Friday, June 3, 2011

2nd day - Casting, cendol pulut, rojak.

Assalamualaikum :)

Hai korang! Nak tau 2nd day intern apa i buat? I susun balik dokumen² yang i buat data entry semalam ikut kategori. I dah rosakkan file office. HAHAH. Dah susun² taktau nak tutup besi tepi tu *taktau nak panggil apa* macamana. Dengan muka innocent cakap dengan Kak Ani dah siap susun, tapi tak reti nak tutup. Dia tengok je, terus dia cakap file tu dah rosak sebab i salah bukak. Pangg! kat diri sendiri. Nasib baik dapat officemate baik². Lepas tu dia bagi file lain, i susun lagi sekali. Hari ni jumpa officemate baru, Kak Ayu. Semalam dia tak datang sebab emergency leave. Cantik orangnya. Hehee.

Dah siap kerja i, kakak² kat admin department ada discussion. I dok terkapai² keseorangan taktau nak buat apa. I main Tetris jap, tapi rasa macam tak sedap duduk je tak buat kerja. Last² i tanya Kak Ji yang kat Technical Department, ada kerja tak untuk saya? LOL! Nama je department lain tapi satu bilik jee kitorang. Diorang suruh i buat casting account. I main cakap je casting. Taktau nak panggil apa. Kerja dia macam kita cek balik amount total dalam account² client betul or salah. Lepas dah siap, kena tulis kat depan tu, 'casting done by Taz'. Haa! sebab tu i panggil casting. I tweet i penat buat casting je, orang ingat i pergi berlakon pulak. HAHAH. Penat gila naik juling mata i tengok nombor and kalkulator tu. Dah la i tak biasa pakai kalkulator tu. Terhegeh² i tekan. Esok nak bawak i punya sendiri la yang scientific tu.

Balik kerja pergi Mydin jap kakak i nak jumpa orang. Kitorang makan cendol ngan rojak. Pastu ada jualan murah MPH pulak kat parking lot Mydin tu. Time² macam ni pulak haihh dia nak buat jualan murah. Kakak i macam biasa la kalau jumpa buku² ni. Dalam pukul 9 baru sampai rumah. Nak rehat jap last² tertidur sampai 10.30. Terus bangun mandi. K laa. Dah pukul 1 malam. Nak tidur esok kerja. Bye! :)


Semalam tak dapat kan? Hari ni ambik hah. Tembam kan i? :)

Budak takde mood sebab i cakap rambut dia buruk. Suka sangat main gunting rambut sendiri. Kalau pandai takpe -_-'

Ni bukan sunburn, ni Nabiyah yang snap. Budak kecik la katakan.

Cendol pulut. I'm not your fan.

Yang ni i suka :)

Budak ni makan cendol 2 mangkuk.




K byee


4 comments:

Shahrul Huda Mohtar said...

ingtkan ko pegi casting jadi pelakon taz..hihi..selamat ber"intern" ye..

sizuka[Izzati] said...

perghhhhh teringin nak makan cendol lah pulak tetiba.

Aisumi Chan Kawa'i said...

aduii.. tergoda tgk makanan.. hari ni pulak puasa :P

cik bunbun said...

selamat berintern! heheh =D