Thursday, April 21, 2011

Sup Bebola Ala-ala Steamboat :)


Assalamualaikum semua :) Hari ni i nak ajar korang masak sup bebola ala² steamboat. Hahah. Bajet je nak ajar orang. Budak kecik pun pandai buat sup senang macam ni. Tapi takpe lah. Yang perempuan² sila abaikan sebab i tau korang memang hebat memasak dari i. Hihii malu pulak. I bukan pandai masak sangat. Basic² je boleh la. I ajar untuk orang² bujang je yang agak² malas nak masak rumit². :P

Semalam nenek i yang beria nak makan sup ni. Dah beli barang² terus lincah masuk dapur buat. Tup-tup dah siap. Memang bujang habis ah. Korang hanya perlu ada bahan² ni saje;

- Apa² jenis bebola yang korang suka. Sosej pun boleh.
- Kiub pati ikan bilis Knorr.
- Sawi seikat.

Okayy. First sekali korang panaskan air dalam periuk. Dalam 5/6 cawan. Masukkan kiub ikan bilis tu dalam 2 kiub atau secukup rasa korang. Agak² dah nak menggelegak tu, masukkan bebola semua. Kalau tak cukup masin, tambah garam secukup rasa. Bila rasa² dah masak tu, masukkan sawi. Jangan lama² sebab kalau terlampau masak pun nanti hilang khasiat dia. Heheh. Lepas tu tutuplah api dan siap! :) Senang kan macam masak maggi.

Tadaa! Ni lah rupanya.

Ni pulak kiub pati ikan bilis yang i maksudkan.

Yang i buat ni takde guna minyak tumis² bawang putih semua sebab nenek i tak boleh makan minyak. Kalau korang nak tumis bawang putih tumbuk lada hitam sekali pon boleyyyh. Okay la malas cakap lebih² i bukan terror pun masak² ni. Masih belajar lagi. Hahahah. Okay bye and thanks for reading. :)


6 comments:

sizuka[Izzati] said...

whoahhhh menarik.simple banget.bleh diusulkan kepada housemates nih.thanks taz~!

taz said...

hihi. boleh ajee. :)

cik aryu said...

wah,senang je ne
kena try

taz said...

cik aryu; try la :)

Aisumi Chan Kawa'i said...

cara senang! boleh cuba la pasni ^^

enyheartsdiamond said...

hehe.. eny pun nak belajar masak la cuti ni :D