Sunday, July 10, 2011

I'm still a blogger. A part time blogger :')

Hai semua! I taktau la ada lagi ke tak readers blog I ni. Kalau ada, memang bertuah la sangat untuk blogger pemalas yang update sebulan sekali ni. Nasib baik ada Wordless Wednesday. Terjamin la jugak blog ni update seminggu sekali :')

I nak cerita pasal aktiviti shopping online yang terbaru I laksanakan. Sebelum ni, I tak pernah frustrated dengan mana² online shop yang I pernah deal with. Tapi kali ni, emm, takde la frustrated sangat, cuma sedih sebab tak dapat apa yang I nak :(

I beli lama dah. Nak dekat sebulan tau. Excited tunggu patiently tapi at last, orang tu cakap supplier tersalah bagi stock. :( I beli wallet actually. Macam gambar bawah ni. I suka sebab dia slim macam I and I pilih pink color. Tapi last² dapat design lain T-T


Yang i dapat pulak macam ni. Dah la warna hitam macam wallet lama. I nak pink :'(




I mula² mintak dia tunjuk how the inside looks. Lepas tu dia send la gambar. And I reject sebab takde zipped compartment untuk I letak coins. I nak cari wallet baru pun sebab tu lah. Yang lama takde tempat coins. Terpaksa selit kat mana² and selalu tercicir je coins. And penjual tu cakap, ada tempat coins kat belakang. Last² I accept je la malas dah nak cakap banyak sebab dia cakap nak tunggu yang lain sampai pun lambat lagi. I terima je la mula². Few minutes lepas tu I cakap tak jadi la nak ambik yang hitam tu, and I sanggup tunggu lama pun asalkan I puas hati. Tapi dia cakap dah packing :( Semalam, parcel sampai. Dia bagi freebies sekali iaitu cincin burung hantu ni.


Mula² I tengok macam scary jee. Tapi ok la. Boleh buat takutkan budak kecik :P


Nah! My new wallet. Mula² memang tak suka. Lama² mesti I redha je. HAHA. Ada hikmahnya tu. Kita je tak nampak. Ececeyy :P Okay laa. Nanti I update lagi *kalau rajin* >__<


5 comments:

Nzyrahun said...

wow kak taz pun ada kad rabbit! nanti kalau jumpe nazyrah dalam bas rapid tegur lah hahah

Tapi pursue tu comel lah :)
sabor kak taz hehe

Taz Jaafar said...

nazyrah: Wajiblah! Pelajar UiTM kann. heheh. kad rabbit ibarat kad matric dah. HAHAH. nazyrah kat unisel pun naik rapid eh? bas no berapa? hihii ;)

hidayah sapidih said...

dulu pernah gak shopping beg on9 da siap bayar suma tiba2 owner blogshop tu call cakap beg yang beli tu da habes. tapi naseb baik dia bagi beg lain yang lagi best..hehe

Taz Jaafar said...

hidayah sapidih ; Yang lagi best ok la jugak. hehe. Ni macam tak best je dr yg order mula2 tu :(

Dr. LuRVe said...

nice entry