Sunday, March 27, 2011

Kami Prihatin. Korang Prihatin Tak?


Sorry dah lama tak update blog. Broadband dah reach limit so dia sangat laju macam kura² sekarang. Ni pun i try jugak update. Tapi banyak gambar so tak sure lah boleh ke tak. Kalau korang tengah baca ni maknanya boleh la kan. HAHAH. Sebenarnya i kat rumah. Boleh la update dengan senang hati tapi wireless pun macam hidup segan mati tak mau je ni. Kejap ok kejap tak. Hish!! Tension kot. So, terpaksa pakai broadband.

Last week, hari Sabtu, 19 Mac, i dengan kawan² join larian amal Kempen Kami Prihatin. Nak tau apa itu Kempen Kami Prihatin? Kempen ni di tubuhkan bagi menyedarkan orang ramai tentang betapa seriusnya kes pembuangan bayi yang berleluasa sekarang ni. Kempen ini secara tak langsung bagi membanteras atau mencegah kegiatan² tak bermoral tersebut.

I dengan kawan² mula² datang sebab nak sijil je. Tapi bila dah tengok video dengar ceramah apa semua, rasa semangat pulak nak tolong mangsa² atau ibu² atau sesiapa yang berkenaan untuk bagi diorang sokongan moral supaya tak melakukan kegiatan buang² bayi ni. Kita sebagai masyarakat sepatutnya tak patut mencemuh atau memaki golongan² macam ni. Walaupun diorang dah buat silap, bukan hak kita untuk menghukum. Itu antara dia dengan Tuhan.

Sebagai masyarakat bertanggungjawab pulak, tugas kita untuk bagi nasihat atau sokongan moral supaya diorang tak terdorong untuk buang bayi diorang. Kesian dekat baby² tu semua. Dah la kena buang merata, kena gigit semut satu badan, kena hurung lalat, di makan anjing, Ya Allah, Tuhan je lah yang tau seksanya baby tu semua. Bukan ibu² diorang je yang bersalah, kadang² kita sebagai masyarakat pun salah jugak sebab mencemuh golongan² macam ni. Sebab itu lah antara faktor yang mendorong diorang buang bayi diorang.

Banyak pulak i ceramah kat sini. Hehee. Overall, program hari tu best sangat. Tak menyesal kitorang pergi. Pagi² sampai kena lari dulu. Jauh tak jauh jugak la. I dengan kawan² antara orang yang lambat sampai. HAHA. Orang tengah sibuk lari kitorang pulak sibuk tangkap gambar.



Ucapan Naib Canselor UiTM, Dato' Prof Dr. Sahol Hamid Abu Bakar.

Ucapan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,
Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Perasmian Program :)

Forum bersama Ustaz Akhil Hayy.

Artis undangan, Heliza dan Nubhan. Ada lagi sorang tapi dia takde masa ni. Adzrin Adzhar nama dia. Kelakar gila kot dia. Tengok nama i ingat lelaki rupanya perempuan. Hehe

Signing the banner :)


Makanan semua sodappp!

Bila kitorang dah takde kerja.

Okey lah. Itu saje yang dapat saya kongsi disini. Sebelum tu dengar lah lagu tema Kempen Kami Prihatin ni. Semua artis best² . Ok babai. Thanks for reading :)






5 comments:

sizuka[Izzati] said...

wahhh prihatin~!bagus bagus.

alin duan said...

suka xtvt cmni, jelesnya..

azalia hjsalleh said...

BESTNYA EVENT MCM NIE ;)

taz said...

sizuka; hehee. mekasih :)

alin; ala lin, yang penting kite support. hehee

azalia; best kan? :)

noraliza said...

event yg sgt bagos :)