen² apa semua bla bla bla" Eh tolonggggg sikit. Jealous lah tu kan takde blog?

Blog itu blog. Bukan diari. Bagi i laa. Sebab some personal matters need to be kept to ourselves kan? Bukan semua nak cerita kat orang. I'm blogging for fun. Share pengetahuan, perkara² best, pengalaman best etc. Eh lagi satu i suka cerita pasal family. Siapa nak baca, baca. Taknak sudah. Lagipun adik beradik i 12 orang. Raya ke, party apa² ke, abang i bertunang ke, semua i update kat blog. Dah tua kang sibuk ah korang nak tengok blog akak kan nak kenang balik kenangan² lalu. Ececeyh. HAHA.

Tapi memang betul. I berblogging pun untuk masa akan datang nanti bila dah tua ke, baca balik blog sendiri gelak sorang² teringat kenangan muda² dulu. Haihh. Kalau lah zaman Maktok i dulu dah ada internet, mesti best kan kalau baca blog dia. HAHA. Siapa yang rasa memori indah itu penting, buat la blog supaya memori itu akan kekal bersama sampai korang dah tua nanti. :)

Kepada Jo, satu hari nanti kalau awak sign up Blogspot memang akak lah orang paling kuat gelak. MUAHAHAHAHA. Ok dah. Bye korang :)

p/s; Menyesal tak cash out Nuffnang hujung bulan. Kan dah dapat lambat cek dia. Baru tau kalau cash out hujung bulan dapat cepat. Biasalah orang tak pernah cash out. Cash out cukup² makan. Blogging dah 3 tahun tapi earning Nuffnang macam siput sebab malas update. Tapi orang cakap, kalau dah cash out sekali, earning Nuffnang cepat naik. Yeke? Bestnyeee. One more thing i love about blogging, BOLEH DAPAT DUIT. KALAU DAPAT KUMPUL RIBU² TAKNAK BELANJA SI JO ITU. MUAHAHAHAA. Ok babai korang :D


10 comments:

Muhamad Zaki Zafir said...

dh 4 bulan psg nuff, tp duit baru 20+ je.xblh cash out.bila lah baru boleh, xsbr. :)

taz said...

kire ok la tu. cepat jugak nuff naik. i punye lambat gilaa. sampai dah give up dah dulu. hehee

azman said...

setuju setuju

.:padie_eyla:. said...

huehh. best nyee dapat duit. hek33

miss zulkanine said...

hehe..zaman cucu2 nty lagi canggih.
haha..lagi satu, kalau si joe tu da sign up blogspot, jgn lupe bgtau aku yer..na yumpang gelak sekaki.

Rezal Ishak said...

nuffnang tu majikan korang ke?

syidacantik said...

padahal si jo tu bukan ada blog kee ? gelabah pula dia. mat saleh celup. haha

Nurain Hasan said...

wah! ini senior blogger ni.dh 3 thun siot!sy baru 6 bln kot ;p

taz said...

azman; bagus pihak pembangkang ni. setuju pulak dia :P

padie_eyla; ciput je pun. hehe

miss zulkanine; ish takleh. kakak dia je boleh gelakkan dia. :P

rezal; taklah. kitorang punye sponsor :P

syidaperasan; yela tuu. celah mana ntah si jo ada blog. tak penah nampak pon. yg awak ni tak reti nak guna account sendiri nape? takut akak baca blog dia ar tu. HAHA

Nurain Hasan; 3tahun pun tak terer macam korg lagi. zaman2 diploma dulu buat blog suka2. mana ada nuffnang mase tu :P

syidamemangcantik said...

ehhh ! awk tau password akak ea ? ohh S*** ! hahahahahaah ! kena tukar ni. haha