Wednesday, June 1, 2011

Hari Pertama Menjadi Wanita Berkerjaya :)

Assalamualaikum :)

Hari ni i dah start internship. Budak praktikal je pon, bekerjaya la jugak kan? HAHAH. Sebelum pergi tu, i risau jee. Takut ada bos garang la, staff kerek la, macam² la perkara negative. Berdebar² lah jantung ni haih. Datang awal kot. Office hour pukul 9, i sampai pukul 8.30. Terbaik kan? Hehe. Sampai² je terus dapat kawan baru :) Ada 3 orang. 2 orang perempuan sorang lelaki. Yang lelaki tu bukan budak intern. Dia baru 1st day kerja. Rupanya senior i kat UiTM Shah Alam. Okey lupa nama dia. Yang perempuan dua orang tu Atikah and Alin. Heheh. Kitorang lunch sesama. Best lah ngan diorang. Cepat je dah boleh get along :)


Paling best, masuk² je kena dengar tazkirah dulu dekat surau lelaki. Rupanya dekat company i ni, setiap hari Rabu akan ada tazkirah. Ustaz dia lawak. Heheh. Tak menyesal i pilih company ni. Ada jugak pengisian jiwa :')

Lepas tazkirah, kitorang kena perkenalkan diri and on the spot dia assigned kitorang kena pergi department mana. Kitorang ada dalam 10 orang kot. Kat sini ada banyak department. Audit, Akaun, Tax, Teknikal, and Admin. I dapat Admin! Huh. I nak Audit laaa. I cari Audit firm sebab i nak buat audit! Rupanya company ni ada other services jugak. I kena duduk dekat Admin sebulan je kakak tu cakap. Nanti i kena pindah Tax Department pulak. I tak suka taxation dan ia adalah satu fakta! Oh Tuhan. Tapi takpe. I will take the challenge. I will learn to love taxation :')

First² dapat meja, i terkial² taktau nak buat apa. Tengok kiri kanan depan belakang. Last² i pergi tanya kakak tu nak buat apa, ada kerja tak untuk saya? Heheh. Terbaik kan i? LOL! Lepas tu ada kakak tu (Kak Ani) suruh i enter data pasal tabung keluarga apa ntah. I buat la. Satu hari tu i buat tu je lah. Fuh! Terasa penatnya. I ni duduk lama dah la sakit belakang. Setiap minit tergeliat sana sini. Tapi takpe. First day kan. Memang la rasa penat. Lama² nanti biasa la. Sekejap sangat masa berlalu tadi i rasa. Staff pun semua okay dan peramah :)

Company i hari Sabtu pun kerja tau. Tapi sampai pukul 1 je la. Pakaian bebas asalkan tak menjolok hidung mata. Company i pulak, selipar tinggal kat rak kasut bawah yee. Naik office kaki ayam. Heaven gila macam kat rumah i rasa. Heheh. Nak pakai selipar jamban pun boleh kot. Tapi taknaklah. Selipar i terlalu 'jamban'.

Masa lunch i lunch dengan Atikah & Alin kawan baru :') I memang suka dapat kawan baru lagi² yang best and peramah macam diorang. Kitorang makan kat cafe bawah. I ambil lauk ikan keli dengan sambal terung sama air Neslo ais = RM7. Mahal :'(

I rasa rugi sangat tak tangkap gambar 1st day kerja tadi nak buat kenangan. Menyesal pulak. Heheh. Okaylahh. Itu saje untuk hari ini. Thanks for reading :) Bye




6 comments:

wahida idris said...

selamat bekerja! :)

Rara said...

Take care and goodluck dear <3

Taz Jaafar said...

wahida: thanks dear :)

Rara: hihi. Thank youu. Cantik rara pakai tudung :)

Aisumi Chan Kawa'i said...

yieyy~ selamat bekerja.. smoga dapat sesuaikan diri ditempat orang ^__^

sizuka[Izzati] said...

whoahhhhh selamat bekerja dengan maju jaya taz~!

sYa MieLL said...

weh..kau practical kt ner??