Sunday, July 10, 2011

Kulit Babi.


Assalamualaikum.

Hai readers! I baru je update pasal wallet yang I baru beli tu kan? Tadi abang I tengok² la. Punya la lama dia belek kan. Dia memang suka menyelongkar wallet nak cari mana tau ada gambar boyfriend ke, boleh dia buat bahan tunjuk kat semua orang. Haihh. Ok tu bukan point sebenar yang I nak cerita. Dah dia belek² tiba² dia bising kat I cakap wallet tu dari kulit babi. I pun terkejut lah kan. Dia suruh tengok betul² ada titik² yang membentuk tiga segi.

I pun belek² la dengan seramnya mana tau betul² kulit babi. I cari² memang banyak titik² yang rapat. Berjuta² titik tu of course la ada sesetengah yang terbentuk tiga segi. I tak puas hati i google la. I tanya orang² dekat Twitter. I upload gambar kat Twitter siap. Kawan I cakap InsyaAllah bukan kulit babi sebab titik² dia rapat² macam tu. Ihsan pakcik Google pun menunjukkan barang yang dibuat dari kulit babi macam gini titik²nya.





Takut kann? Huhu. Lepas ni kena cek semua barangan kulit yang ada dalam rumah. It's like a pattern, kita pun tak sangka rupanya kulit babi. Contoh barang Gucci yang dari kulit babi dan bukan dari kulit babi tengok bawah ni.


Yang atas ni dari kulit babi.

Yang atas ni bukan dari kulit babi.


And to my surprise, lepas google², rupanya tersangat banyak cover handphone yang rupanya dihasilkan dari kulit babi. Nauzubillah. So, please hati hati bila nak cari cover handphone.


Sila klik gambar untuk tumbesaran.

Okayy. Yang bawah ni adalah gambar wallet I. I yakin ia bukan dari kulit babi. But sesiapa yang lebih arif atau mahir nak menilai barang ni dari kulit babi ke tak, please bagi tau I ok? I taknak bawak binatang ni kehulu kehilir :(



Semoga membantu and thanks for reading! Bye :)


10 comments:

nadee said...

assalam . hye (:
em mmg bahaya kan .
last year sy ada gak pergi satu pameran barangan kulit , then dia ada explain how to detect barangan kulit babi . kebanyakan brg dari china lah . so , semua kena alert ya . mcm2 kita kena tipu .

shazika said...

kena hati2 ngan brgn kulit. dlm bnyk2 kulit knp kulit babi jgk yg terpilih.. mmmm

anish said...

erkkk scary! huhu. nk kne pegi check purse sendiri nih.

Taz Jaafar said...

cek jgn tak cek. hehe :)

WZulhilmi said...

this is really good info!

Aisumi Chan Kawa'i said...

AYOYOO~ seram kann.. kadang2 kita tak perasan pun.. better lepas ni kena hati2 lagi..

dya mohamad said...

herm.sshla camni kalo sume nak kulit babi je.haih.tah2 baju kite ni pon byk je dr bulu die an

Izzul Amir said...

tumpang share :)

yuki sya said...

beg duit sy pon bintik2 mcm tu..semua bintik2..tu la xpasti tu kulit babi ke tidak..tnye kt kwn diorg pon xpasti..nk buang xsmpai hati psl mak yg bg...skrg bnde tu ad dlm plastik..klo spe yg arif bg la tau tu kulit babi ke x..

Tengku Ridzuan Tengku Muda said...

Saya ada key case yg pola lbh kurang cmtu..tya kdai diorg ckp bkn dr kulit babi sbb brand extreme genuine leather suma berasaskn kulit lembu..legaa ah..