Monday, November 7, 2011

2 Days 1 Night in Pulau Besar, Melaka.



Assalamualaikum dan Salam Aidil Adha :)

Minggu lepas, I pergi Pulau Besar dekat Melaka dengan family. Tak semua adik beradik I ikut. 4 orang jee. Pergi sebab ibu ada sedekah kambing untuk korbankan dekat sana. I memang excited nak pergi sebab tak pernah pergi pulau and tak pernah naik bot. Bila ibu tanya nak ikut ke tak, laju je cakap nak. Pergi dengan family Uncle Zainal and some of their friends. I dengan family satu chalet. Salah satu sebab I excited ialah sebab dekat chalet tu ibu cakap ada swimming pool. Woohoo lama dah tak swimming. Ceh padahal bukan pandai pun. Sikit² tu boleh la.

Masa dekat Jeti Anjung Batu sebelum naik bot pergi sana, i tengok ramai sangat Indian. So I thought, diorang still tengah raya sebab Deepavali baru je habis. Sampaikan bot yang kitorang naik penuh dengan Indian. Rupanya ibu cakap, India Muslim memang suka pergi Pulau Besar. Sampai sana, lepas check in, kitorang terus pergi melawat Makam Sultan Al-Ariffin Syeikh Ismail, keturunan ke-18 Rasulullah SAW. Nak tahu sejarah beliau, click gambar bawah ni :)


Rasa rugi pulak sebab masa pergi sana sibuk nak swimming je lepas tu tak sempat nak melawat tempat² bersejarah dekat situ contohnya Batu Tengkorak, Pokok Disula, Tasik Biawak, Batu Belah, Gua Yunus, Makam Tujuh Beradik dan lain². Lagipun pergi dua hari satu malam je. Okay lah malas nak cerita banyak². HAHA. Tengok gambar je ehh.





























Oh baru perasan kalau nak tengok gambar takyah open in new tab dah! Click je terus zoom and ada slide untuk semua gambar. YAYYY! Blogspot makin best! HAHAHA. kbye.

*Sebelum berangkat pulang*



1 comment:

Anonymous said...

boleh tau nama chalet n brape rate utk 1 malam?