Saturday, February 26, 2011

Ini namanya random stuff (1)


Hari ni nak update random stuff lagi. Hihii. I ada kamera. Bukan i punya tapi kakak punya. Dia tinggalkan kat rumah so automatically jadi i punya lah :P Hari² bawak mana² i pergi. Kamera handphone i tak cantik. :( So kalau ada benda² best, tak syok nak tangkap gambar kualiti cikai. So ni koleksi gambar² random.

Oh yee, i akan buat entri macam ni kalau ada gambar² random yang macam takde motif kalau nak update kat blog tapi nak jugak letak dalam blog. Sebab kalau korang perasan i suka tepek gambar yang takde kena mengena dengan entry. Sebabnya taktau nak tepek kat mana. HAHAHA. So dah ada jalan penyelesaian. This is my first random stuff :)

Korang takkan jumpa Shaheizy Sam dah dalam Ngangkung 2. Dah tukar heroin pompuan.

Saye suka warna warni dalam buku :)

Jelitawan AC220 6J :)

Ayin suruh letak caption;
"muka sembelit"

Hai! Saya rockstar :)

Fake gilaa lakonan. HAHAHA. Kesian Ainun senyum beria tapi muka kena potong :P

Haaa baru nampak ;)

Bajet taknak nampak muka tembam so buatlah muka serius taknak senyum.
Hasilnya pipi jadi labuh ke kiri. Sekiann

Jadilah diri sebenar. HAHA

Rindu adik i niii. Dah dua minggu tak balik rumah nak buli dia T_T

Hai. Nama saya Nabiyah :)

Kau dah kenapa senyum macam tu. Buruk tau tak? Terserlah double chin dengan kening terabur.

Ok tu je random stuff kali ni. Babai ;)

p/s; Benci ah update kat cc. Tulisan jadi kejap kecik kejap besar. Dah betulkan pun dia degil lagi. Hishh!


Friday, February 25, 2011

Jagalah tulang belakang korang supaya tak menyesal di hari tua


Sekarang dah kurang dah sakit² belakang macam dulu. Kalau dulu duduk lama sikit je dah tak boleh tahan. Memang i tak minum susu. Tak suka susu. Tapi taknak salahkan tak minum susu sebab saya minum soya :P


Salah satu punca sakit belakang adalah sebab pakai beg berat² sebelah bahu. Doktor la yang cakap. Macam kebanyakan perempuan pergi kelas la pakai beg cantik² sebelah kiri or kanan. Dah la buku i berat² sem ni. Lagi² buku FAR450 tu. Buat baling kucing terus Innalillahi wainna ilaihiraji'un.


Macam ni lah contohnya. Tak cukup kat bahu, dipeluk lagi buku tu. Inilah kembar siam i kat UiTM. Mana² pergi mesti dia nak ikut. HAHAHAHA. Ok tipu. Kitorang sentiasa bersama sampai lecturer pun cakap "Korang kembar ke asyik berdua jeee". Kembar lain mak lain bapak je. *out of topic jap*

Sebenarnya bawak beg macam ni berat² tak elok tau. Kalau banyak sangat pegang lah sikit buku macam atas ni supaya sebelah bahu tak menampung berat yang melampau. Kalau pergi shopping ke takpe lah bukan berat pun melainkan korang usung lesung batu sekali. Kalau nak pergi kelas pun masa buku sikit takpe. Tapi mananya nak bawak buku sikit. Hari² banyak je buku i kena bawak kecuali hari Jumaat satu kelas.


Sebenarnya nak cerita i beli beg baru. HAHAHAHA. Banyak pulak putar belit nak ke cerita sebenar. Tapi memang i beli untuk kurangkan sakit bahu dan sakit belakang. Ni haa. Comel kan comel kan? Beli kat Times Square. Banyak beg macam ni cantik² kat sana. Harga pun affordable, RM 40.



Tapi kadang² rasa macam budak kecik pun ada. Bawak beg sekolah tangan pegang botol air. Tak kisah la. Asalkan selesa yaww. I taknak lah umur belum tua tapi ada masalah tulang belakang. Nak minum susu tak suka nasib baik boleh ganti air soya. Sama juga khasiat dia ;)



Nak cerita sikit hari tu i pergi makan dekat Restoran Ayam Penyet. I nampak lauk ikan keli terus nak order lauk ikan keli. HOI! Baik pergi kedai lain kalau nak makan ikan keli. Dah pergi kedai ayam penyet kena la rasa ayam penyet. Tapi nak buat macam mana. I am ikankeli-biased. HAHAHAHA. Tak boleh tengok nanti meleleh saliva EUWWWW. :P


Yang ni baru Ayam Penyet ;)

Ok lah. Sebenarnya taktau nak update apa sebab tu keluar cerita macam ni. Babai korang. Terima kasih kerana membaca ;)

*gambar sampingan*

p/s kepada kembar siam; Sorry guna gambar awak. Mesti awak bangga kann? HAHAHA. Gambar dah macam pesalah je. Nanti kite belanje bigbite setengah :P

Tuesday, February 22, 2011

Lumrah perempuan suka jaga penampilan dan nak nampak cantik sentiasa :)

Dah seminggu lebih tak update blog.Hari Sabtu Ahad lepas i tak balik rumah sebab ada modul yang wajib di-attend oleh kami pelajar Tahun 6 Part 6. Sumpah tension setiap kali modul. I ingat dah habis kat diploma je. Naik degree pun nak jugak kena modul. Apakah ini semuaaa? Tapi bagus lah ada modul. Banyak perkara boleh belajar. *ayat pasrah*

I nak cerita yang ni dulu. Pasal Etude House Face Glam yang i dapat tau dari Ailyl yang comel itu :) Serious kalau i pergi Etude House mana2 tak pernah terfikir nak tau benda2 lain selain eyeliner, eyeshadow, BB cream, blusher dan jugak benda2 basic lain. Tapi bila Ailyl buat tutorial make up tu, hati i meronta2 nakkan Face Glam tu. Survey harga tanya Ailyl dia cakat around RM40-RM50 above macam tu. MAHAL GILA OK!

I survey2 kat internet pun memang macam tu harga dia. Then i pergi survey dekat forum Lowyatt ada orang nak jual. Baru punya tak pernah guna and ada free gift lagi dengan harga RM 37. Gembira gila cepat2 i nak beli tapi rupanya dah ada orang reserved. Tapi i tanya jugak i cakap i serious nak and dia pun jual dekat i sebab orang yang reserved tu tak respond2 pon. KAHKAHKAH PADAN MUKA SIAPA SURUH LAMBAT KAN AKU DAH REMBAT DULU. :P

Jadi selepas membuat payment dengan pantas dia pos i pun dapat lah barang idaman :)



Yang lagi tiga tu free gift. Produk Etude House jugak. Siapa nak? I taknak la. Banyak sangat tak terguna semuanya. Lama2 basi dok dalam laci tu. Kan dah rugi. Siapa nak cepat2 cop. Dia ada toner, lotion and lagi satu tu moisturizer. Kira macam trial pack la sebab cenonet je. Hehee


I sebenarnya sebelum dapat Face Glam ni i confuse gila. I ingat dia ada dua jenis. Yang liquid dengan yang compact. Sebab i tengok tutorial Ailyl dia campur yang liquid tu dengan BB Cream. Last sekali dia cakap sapu2 dekat pipi and i tengok yang dia sapu tu macam bedak compact pulak. Dah kurang gembira dekat situ sebab i nak complete set la kalau boleh. I tanya dia, dia cakap 2 in 1. Gitu rupanya. Hihii. Korang yang tak faham tengok lah gambar. I baik hati tangkapkan gambar nak bagi kawan2 faham sekali. :)




I pakai ikut cara Ailyl. Yang liquid tu campur sikit dengan BB cream. I guna Silky Girl punya BB cream sekarang. And resultnya sungguh mengasikkan dan dramatik sekali. HAHAHAHAH. I suka Face Glam ni sebab nampak natural. Ok sekarang mari kita kira harga muka masing2 ok. I punya basic make up hari2 ialah;


Simple Facial Toner; RM 17
Silky Girl BB Cream; RM 39.90
Etude House Golden Ratio Face Glam; RM 37
Pixy UV Whitening Compact Powder; RM 19.90
Maybelline Eye Studio Gel Eyeliner; RM 32
Avon Smooth Mineral Blusher; RM 25
LipIce Sheer LipColor; RM 12 *tak sure*

Jumlah; RM 182.80

OOOO EMMMMM JIIIIII. Sumpah tak percaya. Perempuan memang suka buat investment ke arah macam ni kan? HAHAHA.Tu belum masuk pencuci muka, moisturizer segala. Eh i tak pakai moisturizer sebab i pemalas. Malam2 cuci muka tepek toner seluruh muka terus masuk tidur. Sekarang i pakai toner jenama Simple sumpah best gila. Dulu i pakai Nivea. Tak kisah la mana2 jenama pun kebanyakannya mesti muka rasa kesat lepas pakai. I nak tidur pun pakai bedak nak bagi muka lembut. HAHAHAHA. Tidur pon nak cantik2 tak senonoh punya perangai. Tapi bila pakai jenama Simple, rasa lembut je tak payah susah2 nak pakai bedak dah. Jadi perempuan macam i memang cerewet sikit. And i sukaaaa main make up. Harap maklum.


Kepada lelaki diluar sana sila jangan mengeluh kalau ada girlfriend macam ni. Sebab lumrah perempuan nak nampak cantik sentiasa ;)


Ni i pakai Face Glam tu. Tak nampak beza pun dalam gambar. Korang kena rasa dan lihat sendiri. Ececeyy :P


Ok lah. Esok i update lagi. InsyaAllah. And btw, thanks to Ailyl sebab kenalkan Face Glam ni. :) Babai korang!


Sunday, February 13, 2011

Macam dalam mimpi je

Korang nak tau tak apa dia yang macam dalam mimpi tu? HAHAHA. Selama ni i tak pernah rasa bawak kereta tapi semalam dan hari ini, semuanya bagai dalam mimpi. I kan tengah belajar kereta. Lama dah tertangguh lebih 2 tahun dah sepatutnya i dah jadi pemegang lesen kompeten tapi apakan daya, ada je halangan. Ececeyhh poyo kan. I punya cikgu yang mengajar tu pun pelik tengok i punya file tu file zaman bila entah sebab diorang dah tukar file cantik sikit sekarang. HAHAHA kesian i :P

Tapi takpe lah. I nak habiskan cepat lesen ni tak suka la tangguh² lagi pun syok pulak bawak kereta. HAHAHAHA. Masa pergi 1st class semalam, sumpah i memang taktau apa² ok pasal kereta ni. I bagitau la dengan dia i taktau langsung. Masuk gear pun taktau semua lah i taktau. Lepas tu dia ajar la satu². First² tu pusing² litar tu berapa puluh kali entah pusing. Nak biasakan diri lah katakan. Pegang stereng pun goyang² lagi. Kejap kekiri kejap kekanan. Haihh.

Susah la nak kawal clutch brake dengan minyak tu. Sumpah tension. I asyik terlepaskan clutch secara mendadak pastu mati enjin. Tapi bila lepas slow² plak dia macam taknak jalan. Hishh. Tension ok tensionn! Tapi dah lama² sikit ok lah. Alhamdulillah :)

Semalam kan, kelas pertama je dia dah suruh i pergi bawak atas jalanraya. Terkejut i kot. I ingat dia main² rupanya dia cakap betul². Macam nak menangis pulak i rasa. Buatnya i terlanggar kereta, terlanggar divider apatah lagi terlanggar orang. I nak buat macam mana??? T____T Tapi dia cakap relakss, cool, slow down. Hehee. I pun cuba lah relaks. Lalu je dekat bonggol ambik kau enjin pun mati dekat situ. HAHAHAHA. Kereta lain tengok je kan. Kereta belakang dah potong². Nasib baik lah cikgu i baik tak marah². Salah apa dia senyum je. Dia ajar pun bagus. Alhamdulillah i dapat cikgu macam tu. Sebab kalau i dapat cikgu garang, mesti susah i nak belajar sebab takut².

Itu je i nak cerita. Ingat nak book kelas next week tapi ada modul. Risau pulak i kalau terlupa nanti. Okaylah. Thanks for reading. Byee ;)



Sweet kan kitorang nih? HAHAHHA. Ok byee!


Saturday, February 12, 2011

Baby Good Night :)



Hai korang. Dah malam ni kan? Pukul 12.44 malam dah. Eh sepatutnya dah siap entry ni tadi. Adik i lah sibuk je memanjang tengok i online. Nak mengupdate pun segan. I perlukan privacy ok bila nak update blog. Ececeyyh! Malu la orang tengok bila kita tulis ni. Heeheee


I nak share sesuatu ni. Lama dah tak cerita pasal KPOP kat sini. Dulu kalau cerita pun bukan ada orang layan sangat. Sekarang i sangat gembira bila tau KPOP semakin di terima di Malaysia. Eh kenapa kau nak berkata² macam kau ni warga Korea pulak?! Haha. Takpe lah. Abaikan. I dapat tau banyak dah lagu Korea keluar radio. I bukan dengar radio sangat jadi agak ketinggalan sikit.


Hari tu tengok FUHH! dekat TV3 yang Awal Ashaari jadi hos tu. Lepas tu bila dah habis. keluar pulak lagu TUPIE'MMM yang bertajuk I'll Be Back tu. Yang i tambah pelik tu, selalu video² lagu masa akhir siaran tu dia pasang kejap² je tapi ni sampai habis ok. Sampai habis siap dance yang tambahan belakang tu dia tunjuk sekali. Marvelous la. MUAHAHAHA i likeeee! :D

So, tak mengapa lah kan i nak share dekat blog ni. Dulu cerita pasal diorang kat sini je. Syok sendiri sorang² kat sana takde orang menyampah. HAHAHA. Sekarang tak peduli ah. Nak pos kat sini jugak! :P


Ok first sekali nak bagitau kepada yang taktau yang i paling paling paling paling dan teramat suka kepada kumpulan BIGBANG! Yang lain tu semua suka la jugak. BEAST, 2PM, 2AM, FT Island, CNBlue dan sekumpulan dengannya. Tapi yang TERPALING adalah BIGBANG. Dengan bangganya saya ingin menyatakan bahawa 'I AM a VIP'. Teeheee. Ok siapa yang tak faham sila gali dan gali lama² korang tau lah. Dan saya adalah TOP-biased! OMO OMO. Dia ni telah membuat saya jatuh hati sebanyak lapanpuluhlapanjuta kali and still counting! :P


Sekarang ni, favorite lagu i ialah ini. Sedap gila bila tidur rasa terbuai² je dengar lagu ni. Suara GD sumpah sedap. Suara TOP pulak memang sentiasa seksi habes! MUAHAHAHA *mood gatal datang*






GD dah kembali normal dari rambut berus sabut dia dekat video High High. Macam ni kan comel. Barulah macam GD ;) TOP pulak buat rambut cemana pun tetap hot di hati i. KAHKAHKAH. Siapa yang tak kenal lagi, beliau yang berambut silver tu. Hensem kan kan kan? ;)



Ye. I suka gilaaa dia nih! *Cubaan supaya korang tak terpikat kat dia* Ceh selfish! HAHA. Ini TOP sebelum debut sebagai artis. Demi cita² nak jadi artis beliau sanggup work out
nak kuruskan badan :')


Yang ni setelah mengamalkan JusMate keluaran dRRozmey. Ok tipu.
Ha! Nak ngorat lah tuu! Sorry sebab kitorang dah couple. Tak caye tengok sendiri.


I dah pesan jangan kecoh² tapi dia nak reveal jugak sape girlfriend dia. I takleh nak buat apa². Tunggu je la kena serang dengan VIP lain. Tsk



i BIG BANG! ;)

I gurau je ok. Siapa nak minat TOP minat lah. He's an artist. Biasalah ramai peminat. Jangan gaduh nak rebut² ni aku punye ni aku punye. Memang kanak². Sharing is caring ok! Tapi boyfriend orang di alam nyata jangan korang nak mintak share² jugak. Khidmat pesanan dari saya; Say No to Valentine *eh tetiba* Siapa nak baca entry geli jiwang i? Malu pulak nak tunjuk kat orang. Kihkih. Nah klik sini dan tolong jangan muntah. Babai. Thanks for reading ;)

Cubaan kedua. OK DAH CUKUP TAZ. JANGAN JADI SELFISH!
Miahahhaha! :P


Friday, February 11, 2011

Hai! Saya sedang bercuti ;)


Salam semua! :)

Korang makan apa hari ni? I makan Laksa Penang. Maksu i masak. Sedappppp! Dulu i gila Laksa Penang. Sekarang suka jugak tapi taklah segila dulu. Kalau nak beli Laksa Penang, mesti i cakap macam ni dekat orang jual tu, "Kak, bagi sampah² dia sekali eh". Yang faham tu, faham la. Yang tak faham tu buat muka pelik i pun cepat² la explain cakap i nak daun² kesum, asam keping and segala macam bahan yang selalu orang tolak tepi tu. Sebab i makan tu semua. Baru sedap and marvelous laksa itu. Kehkehkeh.

Laksa Maksu ;)

Sebenarnya i dekat rumah Puchong sekarang. UiTM bagi cuti hari Khamis dengan Jumaat. Kenapa entah. Tapi lecturer semua diarahkan cancel kelas and semua staff and lecturer kena attend conference apa entah. HAHA. Beria nak cerita dekat semua orang tapi tak pasti pun apa benda. Takpe lah. Asalkan korang faham yang i nak bagitau UiTM bagi cuti Khamis dengan Jumaat. I pun lincah la pulang ke rumah.

Hari Sabtu dengan Ahad ni ada driving class sebab tu i nak balik. Balik pun kena bawak balik buku CRG sebab ada kuiz Selasa ni. Orang cuti Maulidur Rasul, lecturer i pulak nak buat kuiz. Dah la hari tu kuiz FAR430 susah. Kalau dah kuiz, bagi la soalan simple². Ni soalan dah macam final exam. Dah habis masa pun i tak siap² lagi Balance Sheet. Lepas tu buat cepat² masuk semua yang terlintas dalam kepala otak tanpa fikir panjang betul ke salah. Haihh. Kuiz punya markah 2.5% je tau tak? Tapi i punya cuak macam 100% pulak markah dia.

Ok lah. I nak study untuk exam kuiz CRG pulak. Soalan True and False je pun. Hehee. Babai semua ;)




Monday, February 7, 2011

Entry ke 200 *siput main blog pun lagi laju*

Salam korang :) Hari ni dah start kelas. Satu kelas jee. Kelas Korea yang sepatutnya pukul 8.30 pagi dah tunda hari Khamis every week. Kelas QMT pulak cancel lecturer MC. Lama gilaa dah dia MC ni nak masuk minggu ke-3. Banyak ah kelas ganti lepas ni. Kelas CRG pun dah 3,4 kali cancel kelas hari tu. Aigoo


Ok yang ni cerita lawak antarabangsa. Semalam nak wish birthday kawan and dia tu sebaya dengan i. Nak cakap Sweet 22 lepas tu rasa lain macam pulak. Lepas tu save as draft kejap sms tu. Pergi aplikasi kalkulator dan kira 2011 tolak 1988. Oh dah 23 tahun rupanya. Aku je la yang perasan tulis dekat blog 21 going 22 Years Old. HAHAHA. Ini bukan kes tak sedar diri tapi confuse dengan umur sendiri. Mungkin sebab terlampau banyak makan semut.

Ini salah.
I am 22 going 23 Years Old. Thank You ;)


Nurain Hassan cakap i senior dalam blogging ni. Senior lah sangat. Orang yang baru setahun blogging entry dah ribu² *kot?*. I dah tiga tahun baru nak masuk 200. Ye kawan². Ini adalah entry ke 200. Mari kita rai kan :)


I baru perasan blog i sebelum ni takde archive. I dah letak dah. Siapa nak tengok entry lama² dan kebudak²an sila la geledah dan gelak ramai². I baca balik pun nak gelak. Entry panjanggggg gila tak reti nak buat perenggan. Ayat nak short form je kan. Tapi takpelah. Makin hari makin nampak peningkatan. Ececeyhh.


Aplikasi baru :)

Okeylah. Nak balik nak study hari Rabu ni ada kuiz Far450. Ni pun update dekat cc depan rumah sewa. Nasib baik boleh print screen dan jugak ada paint. Ada jugak la gambar menghiasi entry ni. Tergagap lah jugak nak guna paint tadi sebab dah biasa pakai photo editor canggih je sekarang. MUAHAHAHA. Ok tak payah berlagak sebab semua orang pun kecik² dulu pergi komputer ayah hanya untuk bukak paint main lukis². Kalau tak pun main solitaire atau bom² yang nama Minesweeper tu.

Ok babai nak balik study tidur. Thanks for reading :)


Sunday, February 6, 2011

Korang berblogging untuk apa sebenarnya?

Bukak Facebook je dekat wall semalam penuh dengan official announcement lah, please verify account lah, Mark Zuckerberg tension Facebook dia dah over capacity la apa laaa. Benda² macam ni i malas dah nak percaya sebab hari tu tertipu dah baca surat khabar Facebook nak tutup bulan Mac ni. Haihh. Nama pun baca paper kan? Mestila ingat semua betul je. Rupanya drama semata. Yang ni pulak, i nak try la klik tengok apa yang terjadi, then keluar macam ni



Hah! Nampak sangat orang yang buat. Application kot. Siap mintak permission lah bagai. Ingat nak main kuiz Siapa Bakal Calon Suami Anda? HAHA. Ok tak lawak. I pun tak alert sangat tadi. Biasa lah orang demam. Adik i lah cakap "Nampak sangat orang buat". I pun "Aahh kan" Terus tutup tak nak proceed kalau tak nanti bengang sendiri je sebab dah dipermainkan.

Semalam adik i, Arif, tanya cousin i mana blog dia. Then dia cakap lah dia terlupa dah password dia apa. Lepas tu adik i yang si JOE Jambul tu menyampuk, " Nak buat apa buat benda bo**h ni. Buang masa jee nak cerita kat satu dunia buat diari lah bagai lepas tu nak orang komen² apa semua bla bla bla" Eh tolonggggg sikit. Jealous lah tu kan takde blog?

Blog itu blog. Bukan diari. Bagi i laa. Sebab some personal matters need to be kept to ourselves kan? Bukan semua nak cerita kat orang. I'm blogging for fun. Share pengetahuan, perkara² best, pengalaman best etc. Eh lagi satu i suka cerita pasal family. Siapa nak baca, baca. Taknak sudah. Lagipun adik beradik i 12 orang. Raya ke, party apa² ke, abang i bertunang ke, semua i update kat blog. Dah tua kang sibuk ah korang nak tengok blog akak kan nak kenang balik kenangan² lalu. Ececeyh. HAHA.

Tapi memang betul. I berblogging pun untuk masa akan datang nanti bila dah tua ke, baca balik blog sendiri gelak sorang² teringat kenangan muda² dulu. Haihh. Kalau lah zaman Maktok i dulu dah ada internet, mesti best kan kalau baca blog dia. HAHA. Siapa yang rasa memori indah itu penting, buat la blog supaya memori itu akan kekal bersama sampai korang dah tua nanti. :)

Kepada Jo, satu hari nanti kalau awak sign up Blogspot memang akak lah orang paling kuat gelak. MUAHAHAHAHA. Ok dah. Bye korang :)

p/s; Menyesal tak cash out Nuffnang hujung bulan. Kan dah dapat lambat cek dia. Baru tau kalau cash out hujung bulan dapat cepat. Biasalah orang tak pernah cash out. Cash out cukup² makan. Blogging dah 3 tahun tapi earning Nuffnang macam siput sebab malas update. Tapi orang cakap, kalau dah cash out sekali, earning Nuffnang cepat naik. Yeke? Bestnyeee. One more thing i love about blogging, BOLEH DAPAT DUIT. KALAU DAPAT KUMPUL RIBU² TAKNAK BELANJA SI JO ITU. MUAHAHAHAA. Ok babai korang :D


Saturday, February 5, 2011

Daiso lagi.


Salam korang :) Semalam i pergi Daiso lagi. Buat kali ke berapa entah tu. Kalau pergi IOI Mall, Puchong tak sah kalau tak pergi Daiso. :D Siapa nak baca pengalaman pertama i pergi Daiso baca sini. Jangan gelak sebab muka selebet gila masa tu HAHAHA


Hari tu i cari bento box tak jumpa warna pink. Semalam dah jumpa. Comel pulak tuu. Nak buat bento dekat adik i lah nanti. Mesti dia suka. Semalam i beli bento box, make-up case, charcoal mask dengan eyelashes glue. APAA??? Eyelashes glue? HAHAHAHA gelakkan diri sendiri sebab i sebenarnya tak reti nak pakai fake eyelashes :P

I ada beli fake eyelashes dekat Ailyl. Tengok dia pakai macam senanggg gila kan? I nak try pakai kalau ada event² or kenduri² or dinner. Hehehe. Dulu pernah main² dengan cousins. Kitorang taktau orang pakai fake eyelashes guna apa. Dia pergi lekat guna gam UHU lepas tu ambik kau pedih mata dia. HAHAHA.

Dekat blog i lagi satu yang dah di anaktirikan tu, i ada tunjuk i try edit gambar guna Adobe. Biasa lah kan budak tengah merangkak nak guna brush pun tanya Abang Youtube. I try buat mata i pakai eyelashes. Lepas tu takut tengok gambar sendiri. Harap² bila pakai nanti tak nampak seram macam ni



Photoshoped



Original.

Oh yeee. Charcoal Mask tu sangat best. Kalau korang pakai, bila dah kering tu, sakit kot nak tanggalkan. Keluar segala whitehead, blackhead dan yang sekutu dengannya. First time i buat sampai menangis tau takkk? Nak tau sebab apa? SEBAB BULU² HALUS DEKAT MUKA PUN BELIAU TARIK SEKALIII. HAHAHA. Tak payah dah korang membazir duit pergi threading buang bulu dekat muka tu. Jangan korang try nak cabut bulu ketiak sekali sudah.


I belikan untuk housemate i sebab dia tengok i pakai macam best. Kalau nak tengok review korang tengok sini



Geli ahhh tengok di punya tapi itu menunjukkan Charcoal Mask ni sangat berkesan yawww! Pergilah Daiso sekarang dan beli :)


Thursday, February 3, 2011

CNY yang sunyi sepii

Hari ni boring gila ok. Duduk rumah tidur tidur tidur. I dengan adik i lumba² siapa tidur paling lama. Tapi i kalah ah sebab sekarang pun dia tengah tidur lagi. HAHA. Oh lupa pulak. Happy Chinese New Year!! :)) Semua orang macam i ke ha? I bosan sangat hari ni. Nak blogwalking, tengok dekat news feed tak ramai pun yang update. Memang betul² cuti la korang ni.

Anyway, i nak share something cute, sweet, adorable and sangat best. HAHAHA. Nah tengok video bawah ni. Semalam taktau la berapa kali dah i ulangtayang siap tunjuk dekat semua cousins². Hihi. Semua sukaaaaa tau. Korang pun mesti tengok dan kongsi beramai². :)






Comel sangat Alexa tu. Haihhh. Kalau ibu tengok mesti dia cakap teringat i kecik² dulu. HAHAHAHA. Ok tu perasan je. Lelaki tu ayah dia. He's the father of two. Bawah ni ada lagi sorang anak dia yang kecik, Eliana. GILA CHUBBYYYY MACAM NAK GIGIT² JE PIPI BELIAU TUUUUU







Tengok la dekat Youtube banyak lagi video diorang. I dah khatam dah semalam. Hehe. Jap lagi nak pergi Sunway Pyramid dengan abang. Dia dah keluar hospital :) Pergi dengan adik² jugak. Kitorang tengah tersangatlah bosan taktau nak buat apa -___-'





Ni gambar masa pergi Sunway hari tu. HAHA. Tengok last picture tu. I pakai lens yang i beli hari tu 14mm tu. Besar tak besar jugak la. Nak lagi besar beli 16mm punya. Heee

Ok la. Nak siap² pergi jalan. Babai! :)

Wednesday, February 2, 2011

Surprise Birthday Party yang tak berapa jadi sebab abang masuk wad T_T

Salam semua! Semalam birthday adik i, Ain. Kitorang nak celebrate lah kan. Alang² tu celebrate sekali birthday abang i, Hafiz. Birthday dia on 7th February nanti tapi dia ni susah sikit sebab kerja so celebrate lah sekali. Banyakk sangat juadah kitorang buat dari petang tu. Excited lah kan nak celebrate birthday siblings. Hehee. I goreng ayamas crispy tu sampai 6 packets. Lenyek² kentang nak buat mashed potato apa semua. Yang lain kemas² rumah and buat apa yang patut. Hihi.

Masa tengah siap²kan semua tu, abang i call ibu nak ajak teman dia pergi klinik. Actually hari sebelum tu dah pergi i temankan. Dia kena athma attack. Doc pun bagi MC dua hari. Maybe semalam bertambah teruk so dia nak pergi lagi lah kot. So, ibu pun tinggalkan lah kerja pas kat kitorang anak² dara dia ni.

Bila dah siap semua, tunggu uncle, auntie, cousins semua datang. Bila diorang dah sampai, ibu tak balik² lagi. Kakak i call, ibu cakap kena bawak Hafiz pergi hospital. Terkejut lah semua orang. Tak pasti lah kenapa. Ibu cakap abang i maybe paru² dia kena jangkitan kuman. :(

Kitorang pun teruskan je la sesi makan² tanpa ibu dengan abang i. Malam tu ibu balik. Abang i pulak kena masuk wad. :(

I snapped pictures untuk update pasal menu masa birthday party. Alang² tu boleh abang i tengok sekali what we have prepared for him. :)

Nasi goreng pedas gila tapi sedap!

Ayamas crispy yang dah kena belah dua. Hihii.
Kitorang memang suka pecah belahkan ayam ni sebab takut dalam dia tak masak.

Nugget ayam and jejari ayam. Euww! Bukan jari ayam ok!

Fries!

Homemade mashed potato! :)

Kuah dia ibu buat. :)

Homemade coleslaw :)


Chocolate Indulgence from Secret Recipi :)

Zoom in.
Jo tu Ain. Nama manja beliau. HAHAHA :P

Sumpah sedap kek ni tapi kalau makan banyak² sumpah muak.

For my brother. GET WELL SOON! :)