Tuesday, February 22, 2011

Lumrah perempuan suka jaga penampilan dan nak nampak cantik sentiasa :)

Dah seminggu lebih tak update blog.Hari Sabtu Ahad lepas i tak balik rumah sebab ada modul yang wajib di-attend oleh kami pelajar Tahun 6 Part 6. Sumpah tension setiap kali modul. I ingat dah habis kat diploma je. Naik degree pun nak jugak kena modul. Apakah ini semuaaa? Tapi bagus lah ada modul. Banyak perkara boleh belajar. *ayat pasrah*

I nak cerita yang ni dulu. Pasal Etude House Face Glam yang i dapat tau dari Ailyl yang comel itu :) Serious kalau i pergi Etude House mana2 tak pernah terfikir nak tau benda2 lain selain eyeliner, eyeshadow, BB cream, blusher dan jugak benda2 basic lain. Tapi bila Ailyl buat tutorial make up tu, hati i meronta2 nakkan Face Glam tu. Survey harga tanya Ailyl dia cakat around RM40-RM50 above macam tu. MAHAL GILA OK!

I survey2 kat internet pun memang macam tu harga dia. Then i pergi survey dekat forum Lowyatt ada orang nak jual. Baru punya tak pernah guna and ada free gift lagi dengan harga RM 37. Gembira gila cepat2 i nak beli tapi rupanya dah ada orang reserved. Tapi i tanya jugak i cakap i serious nak and dia pun jual dekat i sebab orang yang reserved tu tak respond2 pon. KAHKAHKAH PADAN MUKA SIAPA SURUH LAMBAT KAN AKU DAH REMBAT DULU. :P

Jadi selepas membuat payment dengan pantas dia pos i pun dapat lah barang idaman :)



Yang lagi tiga tu free gift. Produk Etude House jugak. Siapa nak? I taknak la. Banyak sangat tak terguna semuanya. Lama2 basi dok dalam laci tu. Kan dah rugi. Siapa nak cepat2 cop. Dia ada toner, lotion and lagi satu tu moisturizer. Kira macam trial pack la sebab cenonet je. Hehee


I sebenarnya sebelum dapat Face Glam ni i confuse gila. I ingat dia ada dua jenis. Yang liquid dengan yang compact. Sebab i tengok tutorial Ailyl dia campur yang liquid tu dengan BB Cream. Last sekali dia cakap sapu2 dekat pipi and i tengok yang dia sapu tu macam bedak compact pulak. Dah kurang gembira dekat situ sebab i nak complete set la kalau boleh. I tanya dia, dia cakap 2 in 1. Gitu rupanya. Hihii. Korang yang tak faham tengok lah gambar. I baik hati tangkapkan gambar nak bagi kawan2 faham sekali. :)




I pakai ikut cara Ailyl. Yang liquid tu campur sikit dengan BB cream. I guna Silky Girl punya BB cream sekarang. And resultnya sungguh mengasikkan dan dramatik sekali. HAHAHAHAH. I suka Face Glam ni sebab nampak natural. Ok sekarang mari kita kira harga muka masing2 ok. I punya basic make up hari2 ialah;


Simple Facial Toner; RM 17
Silky Girl BB Cream; RM 39.90
Etude House Golden Ratio Face Glam; RM 37
Pixy UV Whitening Compact Powder; RM 19.90
Maybelline Eye Studio Gel Eyeliner; RM 32
Avon Smooth Mineral Blusher; RM 25
LipIce Sheer LipColor; RM 12 *tak sure*

Jumlah; RM 182.80

OOOO EMMMMM JIIIIII. Sumpah tak percaya. Perempuan memang suka buat investment ke arah macam ni kan? HAHAHA.Tu belum masuk pencuci muka, moisturizer segala. Eh i tak pakai moisturizer sebab i pemalas. Malam2 cuci muka tepek toner seluruh muka terus masuk tidur. Sekarang i pakai toner jenama Simple sumpah best gila. Dulu i pakai Nivea. Tak kisah la mana2 jenama pun kebanyakannya mesti muka rasa kesat lepas pakai. I nak tidur pun pakai bedak nak bagi muka lembut. HAHAHAHA. Tidur pon nak cantik2 tak senonoh punya perangai. Tapi bila pakai jenama Simple, rasa lembut je tak payah susah2 nak pakai bedak dah. Jadi perempuan macam i memang cerewet sikit. And i sukaaaa main make up. Harap maklum.


Kepada lelaki diluar sana sila jangan mengeluh kalau ada girlfriend macam ni. Sebab lumrah perempuan nak nampak cantik sentiasa ;)


Ni i pakai Face Glam tu. Tak nampak beza pun dalam gambar. Korang kena rasa dan lihat sendiri. Ececeyy :P


Ok lah. Esok i update lagi. InsyaAllah. And btw, thanks to Ailyl sebab kenalkan Face Glam ni. :) Babai korang!


10 comments:

EJA said...

saya suka tau bab makeup ni!

Muhamad Zaki Zafir said...

wow byknye blnje.. :D

taz said...

EJA; saye pon suke :D

Zaki; Bukan belanje. Ni investment. KAHKAHKAH :P

sizuka[Izzati] said...

cantiknya kulit taz.mulus gituh~!

Muhamad Zaki Zafir said...

laki byk blnje kat kereta pulak.lg mahal.diri sndiri pakai baju biase2 je. :D

Ailyl Rozanna said...

hahahaha comel jep yang pic last tu. muka innocent ! yepp face glam yg cecair tu better u blend sikit dgn BB cream. Hasilnya mmg cantik.. sales girl kat etude house tu yg ajar i cara nak pakai dia ..! yg bahagian atas tu plak sapu kat atas tulang pipi.. dia buat pipi nmpk shining and healthy skin ! <3

mIsSy NiTa said...

nak tgk tutorial dia.. kat mane???

Amirrah Zawani said...

biasa lah alat2 mekap mmg mahal..
i pun ada beli gak face glam.. :)

taz said...

sizuka; mana ada. camera trick je tu :P

zaki; tu la beza lelaki n perempuan. hehee

ailyl; thanks ailyl for the info. syg u! :)

kak nita; kat blog ailyl yg komen before akak tu. hehee

amirah; best kan dear :)

CikAnyss' :O said...

seronoknyaaa dapat rm37 jaaa , nak jugak !!!! tgh cari gak ni ,,