Sunday, May 29, 2011

Super Junior-M @ Hari Belia Negara. Apa korang dok gaduh² ni?


Hai ELFs :) Best tak korang yang pergi Hari Belia semalam? Best tak mini concert SJM? I tak berapa menyesal la tak pergi sebab Donghae takde pun. Hihii. I duduk rumah je and dengan innocentnya berangan nak tengok Dream Concert live dekat KBSW rupanya dia takde live. 10 Jun nanti baru keluar kat KBSW. Last², tengok ulangan Maharajalawak dengan Aizat dekat AF semalam yang best gila *woot woot*

I dengar² cerita kepoh pasal artis Malaysia kutuk² Suju. ELFs pun hentam² artis² ni. Ishh. Ada yang mengamuk la, taknak respect local artist dah la, and macam² lagi. Artis² ni pulak makin angin and makin biadap pulak kata² yang digunakan. I baca tweet² korang, tweet² artis ni semua tapi i taknak berpihak pada sesiapa.

1st, kepada all the kpop-lovers out there. Chill lahh. I pun kpop-lover tapi still la kena support local artist. Kena la faham perasaan diorang jugak. Cuba imagine kalau kita ni artis, lepas tu ada event yang at the same time ada artis luar jugak yang perform. And pihak penganjur macam melebih²kan artis luar sampaikan kita sebagai artis dalam negara, nak pergi toilet pun kena jalan jauh² sebab toilet yang terdekat tu untuk artis luar. Okay, that's what i understood from the situation last night. Kalau i artis pun, i terasa la. And bila peminat² artis luar ni nak bash i dengan rude words and all lagi i sedih taktau macamana nak pertahankan diri sebab golongan mereka terlalu ramai.

I dah baca tweet artis tu yang cakap dia tak puas hati semua. Memang dia ada hak untuk rasa macam tu. Tweet tu pun memang kasar. Betul. I baca memang kasar. TAPI! Kita pun benda kecik kita curse orang apa semua. Semua manusia buat silap. So, jangan la nak bash artis² ni lagi. Diorang terasa sebab macam di anaktiri kan. Sebab tu la kot bahasa kurang enak terkeluar. I pun marah sebab sampai ada yang tweet kata nak kencing kat muka Suju? WTHeck. Memang biadap. Tapi, semua peminat² Suju, jangan cepat melenting ok. I tau semangat ELFs memang kuat nak sokong SUJU and marah sebab benda² ni. Just let them be. Kita akan rasa macam diorang jugak kalau kita dalam kasut diorang.

2nd, kepada artis, jangan la rude sangat. Jaga bahasa sebab korang kan artis. Rody Kristal, dia ni yang tweet tak puas hati tak dapat guna toilet kan? Okay. I baca tweet dia. Memang dia tak puas hati tapi dia takde sumpah seranah SUJU. Dia marah dengan pihak penganjur. Sebab peminat SUJU marah dengan tweet tu, semua jadi melarat. Benda kecil jadi besar. Nasihat untuk Rody, just ignore all the bashing. I rasa dia tak salah pun. Tweet dia di salah tafsir sampai jadi macam ni.


tweet dari Rody.

Untuk Mila pulak. Dia pun terasa benda yang sama macam Rody. Dia cuma reply apa yang Rody tweet lepas tu orang ingat dia yang tweet. Kena hentam jugak dengan ELFs. So, kepada Mila, bersabar and teruskan usaha untuk lebih maju. Yang i marah, dengan Azwan Ali and bandmate Kristal yang kata nak kencing dekat muka SUJU tu. Azwan Ali sebab dia mencarut² panggil ELFs anjing. Hamboiiii. Sedap mulut berbahasa. Awak tu artis la tolong professional sikit. Ni macam budak kecik je perangai. ELFs pun, berhenti la nak gaduh² dengan artis ni. Takde apa yang baik yang kita dapat. Maki² orang kita yang dapat dosa balik.



Twitter Mila.


Unhappy fans. It's not good to act like this. Please behave :)

Malas nak printscreen twitter Azwan Ali. Bahasa dia tak sesuai kat blog i. HAHA. I bukan la baik sangat nak nasihat orang ni semua. Cuma sedih sebab benda² macam ni pun boleh jadi. Okay laa. Malas la nak cakap banyak nanti blog i pulak yang kontroversi. Jangan gaduh². Tak best. kbyee. Peace y'all.


18 comments:

anish said...

haha penangan elfs :) they have yet to know how fanatic this people can be. sampai gaduh2. haha taktau pun pasal ni. mcm kelakar pulak :D

but still, rase mcm kalau both dpt equal treat, that wud be better. even benda2 kecik mcm tandas ni. hehe

Taz Jaafar said...

anish; kelakar kan? baru diorang tau semangat elfs macamana. and the organizer too, tak patut macam tu. kena la adil. memang la artis jemputan kena treat baik2 tp jgn sampai artis sendiri rasa macam di anaktiri kan. kesian jugak. hehee

Nzyrahun said...

SCARRY GILE KOT :/
Rasa macam kadang2 aishh -__-
Gaduh pasal kpop kpop kpop macam xde benda lain jek malaysia sekarang haizzz

Oh nazyrah delete twitter lama tu lol,baru je follow kak taz ,kalau byk benda ft island tu hah tu saya hehehe
ada dua twitter :p

Taz Jaafar said...

tu la pasal. scarylah. tak pasal2 kpop yg dapat nama buruk sebab benda2 kecik yg jd punca. neway dah follow balek nzyrah :)

mia.azlin said...

pheww ! t'kojot jugak bce entry nih. xsangke boleh jd b'gaduh smpai mcm tu ek. adehhh. jgn melarat lg teruk suda lah. huhu

Taz Jaafar said...

mia; jgn disangka air yang jernih takde buaya. HAHA #tetibe

sizuka[Izzati] said...

kemain lagi sampai nak kencing.hadoilahhhh memacam betul.

Legasi Piston Pecah said...

pihak pengajur lah yang salah tu..punca utama semua bende nie jadi...

fannie said...

i linked kan entry ni from my blog, if u tak kesah. hehe.

Taz Jaafar said...

fannie; nvmind :)

Sesuai Sangat said...

kesian artis malaysia.. dorg xsalah.. dorg just menyuarakan rse xpuas hati dorg jek...

cika said...

hm.. bukan salah suju n artis msia.. organiser tu yang terlalu xmunasabah.. wp saya elf, tapi saya pun faham perasaan artis2 msia.. klu saya jadi dierong pun, bengang gak rasa.. tapi yang paling saya xfaham n marah, kenapa elf nak kutuk2 dierong. kan dah buruk nama elf? dah la kite ni kpop lovers pun dah sememangnya xdisukai oleh sesetengah masyarakat msia.. msian elf kan dikenali dengan budi bahasa nya? harap2 reda la masalah ni. jangan sampai artis korea dah serik nak datang.. artis2 kita pun kene la jaga mulut ckit.. peace..

Dee Lunatik said...

from:

Legasi Piston Pecah said...

pihak pengajur lah yang salah tu..punca utama semua bende nie jadi...


Reply :

Yea kalau nak marah g marah kat organizer bukan SUJU M. ELF is just protecting our Oppa. ELF sendiri kena tunggu lama sejam sebelum SUJU perform tanpa ada sebarang persembahan tak bising pon. for me IF the product is good people will defiantly gonna like it no matter what. kalau Artis yg kutuk 2 sebagus SUJU M pasti mereka pon diberi layanan yg sama. PLUS Rody pon dah cakap nasib sebab bayaran persembahan ok so dia tak kisah. Isu ni kalau disembang2 pasti tak akan dapat puaskan mana2 pihak. Just that for me ELF pasti marah bila SUJU diperkata sebegitu sedangkan mereka datang atas jemputan. Jadi do not salahkan SUJU M. Kalau nak marah supposedly salahkan penganjur. Why ELF boleh jadi marah simply because they know how hard is the journey yg SUJU lalui b4 debut n how good they are.That y ELF really support them & protecting them. Mereka bukan artis Mee Segera yg cepat kembang.

♥ me ♥ said...

nice entry. for me it's just misunderstanding. hal kecik je. even like u said, kalo kite recap balik tweet rody tue, dia marah ngan penganjur. yg lelain tue penambah perasa je. tak pasal dh jadi hangat.

btw i think rody & mila pon dh minta maaf.

so peace y'all ^.^

thank you for a good comments.

HaeGirlz said...

patutnya artis malaysia blame pihak pengrusan bkn hentam artis korea..
mau x mengamuk elf x pasal 2..
haha,klakar bla tgk suju post thanks to all fans but artis malaysia duk gaduh ngn elf...

sy4zk4rin said...

sedih bace ayat2 artis msia..kerajaan punyela launched macam2 kempen budi bahasa..last2, public figures sendiri yg x menyahut kempen tu..sob2..kalau tak puas hati tu, patutnye x payahla guna ayat yg "sopan" semacam tu..haha..the truth is, i have some of my respect to malaysian artists..sorry..

Dee Lunatik said...

Isu nie masih tak reda lagi... skang the whole world dah tau pasal isu nie dan ada antara ELF dah translate it to Eng. What a SHAME!. Hanya sebabkan siu kecil tapi dah beri impak buruk pada malaysia... Pengajaran dari semua nie FIKIR DULU SEBELUM BERTINDAK. Skang kalau mintak maaf pon The SCAR Will Always Be There.

ayanuts said...

hhaaiiii tak sangka bnda mcm ni pn jadi satu isu yg besar..chill laa